Tuesday, November 17, 2009

masyarakat penyayang mesra oku? hmmm...

Peristiwa ini berlaku awal tahun ini ketika kami menaiki komuter dari Kajang ke KL. Sampai di stesen KL kami hendak ke Central Market.

Pintu halangan untuk keluar hanya untuk orang2 yang normal. Sudahlah terpaksa mengangkat kereta tolak ini menaiki eskalator. tak pasti ada lif atau tidak. kalau ada pun mungkin tersorok sebab kami tak nampak dengan jelas papan tanda menunjukkan adanya lif.


Agakk sukar kakak dan adik hendak keluar. Tiada pula petugas membuka laluan lain... mujurlah ada kakak-kakak dari Sabah ini yang tolong mama dan babah mengangkat kami keluar..

Terima kasih kakak-kakak. Sekurang2nya ada juga warga yang prihatin jika dibandingkan dengan stesen keretapi yang dah tua ini...
:)

Monday, October 26, 2009

Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) Percuma!

Ahad 25 Oktober di Dewan Jubli Perak PROGRAM BENGKEL MENGHADAPI SPM PERDANA NEGERI SELANGOR 2009. Dr Hajah Halimah Ali exco pendidikan, pengajian tinggi dam modal insan merasmikan program ini... Alhamdulillah program semalam gempak abis..

Lebih 3,500 orang pelajar tingkatan 5 dari seluruh daerah negeri selangor menyertai program ini.. di luar jangkaan pihak penganjur.


pelajar tekun mendegar tips menghadapi peperikasaan dari fasilitator terkenal En Othman Affan.
tips menjawap soalan peperiksaan spm bagi matapelajaran sejarah, bahasa melayu, bahasa inggeris dan matematik....



pelajar yang datang dari seluruh pelurusuk daerah negeri selangor... tak cukup kerusi terpaksa bersila dilantai.

di bawah ni antara pelajar saya dari kajang.... behave your self...

semoga semua berjaya dalam peperiksaan spm yang akan menjelang.... 6hb November 2009 akan diadakan solat hajat perdana di masjid negeri shah alam.... semua dijemput hadir..

Saturday, October 17, 2009

Raya Di Jalan Raya

Assalammualaikum...

Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin. raya sebulankan.. tak ada mood nak update blog. nak cerita raya pun tak ada apa yg menariknya... bukan apa, nak cerita ke?

Alkisah kerana berniaga di bazar sampai waktu buka puasa pada hari mantai... kami berkemas barang-barang di gerai selesai sehingga pukul 2.00 pagi.. penat punya pasal kami ambil keputusan untuk balik lepas subuh dengan harapan sembahyang raya di kampung suami yg cuma ambil masa 1 jam perjalanan untuk sampai. lepas subuh kami bertolak dari kajang ke bentong kampung suami... alkisah 5km ke terowong genting sempah kereta tiba-tiba overheating.. apa lagi tak boleh nak buat apa-apalah panggil tow truck highway. sementara tu tersidailah kami yg dah berpakaian cantik ni selama lebih kurang 1 1/2 jam..... huh hati dan perasaan ni jangan cakaplah sodih rasa nak meraung... ni betul-betul raya di jalan raya.

tow truck sampai kami minta pusing sampai tol gombak. kami tak berani teruskan perjalanan kerana kalau balik bentong kami tak ada kenderaan tak boleh buat apa juga tapi alasan yang lebih konkrit ialah kami tak nak ambil risiko kesihatan A & A yang sebelum tu baru 3 hari discharge dari hospital.. takut kalau apa-apa susah tak ada kereta sendiri... sekurang-kurangnya kat kajang ada 1 lagi kereta tua kami yg road taxnya dah mati 2 tahun, sesak-sesak boleh juga bawak... ha ha ha..

sampai di tol gombak kami ambil teksi punggah barang dan terus balik ke kajang.... suami pula tinggal untuk uruskan kereta... nasib baik ada kawan buka bengkel kereta di gombak dan beliau juga orang gombak.... sampai rumah aku terus tidur...

petang perut lapar kat rumah satu apa tak ada, biskut raya adalah... kami call kawan kami bro zunar yang beraya di bangi... sampai kat sana ramai kawan2 datang beraya.. terubatlah sedikit perasaan ni..

kami tak kemana2 pun sbb semua kawan2 balik kampung raya. raya ke 4 baru nak pi raya kereta tua kami buat hal pulak. terus kensel. haru haru...................

begitulah cerita raya saya pada tahun ini.... banyak gambar kat bawah... saja2 upload untuk tatapan semua... tak ada tema tertentu....


1. bersama yb tian chua dan yb gan di rumah bro zunar.

2. timbalan menteri belia dan sukan menyampaikan hamper raya di hospital serdang.

3. gambar adik yg rongak.
4. sbb tak boleh raya aku deko rumah tak ada konsep tertentu. pakai taram aje.
5. gambar A&A yang dilukis oleh babah tapi sampai sekarang tak diframekan.
6. aku memang suka bunga hidup. maaf bunga tiruan tak dibenarkan masuk campur.
7. untuk pengetahuan semua langsir ni dibeli pada raya ke 3... nasib baik beli pada raya ke 3 kalau tak tak berlangsirlah rumah kami.
8. anak pokok ni aku ambik dari tepi jalan.. tanam kat dalam pasu... sekarang dah rimbun
9. raya ke 4 kakak dah seronok nak pi raya alih-alih tak jadi... sedang tunggu kawan jemput.
10. adik nak pi raya.. adik nak kutip duit raya...
11. pokok keladi ni harga dia rm7... dibeli selepas beli langsir di atas.
12. sepupu A&A abg ashraf dan pak lang raya ke 7 datang rumah.

13. sepupu kak ira dan kak long ain datang raya.. kak long ain ni cantik sangat.. pandai menjahit. promote ni..
14. gambar kakak paling terbaru..3 hari lepas.. dihospital serdang.. mata timbul bisul tapi tak ada punat.. sekarang dah ok sikit.


sekian wasallam.........

Saturday, September 26, 2009

terima kasih

hari yang sungguh sedih...... dah lama tak menangis...... bukan apa tengok muka kakak dan adik.... sedih betapa menjadi mangsa bahan kataan dan hinaan.... rasa nak tutup blog ni...

terima kasih pada yang berkenaan....

Wednesday, September 02, 2009

Mehlah Datang.....

Jemputlah datang ke gerai kami di no 13 karnival Ramadhan Metro Kajang. Berbagai pilihan jubah untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak ada di sini..... Selain itu kami juga ada menjual kurta, baju Raihan, Tudung fesyen, bidang 48" dan 60" jenama Piramid. Dan ada juga kerongsang rekaan terbaru....

Seorang pelanggan mencuba kemeja kain cotton yang hanya dijual dengan harga rm35... murah dan cantik.. itu harga sebelum potongan...


Jubah lelaki... antara jenis dan fesyen jubah yang ada ialah Jubah Saudi, Jubah Morocco corak dan kosong bersulam serta Jubah Oman
Kerongsang dengan berbagai-bagai fesyen terbaru...setiap pembelian rm15 keatas akan diberikan potongan 10%..


Gambar bawah, Babah dengan Jubah Morocco Sulam...

Semoga Allah Memurahkan Rezeki kami sekeluarga tahun ini walaupun keadaan ekonomi yg agak lembab...... Mehlah datang...



Tuesday, September 01, 2009

cerita kakak dan hayat

Isteri aku memegang anak sulungku, Annisa 8 tahun yang mengalami lumpuh otak (cerebral palsy). Kakak berjuang untuk hidup sejak kecil lagi, keluar masuk hospital, pembedahan, pneumonia, pernah pakai ryles tube di hidung..hari ini kakak semakin sihat dan mulai tembam semula seperti tahun pertama kelahiran dia.

Antara tempoh itu kakak pernah sampai tinggal tulang...gara-gara berdegil dengan nasihat Dr pakar yang menyuruh kami memakai tiub di hidungnya, kami lari dari hospital dan berikhtiar cara lain..nekad gila mencabut tiub itu dan kakak akhirnya berdaya juga makan dan minum secara oral tanpa bantuan tiub. Kalau ikut Pof tu, kena pakai sampai akhir hayat dan kalau perlu ditebuk perutnya..Hisyy!!

Minggu lepas, singgah di lipis dalam perjalanan ke Kelantan dan jumpa kawan lama. Dia ada sepasang anak kembar perempuan yang sebaya dengan kakak. salah seorang kembar tersebut meninggal 5-6 bulan lepas kerana sakit tiba2...

Ya! Siapa kita untuk menghalang ketentuanNya. dalam sihat2 dia pergi sementara Annisa yang sakit teruk semakin sihat.namun kita kena redha, bersedia dan jangan leka dengan nikmatNya."simpan satu peluru!"

coretan oleh babah...http://kulupsakah.blogspot.com/

Sunday, August 30, 2009

MINYAK NAIK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



YAHOOO!!!!!!!!!!!! HADIAH MERDEKA DAN RAYA DARI KERAJAAN..... 1 SEPTEMBER MINYAK (PETROL) NAIK.... 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN... KAH KAH KAH....

Saturday, August 29, 2009

"KARTUN" - Fathi Aris Omar (blog Patahbalek)


Antara karya BABAH yang termuat di dalam GEDUNG KARTUN. yang ini tak ada dialog kalau nak tahu apa dailognya kena cari GEDUNG KARTUN......


Di mana hebatnya Gedung Kartun? Hishamuddin Rais, melalui blognya Tukar Tiub,
menyifatkan satira politik dwibulanan ini "majalah kultus", sementara Malaysiakini.com dalam satu laporannya menyebutnya "majalah terulung dalam kelasnya sendiri."Sebagai seorang ahli karikatur dengan sejarah perkartunan lebih 20 tahun, ketua pengarang majalah ini Zunar memang dikenali tajam, subversif dan pedas hentamannya terhadap pemimpin politik, khususnya kerajaan.Semua orang mengenali Zunar melalui karyanya di penerbitan-penerbitan politik seperti Detik, Harakah dan juga Malaysiakini.com - sebelum ini bersama majalah klasik dunia humor negara Gila-Gila dan akhbar Berita Harian.Ledakan peristiwa Reformasi 1998 menonjolkan lagi "kepembangkangan" karikatur Zunar walaupun karya dalam Gila-Gila dan siri kartun "Papa" (bermaksud miskin teramat sangat) di akhbar harian itu sudah menonjolkan sifat kritisnya terhadap persoalan semasa - khususnya lukisannya yang sangat ekonomis.Tetapi kepembangkangan Zunar ini bukanlah punca kehebatan Gedung Kartun. Majalah edisi sulung ini (atau edisi tunggal?) ada karisma dan auranya yang lain, yang jarang disedari dan diperhatikan oleh peminat karikatur, bahan humor atau penyokong parti politik.Kalau begitu, ada apa dengan Gedung Kartun?
[ii]
Sebagai sebuah majalah yang mengharapkan belas ehsan permit penerbitan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Gedung Kartun sebetulnya telah mencetuskan "revolusi besar" dalam dunia penerbitan negara ini - suatu gejala yang sama sekali radikal, luar jangka, luar kotak analisis dan dengungan kejutan yang membengitkan telinga.Sama ada sidang pengarangnya, penerbitnya atau Zunar sendiri menyedarinya atau tidak, saya tidaklah pasti. Mungkin tidak menyedari sepenuhnya perkara tersebut.Atau, bagi diri Zunar, ia berlalu secara sangat alami (di Indonesia, kata ini ibarat natural atau semula jadi dalam bahasa kita) sehingga beliau sendiri tidak merancangnya. Tidak merancang di sini mungkin membawa maksud beliau seorang yang naif. Tidaklah begitu maksud saya. Tetapi kurang lebih, begitulah maksud saya.
[iii]
Gedung Kartun, bagi saya, mencetuskan "revolusi penerbitan" dengan paparan radikalnya itu kerana ia satu-satunya penerbitan - tidak ada majalah atau akhbar yang memerlukan permit penerbitan (PP) tahunan - mengambil langkah "paling gila" sedemikian.Gedung Kartun, di tangan Zunar, satu-satunya penerbitan berkala dalam sejarah persuratkhabaran Malaysia yang mengemis simpati KDN tetapi berani, bersedia dan nekad sekali "melanggarnya" (baca: fikir ala pemimpin Umno dan pegawai KDN)!Dalam sejarah 52 tahun kemerdekaan negara, majalah inilah satu-satunya penerbitan yang berani meludah muka PP secara berdepan-depan, dengan angkuh mendabik dada.Ulang: Satu-satunya penerbitan di negara ini!Jika penulis politik Ahmad Lutfi Othman, kini ketua pengarang kumpulan Harakah yang baru sahaja dikenakan hukuman gantung PP, melihat gaya persembahan Gedung Kartun vis a vis PP, pastilah beliau akan menggeleng-gelengkan kepala.Bukan beberapa kali, tetapi pastilah berpuluh-puluh kali!Sebagai pengusaha media alternatif, Ahmad Lutfi - dan sesiapa sahaja yang tergila-gilakan PP seperti akhbar Karangkraf yang menerbitkan Watan (diharam), Eksklusif (diharamkan) dan Sinar Harian (belum diharamkan tetapi dikekang) - tentunya takjub besar melihat bagaimana Gedung Kartun telah "mensia-siakan" peluang mendapat lesen itu dengan mengeji, memperli dan mengganyang perdana menteri sedemikian rupa.Tiada belas ehsan langsung pada edisi sulungnya! Dan ... sewaktu PP itu hanya diperolehi secara lisan, belum secara rasmi menerima surat bahagian kawalan penerbitan KDN.Isu yang dibangkitkan pula bukan sebarang isu tetapi isu yang pernah menyeret Raja Petra Kamaruddin ke mahkamah (atau ke kem Kamunting?) - Altantuya Shaariibuu - dan isu isterinya Rosmah Mansor yang dituduh "dalang" pemerintahan perdana menteri.Karikatur Najib, Altantuya dan Mongolia itu bukan disorok-sorokkan di halaman terpencil di dalam majalah sehingga tidak disedari pembaca (seperti semua penerbit yang ketagih PP) tetapi di muka depan!Subjek perlinya pula bukan calang-calang tetapi sambutan hari kemerdekaan negara!Entahlah, sememangnya Gedung Kartun benar-benar ingin mencetuskan sejarah revolusi ini atau semata-mata naif dalam dunia penerbitan, terserahlah pada penilaian masing-masing.
Tetapi ia telah memulakannya dan ia telah terpahat dalam sejarah negara... siapa yang ingin memecah rekod Zunar haruslah "lebih gila" daripada Gedung Kartun!!!



Posted by fathi aris omar at 1:04 AM


salute untuk u.zunar, babah dan konco-konco!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, August 25, 2009

KONCO-KONCO KARTUN



MAJALAH KARTUN YANG BABAH DAN KAWAN-KAWANNYA USAHAKAN SELAMA INI DAH TERBIT... SILALAH DAPATKAN DI PASARAN. ANDA SEMUA PASTI PUAS DAN TERHIBUR SELAIN MENDAPAT MAKLUMAT ISU-ISU SEMASA. KERANA MAJALAH INI BABAH A & A SELALU JARANG ADA DI RUMAH. TAPI TAK APA KAMI TAHU BABAH ENJOY DAN PUAS DENGAN KERJANYA.

GOOD LUCK UNTUK TEAM KONCU-KONCU ZUNAR ATAS PENERBITAN MAJALAH SULUNG INI, MEREKA YANG DIMAKSUDKAN IALAH UNCLE ZUNAR, BABAH SAYA (RONASINA/FANDIRAMLI), U.JONOS, U.NAZA, U.AZAM, ABG SHAFIQ, ABG ISRAQ, KAK MAISURI, KAK MUNIRAH... SEMOGA TERUS BERKARYA DAN BEKERJA KUAT....... HARAPAN A & A PERMIT MAJALAH INI BERPANJANGAN... HE, HE, HE.....

Friday, July 31, 2009

ABANG SUHAIB TABAHLAH.........


Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa.
Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.
Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari.
Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....7 tahun telah berlaluPeristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau.
Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya.
Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...Bagaikan binatang di zooSejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama.
Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur...
Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem.
Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.
p/s bayangkan kita berada di tempat abg suhaib...? ISA ZALIMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dipetik daripada blog merdekareview./ http://bloghijat.blogspot.com/

Monday, July 27, 2009

JOM RAMAI-RAMAI



Kerajaan Selangor akan menganjurkan satu program yang dinamakan MUZIKAL EKSTRAVAGANZA 2009 bermula 1hb - 9hb Ogos 2009.


1hb Ogos 2009 (sabtu), jam 9.00mlm - akan diadakan persembahan akustik, dan baca naskah dari kumpulan indie yang akan menampilkan Meor, Nik, MissFyn, Pyanhabib, Airmas, Mei Chern, Osman Kering (Dikir dan Tukang karut) dll.
2hb Ogos 2009 (Ahad), jam 9.00 malam - Menampilkan dua kumpulan hebat. Pembukaan akan dimulakan oleh :-
KUMPULAN USRATIKA .http://usratika.blogspot.com/ yang akan mendendangkan lagu2 yang berunsur ketuhanan.
Untuk 2 jam berikutnya anda akan dihiburkan oleh sebuah kumpulan bertaraf dunia dengan berkonsepkan Nusantara yang mengelarkan kumpulan mereka dengan nama
UNTUK YANG ADA ANAK KEMBAR, YANG MINAT NASYID, NAK DENGAR MARHABAN, NAK TENGOK KEBUDAYAAN ORANG ASLI DAN LAIN2 LAGI DATANGLAH ATAU SILA LAYARI

Jemput datang kami pasti anda tak akan dapat lihat persembahan yang bertenaga seperti ini dikaca tv rtm, tv3 atau mana-mana siaran radio. Boleh bawak tikar sambil santai2 bersama-sama keluarga. Lihatlah dan nilaikan saya jamin anda pasti terhibur. A&A menanti anda di sana!!!!!

Saturday, July 25, 2009

Assalammualaikum......

Telah berminggu-minggu tak update blog kerana penyakit M melanda. Bukan tak de cerita banyak tapi ah.............. malas. Mintak babah A&A updatekan dia pun sibuk memanjang dengan projek... survival.

Apa yang terjadi semenjak kebelakangan ini.........?


1) A&A tidak dibawa keluar kerana wabak H1N1 yang melanda. Terapi di hospital pun ponteng. Aku takut sangat, fobia..... oleh itu kena upah trainner dan tukang urut datang ke rumah. kopak.....

2) Kerja yang tiba-tiba datang bertimbun-timbun sampai dah tak tahu nak buat yang mana dulu... poning kepalo......

3) Kena cari duit lebih untuk back up selepas raya kalau tak kedai kena bungkus... biasalah kalau lepas raya niaga teruk.

4) Ada perancangan besar untuk ke luar negara pertengahan tahun depan.... aku dan suami nak sambung belajar. jadi kena cari duit lebih...... Insyaalah.

Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T. apa pun A&A adalah keutamaan kami. Apa pun yang kami buat mestilah tidak menyusahkan A&A.

Sebelum tu lihatlah iklan terbaru disebelah. Anda pasti memerlukan pada masa-masa tertentu. silalah order.

Tuesday, July 14, 2009

RAMADHAN BULAN REZEKI

Kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga pada bulan Ramadhan ini dan tak tahu apa yang nak diniagakan, sila hubungi saya. Kami boleh membekalkan :-

1) Jubah untuk laki-laki
2) Baju Raihan dan Kurta
3) Jubah perempuan
4)t-shirt muslimah
5) Kain Pelekat
6) Kopiah

Kalau anda ada tempat tetapi tiada barang kami juga boleh membantu. Insyaalah.

SHAM
TEL : 0162525597

Saturday, July 11, 2009

UNTUKMU SAHABAT

APABILA AKU KESEPIAN
HIBURKANLAH AKU DENGAN SUARAMU
APABILA AKU SAKIT UBATI AKU
DENGAN RASA KASIH SAYANGMU
APABILA AKU MATI
JANGAN MANDIKAN AKU
DENGAN AIR MATAMU
APABILA AKU TERKUBUR
KUBURLAH AKU
DALAM HATI MU
DAN
BILA AKU TERSESAT
SELAMATKANLAH AKU
DENGAN DOAMU
"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"
KHAS UNTUK SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DARI SEGI MORAL DAN MATERERIAL. ANDA TAHU SIAPA ANDA. SALAM KASIH SAYANG DARI KAMI SEKELUARGA UNTUK ANDA SEMUA.

SMS DARI UMIANI " BAGAN DATOH, PERAK".
TERIMA KASIH UMI ATAS INGATAN DENGAN MENGANGGAP KAMI SEKELUARGA SAHABAT DAN SAUDARAMU......

Friday, July 03, 2009

mariii mari marii!!


Hari ini, SABTU 4 JULAI 9Malam di Dewan MPKj. Mama dan Babah yang organise program ni. dari cari budget sampailah menggantung bunting, banner dan menyusun kerusi. tapi mamalah yang paling banyak buat kerja he he he (saja nak bagi tau) . Adik dan kakak selalu kena tinggal disebabkan program ini.

Tapi malam ni A & A boleh pergi sama yahoooo....!!!!!

Jangan Lupa Kena Ingat!!!

Monday, June 22, 2009

..siri jelajah kampung (A&A)


tentang eksploitasi yang dimaksudkan dalam entry lalu..tunggulah akan diceritakan, ia sedang dalam proses undang2...


oh ya! Sabtu 20 Jun kami balik kampung Babah jumpa tok dan pah di kampung. Dah lama tak balik..

Esoknya pula kami pergi ke rumah Tok Teh untuk mengurut dan membetulkan alignment kaki kakak .(tulang pinggul dislocate)..Alhamdulillah sukses!! Seorang Tok yang dah tua tetapi mempunyai kepakaran dalam bidang "ortopedik"..

Kami juga mengambil kesempatan melawat kawan-kawan mama dan babah..Gambar di atas kakak sedang membantu Uwan Penjom memproses kunyit serbuk asli tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan..

Wednesday, June 10, 2009

DIEKSPLOITASI

UNTUK BEBERAPA HARI INI MUNGKIN TAK DAPAT UP DATE BLOG KERANA KESIBUKAN YANG ENTAH APA-APA. BAK KATA ORANG PUTIH BUSY LIKE A BEE....

ADA CERITA MENARIK TETAPI TAK MENARIK UNTUK DICERITAKAN... KALAU ANDA DENGAR DI MANA-MANA TENTANG KISAH INI ITULAH CERITANYA????????!!!!!!!!

Sunday, June 07, 2009

mama da organiser!


sesiapa yang berminat dijemput hadir, tapi kena beli tiketlahh..
persembahan dijamin tiada miming, minus one, karaoke dan cover version..karya sendiri "pure" dan LIVE!
kerana live itu HIDUP..
RAIKAN HIDUP!
tempahan tiket sila hubungi : Pn Sham 0162525597

Tuesday, June 02, 2009

haahhh!!! Tolongg selamatkan kamiiii!!

selesai...kakak dan adik dah selamat cabut gigi walaupun payah memegangnya..hisyy!! menjerit-jerit!!

ni gigi geraham bawah kakak..




peh...kakak dan adik menyentil tembakau macam zaman dulu-dulu..

adik dah mula sengih 30 minit lepas cabut gigi..


ni gigi geraham atas adik (kiri) dan yang kecil tu gigi taring..boleh bikin batu cincin..



kakak mengamuk dan masih bengang tak mahu buka mulut walaupun kita nak tukar kapas..emmm marah nampak?



layaannnnn!!

Monday, June 01, 2009

KAKAK DAN ADIK NAK DICABUT GIGI?

esok Selasa 2 Julai jam 2.30 petang kakak dan adik akan pergi jumpa doktor gigi di Hospital Serdang untuk cabut gigi. Ini kerana umur kakak (8 tahun) dan adik (6 tahun) sepatutnya sudah berganti gigi kekal tetapi ia belum berlaku. Kakak cuma berganti dua batang gigi bawahnya saja. Ini menyebabkan gigi kami mulai reput dan rosak kerana sepatutnya dah sampai tarikh luput. (untuk makluman, kami gosok gigi setiap hari kerana penjagaan gigi amat dititikberatkan oleh mama dan babah. Babah giginya kuat sampai boleh gigit tulang drumstick ayam dengan selamba je..hehehe)

Maka ia perlu dicabut oleh doktor untuk memberi laluan kepada gigi baru, hihihi! Oleh kerana kakak dan adik CP maka Doktor memberi pilihan agar proses mencabut gigi dilakukan secara tidak sedarkan diri (menggunakan ubat tidur) atau secara biasa seperti orang normal. Mama dan babah memilih kaedah biasa kerana tidak mahu kami berdua terdedah dengan ubat tidur banyak kali (al maklumlah kami selalu di x-ray, di CT-Scan dan MRI).
Babah agak bimbang juga kalau kami kesakitan dan banyak tumpah darah tetapi mama yang mempunyai pengalaman bekerja di klinik gigi suatu masa dulu (92-94) mengatakan gigi susu tidak teruk sangat.

kakak rileks je masa cabut gigi bawah ni..

adik bergaya dengan imej gothic tapi kah kah..gigi dah jadi 'kecik'..
DOAKAN SEMUANYA SELAMAT DAN DIPERMUDAHKAN!

Tuesday, May 19, 2009

A & A

Dah lama tak buka email. semalam baru berkesempatan. Rupanya ada satu email dari seorang sahabat. dia memanggil kakak dan adik dengan singkatan A & A. saya rasa best juga tak pernah terpikir pula.

Untuk MAZLINA yg sebenarnya kami tak pernah bersua muka, berhubung hanya melalui email. saya ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada MAZLINA, ALIA, ABANG DAN BATALION ANDA kerana segala bantuan yg di berikan. Allah jua yang membalas segala jasa baik dan budi anda. Semoga keluarga anda dilimpahi rahmat dan berbahagia selalu.

Kepada kawan-kawan yg ada anak cp saya akan kongsi maklumat dan method yg Mazlina ajar kepada saya untuk dipraktikkan kepada A & A. Bila Mazlina sudah selesai menyiapkan bahan-bahannya bolehlah kita sama-sama kongsi. Insyaalah kita berusaha selebihnya kita berserah kepada Allah.

Untuk Mazlina dan keluarga terimalah pantun di bawah dari saya, suami dan A & A. saya puas cuba mencipta pantun sendiri tapi tak menjadi-jadi jadi saya copy ajelah ye. http://penyair.wordpress.com/2007/04/11/pantun-budi/

Dari Daik pulang ke Daik

Sehari-hari berkebun pisang

Budi baik dibalas baik

Dalam hati dikenang orang


Tanam lenggun tumbuh kelapa

Terbit bunga pucuk mati

Budi puan saya tak lupa

Sudah terpaku di dalam hati


Tenang-tenang air laut

Sampan kolek mudik ke tanjung

Hati terkenang mulut menyebut

Budi baik rasa nak junjung


Banyak ubi perkara ubi

Ubi keledek ditanam orang

Banyak budi perkara budi

Budi baik dikenang orang


Saya kreditkan idea mazlina di dalam blog ini dengan menukar header blog ini dengan perkataan baru iaitu
A & A

Sunday, May 17, 2009

kakak dan adik di syurga?

indahkah syurga? Damai dan bercahayakah?

kami ingin ke sana bersama mereka yang menyayangi kami..

tercapaikah?

Saturday, May 16, 2009

PAK PYANHABIB YANG LETER

Ha, ha , ha..... kerana keleteran dan kecerewetan pak pyanhabib maka kakak dan adik selalu tak dapat ikut mama dan babah pi mana-mana..

Apa nak buat orang tua memang macam tu. Ini tak boleh itu tak boleh. Kami ni selalu keluar waktu malam sebab siang sibuk tapi sekarang dah tak boleh lagi atas nasihat pak Pyan. Kalau adik dan kakak jumpa Pak Pyan siaplah.......

Monday, April 27, 2009

BERITA KEPADA KAWAN

Umur kakak 8 tahun dan umur adik 6 tahun. kalau di singkap cerita 8 tahun dulu, banyak sungguh yang nak diceritakan. tapi ada ke orang nak tahu?.

Aku sememangnya tak mahu orang yang membaca blog ku ini dibuai kesedihan. betul ke ayat ni?. dan sememangnya itu tekad ku mula-mula menubuhkan blog ini. tujuan blog ini dibuat hanya untuk berkongsi cerita dan pengalaman walaupun aku bukan pandai menulis. bukan hipokrit tetapi inilah hidup ku, suami dan anak-anak sememangnya membuatkan aku gembira dan seboleh-bolehnya kami mahu menikmati hidup yang dipinjamkan oleh Allah ini dengan sebaik-baiknya.

Dipendekkan cerita semasa kakak berumur 4 bulan doktor memberitahu yang kakak CP . aku dan suami cuma kata "oh ok......". sampai doktor pakar kanak-kanak tu pun hairan. doktor tu kata you berdua tak terkejut ke?. Kami cuma kata kami dah bersedia untuk apa pun. Mungkin kerana masa tu kakak tersangat tembab dan sihat jadi aku tak berapa nampak apa yang akan aku lalui ditahun-tahun yang mendatang. Alahamdulillah masa tu aku tak langsung menangis. Syukur kerana suami yang memang keras hati dan sedikit sebanyak terkenan juga kat aku.

Bila kakak berumur satu tahun lebih, kakak menjalani rawatan di Hospital Universiti (PPUM). Pernah kami duduk di hospital selama 1 bulan dan pada masa tu aku sarat mengandungkan adik. Pada masa tulah setelah semua pemeriksaan dan ujikaji dijalankan kakak disyaki menghidap "MITOCHONDRIAL DISEASE". Di ringkaskan doktor menerangkan apa mitochondrial disease ini; sejenis penyakit yang menyebabkan sel tenaga tak berfungsi (diringkaskan) dan semestinya penyakit ini tak ada ubatnya. Punca tak tahu doktor kata. tapi banyak kes berpunca dari ibu. oh ok... dan doktor kata potensi jangka hayat kakak hanya bertahan selama 3 tahun aje. oh ok.... tak nangis lagi.... doktor kata kena tahan wad ni untuk pemeriksaan selanjutnya. untuk pengetahunan semua kakak dah mula mengalami susut badan kerana selalu diserang jangkitan kuman diparu-parunya. masa tu kami duduk di kuala lipis pahang.

Bila naik ke wad aku mula terpikir cakap-cakap doktor tu tadi. aku mula diserang kesedihan. bila adik beradik aku datang melawat pada hari tu kerja aku menangis. tapi atas nasihat dan kekuatan yang ditunjukan oleh suami aku hanya menangis pada hari itu saja. selama sebulan duduk di hospital yang dah jadi rumah tangga kami dengan perut yang sarat mengandung 8 bulan aku di beri kekuatan oleh Allah yang tak tahu macam mana nak ku ceritakan dengan kata-kata. bermula pada saat itu aku telah bertekad di dalam hati aku mesti redha, ini bahagian aku.

Alhamdulillah bila aku bersalinkan adik, adik tak menangis. Dan aku tahu adik speacial baby. ok no problem. Aku pernah dimarah oleh nurse pada hari pertama aku melahirkan adik ini kerana aku bertanya pada seorang nurse yang kebetulan kenalan ku. Aku cuma tanya apa kisah sambungan cerita drama (bersiri) yang aku terlepas sebab tak sempat nak tengok. Nurse yang seorang ni tiba-tiba naik angin dengan aku; "anak awak macam tu awak masih ingat drama, tak risau ke?". aku dengan spontan cakap "awak nak suruh saya menangis meraung ke?".

Dulu masa kakak masih bayi ada juga kami bertanya-tanya, nanti kalau kakak dah umur 7 tahun macam mana ya..?. dan sekarang kakak dah berumur 8 tahun dan aku pun tak sedar yang aku telah melaluinya. Sebenarnya benarlah kata suami, kita tak payah pikirkan sangat macam mana, bagaimana, kalau, etc.... Kita lalui aje. Jangan peningkan kepala dengan memikirkan benda yang kita tak nampak. kemungkinan akan datang pekara ini menjadi lebih mudah atau sebaliknya. jadi bersedialah dari segi mental dan spritual. Kalau difikirkan dan dilayan perasaan silap-silap kita dapat darah tinggi, kalau sakit siapa nak jaga anak kita....

Jadi sehingga hari ini aku menjalani hidup yang sangat berwarna-warni. baru kita tahu yang mana saudara dan sahabat yang sanggup susah senang. Ramai sahabat yang telah menjadi saudara. kawan-kawan yang entah dari mana datangnya membantu dengan berbagai-bagai bentuk bantuan. Baru ku kenal erti keikhlasan dan kejujuran.

Selalu ku ingatkan diri ini ; kalau aku susah ada orang lain lagi susah. melihat itu aku amat bersyukur dengan kurniaan NYA. Mungkin kerana perjalanan hidup ku dari kecil yang kehilangan bonda tersayang; meninggal ketika berumur 10 tahun dan selepas itu menumpang kasih dengan nenek dan selang 3 tahun kemudian nenek pula meninggal dan selepas itu bermulalah kehidupan yang telah mengajar aku erti berdikari dan membuatkan diri ini lebih kuat mengharungi cabaran dan dugaan dari segi mental dan fizikal.. Insyaallah.

Dan sesungguhnya ADA YANG MANIS UNTUK DIKENANG. Bersyukur kerana aku dapat merasa bagaimana mengandung 9 bulan, bersalin, menyusukan anak dan berjaga malam seperti ibu-ibu yang lain..... berbanding mereka yang tak pernah merasa itu semua. Pernah seorang jururawat dihospital kuala lipis yang telah berbelas tahun kahwin tapi belum lagi di kurniakan cahaya mata bercakap pada ku " sham, awak beruntung dapat melalui ini semua, akak berdoa dapat anak cacat pun tak apa asalkan kakak dapat merasa pengalaman mengandung, melahirkan dan dapat menyentuh kulit anak sendiri......".

Suami selalu berpesan jangan terlalu bermain dengan perasaan. Bila perasaan di buai dengan kesedihan pada masa itulah kita akan mereka-reka cerita. Satu pesan suami REDHA jika kita benar-benar menerima ketentuan ini jiwa akan tenang. Alhamdulillah walaupun kadang-kadang sedih bila anak sakit tapi aku cuba tidak membiarkan perasaan ku menguasai diri.

Mari kita semua RAIKAN HIDUP ini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, April 25, 2009

TOLONG SAHABAT INI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BERIKANLAH BANTUAN ANDA KEPADA CHE NAT. KASIHANILAH KELUARGA INI.

oleh : kassim selamat

Sekeping Roti & Sebuku Hati

>> Thursday, April 23, 2009


Selepas saja solat Isyak, kesemua kipas dan lampu terpadam. Blackout!. Gelap dan gelita. Satu suasana yang jika boleh aku mahu hindari. Perlahan-lahan terasa tilam anginku mengempis. Perlahan-lahan juga bahang panas dan rasa pijau menyelubungi rasa. Haba terperap tak mampu lari.

Dalam kegelapan, aku 'ON' kan laptopku yang berbekalkan kuasa bateri. Cukup untuk bertahan bagi tempoh dua jam.

Untuk menenangkan perasaan resah dan gelisah, surah At-Taubah kuperdengarkan dari corong laptopku. Moga dengan mendengarnya rasa panas dan gelisah tadi dapat kulupakan.

Bertemankan cahaya lilin dan cahaya dari laptop, sempat juga isteriku menyuapkan kumakan roti gardenia bercicahkan sambal tumis ikan bilis. Sekadar untuk melupakan seketika tentang kepanasan.

Sambil roti gardenia kujamah, teringat aku akan Che Nat. Aku pasti jika dia boleh bersuara pasti perasaan resah yang sama akan di luahkan. Sesungguhnya, agak terseksa juga bagi kami yang terlantar di atas katil bila setiap kali bekalan elektrik terputus.

Pun begitu aku lebih bernasib baik dari Che Nat. Aku masih mampu bersuara. Dan masih mampu menelan makanan walaupun dalam kegelapan.

Che Nat makan melalui tiub yang di salurkan ke perutnya

Masih ingat lagi entriku tentang Che Nat? Pemuda berumur 19 tahun yang telah dibelasah teruk sehingga koma dan hilang ingatan. Kini telah setahun berlalu. Tiada banyak perubahan pada Che Nat. Dia masih koma dan tidak sedarkan diri.

Terima kasih kepada sahabat² yang telah menyiarkan kisah Che Nat di blog masing². Kepada yang ingin membantu dan mungkin belum mengetahui tentang kepayahan keluarga Che Nat boleh baca di sini.

Mari bersama kita ringankan beban keluarga Che Nat dengan apa jua bentuk bantuan.

Semoga Allah merahmati budi baik dan sumbangan saudara².

TERIMA KASIH

ALHAMDULILLAH dan TERIMA KASIH atas doa semua. Adik dah keluar hospital pada hari isnin dan diikuti oleh kakak pada hari selasa. maaf kerana tak update terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang tergendala.

TERIMA KASIH kepada semua yang sudi menziarahi kami di wad. Pak Cik Aku, kawan-kawan babah auntie Ita dan Untie Azura dan pelawat kami yang tak disangka-sangka Adik Sara yang sangat comel bersama bondanya auntie Ita dan papanya Uncle Farid.

sekali lagi TERIMA KASIH banyak-banyak dari kami sekeluarga. semoga Allah memelihara kita semua.

Sunday, April 19, 2009

adik dan kakak masuk wad

adik masuk wad kerana jangkitan paru2 Jumaat lepas 17 April diikuti kakak petang Ahad 19 April dengan sebab yang sama..

makanya kami sekeluarga masuk wad kanak2 5A di Hospital Serdang..babah dan mama pun masuk wad sebab jaga kami ..apa punye turr!! hahaha!!!

- catatan oleh babah sewaktu pulang ke rumah sekejap sebab nak ambil baju!

Friday, April 17, 2009

ANAK AWAK KENAN

Anak awak ni KENAN!!!!!!!!!!!!. huish .... panas telinga kalau ada yang berkata begini kepada kami. lepas tu mereka-mereka ni akan mengesyorkan pada anda dukun atau bomoh atau ustaz, kata mereka "anak saudara; jiran; anak kawan etc... sama macam anak awak tapi bila dia pi berubat kat situ, sekarang dah boleh jalan", sebagai contoh ayat..... jadi apa kita nak jawab pada mereka-mereka ni ya.

penat nak layan. malas nak layan tapi kalau tak layan dikata sombong. nanti dikata pula dah ada anak macam tu pun nak sombong; tak sedar diri..... dan kalau tak jawab apa-apa rasa tak puas hatilah pulak, nanti bila sampai rumah tak habis-habis dok kata ngapalah kita tak jawab tadi....

untuk pembaca dan kawan-kawan jangan ikut saya dan suami nanti orang menyampah kat kita. saya dan suami ni memang pantang bab kenan-kenan ni. Jadi inilah 2 jawapan lazim yang akan kami berikan pada yang gatal-gatal mulut tu....

1. Iya memang anak kami ni kenan... DIPERKENANKAN OLEH ALLAH MENJADI AHLI SYURGA TANPA DI HISAB. ini bukan saja-saja cakap tetapi itulah doa kami semasa anak masih di dalam kandungan lagi.

2. tanya balik pada penanya yg berkenaan, "KENAN? KENAN APA, KENAN MONYET KE". maaf ini kasar sikit kalau berani bolehlah kalau tak jangan di buat-buat.

sombong dan kasar bunyinyakan. tapi saya rasa tak ada jawaban yang lebih baik dari itu. bukan apa kadang-kadang menyampah dah dengan soalan yang boleh MEROSAKKAN AKIDAH ni. jangan pelik kadang-kadang ada mak aji atau kakakbertudung labuh, pak cik atau abang yang dahinya lebam bertanyakan soalan yang mengarut ni. jangan buang masa berceramah dengan mereka sebab puak-puak ni susah nak di turning over.

ingatlah manusia itu sebaik-baik kejadian. suka saya berkongsi pendapat dan pegangan saya iatu.... KITA SEDANG, DIUJI OLEH ALLAH DENGAN UJIAN INI (ANAK ISTIMEWA), JADI JANGANLAH KITA BERPALING DARI NYA, JANGANLAH KERANA PERBUATAN KITA YANG SIA-SIA (percaya kenan) ALLAH MURKA PADA KITA DAN KESUDAHANNYA KITA TIDAK MENDAPAT REDHANYA".


Entry ini bukan untuk menunjuk pandai atau mengajar hanya untuk berkongsi cerita dan pengalaman. seperti kata saya di atas saya sedang di uji dan sesungguhnya TIADA DAYA UPAYA SAYA MELAINKAN DENGAN KUASA NYA. Setiap penyakit ada ubatnya dan janganlah berputus asa, asalkan tidak bertentangan dengan agama dan tidak merosakkan akidah berusahalah. fahami dulu apa penyakit dan kecacatan anak kita untuk mengelakkan kita melakukan pekara yang sia-sia.


Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Wallahhuallam.

Monday, April 13, 2009

SPECIAL ENTRY

ALHAMDULILLAH HIRABBIL ALLAMIN.

Kakak dan 8th dan adik dah 6th. sepanjang itulah aku dan suami telah melalui berbagai-bagai pengalaman, dan pengalaman itulah yang mahu ku kongsi ruangan ini. kalau nak di tulis di sini mungkin tak akan habis-habis tapi harapan ku tulisan ini dapat menjadi panduan kepada pembaca di luar khasnya pada mereka yang mempunyai anak istimewa dalam mengharungi dan menghadapi meknah manusia yang tak faham atau kadang-kadang menyakiti hati kita. sesungguhnya cabaran dan dugaan yang kita harungi hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu

jangan harapkan tulisan ini akan menitiskan air mata atau menyebakkan hati anda kerana aku tak akan berbuat begitu sama sekali. di bawah ku perturunkan sedikit petua untuk anda semua.

1. Yang paling utama REDHA . Dan katakan pada diri kita bahawa inilah yang terbaik untuk kita. Aku selalu di ingatkan oleh suami bahawa "kita mungkin akan jadi manusia yang paling teruk kerana mempunyai anak yang bijak atau comel". Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Tidak salah menangis tapi jangan sampai kesedihan menguasai kehidupan. Ingatlah anak kita memerlukan kekuatan kita.

2. Suami dan isteri perlu duduk berbincang. Jangan ada salah menyalah walaupun di dalam hati kerana ini akan merosakan hubungan. dan ingatlah serta tanamkan di dalam jiwa kita bahawa anak kita faham apa yang terjadi. jangan sesekali bergaduh di depan mereka. Pasangan perlu lebih bertimbang rasa.

3. Luangkan masa. anak istimewa kita perlukan belaian dan perhatian 5 kali ganda dari anak-anak normal. Terangkan dan tanamkan pada diri anak-anak yang normal bahawa adik; kakak; abang mereka perlukan kita untuk membantu dan ini tanggungjawab orang yang sihat. sebenarnya tak susah contohnya kita boleh pangku anak kita sambil membaca blog, sambil nonton tv dan terpulang pada kreativiti kita.

4. kita akan berhadapan dengan keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang tak peka langsung. kalau anda ada anak istimewa pasti anda faham apa maksud saya. jangan cepat terasa hati. biarkan pekara itu berlalu seperti angin lalu. memang cakap-cakap dan perbuatan orang yang tak peka ini amat menyakitkan hati.

5. dari segi makanan untuk anak istimewa, jgn takut untuk mencuba memberi resepi yang baru. kasihan mereka, saya selalu terjumpa kawan-kawan yang senasib, kadang-kadang anak tu dah berumur 10th masih diberi makanan yang sama, ingatlah mereka perlukan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Mungkin di entry akan datang saya akan beri resepi dan cara-caranya. mereka pun nak makan sedap juga. Insyaalah.

6. Jangan simpan anak kita di dalam rumah. jangan sedikit pun ada perasaan malu atau susah. bawalah mereka keluar. berilah mereka peluang merasai nikmat kehidupan ini seperti orang yang normal. Jangan takut pada cuaca panas atau sejuk mereka perlu merasai ini semua. bawa mereka ketika pergi shopping, makan di restoran, pergi taman, mandi air terjun dan di mana saja, yang paling syok pi demo he, he, he.... tapi jangan tak percaya anak saya lebih seronok pi demo dan ceramah dari pi rumah orang kawin.

Sebenarnya banyak lagi tapi cukuplah setakat ini dulu. sesiapa yang ada idea boleh komen. saya masih belajar. Jika berkesempatan bagi sesiapa yang belum membaca SIRAH RASULLULLAH harapan saya dapatlah kiranya luangkan masa membacanya kerana terlalu banyak yang kita dapat pelajaran dari perjalanan hidup Baginda S.A.W.

Ingatlah kita sangat beruntung kerana di kurniakan oleh Allah S.W.T anak istimewa. pandang wajah anak kita maka sesungguhnya kita memandang seorang AHLI SYURGA. dan sesungguhnya sangat bertuahlah kita kerana diberi kesempatan untuk berkhidmat kepada seorang Ahli Syurga. Lapangkan dada dan ikhlaslah dalam segala perbuatan. oh alangkah indah dan bahagianya. Terima kasih Ya Allah.


-mama-

Monday, April 06, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN ADIK YANG KE 6!


HARI INI 7HB APRIL 2009 HARI JADI ADIK AN-NUR YANG KE 6TH. SEMOGA ADIK SIHAT DAN CERIA SELALU.

MAMA - JANGAN BUAT GEMPAK MACAM HARI TU LAGI. MAMA LOVE YOU.

BABAH - Adik memang selalu bikin gempak sejak lahir lagi.. SELAMATKAN KAMI DUNIA AKHIRAT EKK?

KAKAK- Selamat menjaga kami pada waktu malam kih kih kih!

JEMPUT MAKAN KEK YAA, jangan malu-malu!!

Wednesday, April 01, 2009

adik dah keluar wad..

adik dengan fesyen gothic..ha ha!


adik dah keluar wad semalam, Selasa 31 mac..

terima kasih kerana mendoakan adik.

Allah berkati ke semuanya!