Monday, April 27, 2009

BERITA KEPADA KAWAN

Umur kakak 8 tahun dan umur adik 6 tahun. kalau di singkap cerita 8 tahun dulu, banyak sungguh yang nak diceritakan. tapi ada ke orang nak tahu?.

Aku sememangnya tak mahu orang yang membaca blog ku ini dibuai kesedihan. betul ke ayat ni?. dan sememangnya itu tekad ku mula-mula menubuhkan blog ini. tujuan blog ini dibuat hanya untuk berkongsi cerita dan pengalaman walaupun aku bukan pandai menulis. bukan hipokrit tetapi inilah hidup ku, suami dan anak-anak sememangnya membuatkan aku gembira dan seboleh-bolehnya kami mahu menikmati hidup yang dipinjamkan oleh Allah ini dengan sebaik-baiknya.

Dipendekkan cerita semasa kakak berumur 4 bulan doktor memberitahu yang kakak CP . aku dan suami cuma kata "oh ok......". sampai doktor pakar kanak-kanak tu pun hairan. doktor tu kata you berdua tak terkejut ke?. Kami cuma kata kami dah bersedia untuk apa pun. Mungkin kerana masa tu kakak tersangat tembab dan sihat jadi aku tak berapa nampak apa yang akan aku lalui ditahun-tahun yang mendatang. Alahamdulillah masa tu aku tak langsung menangis. Syukur kerana suami yang memang keras hati dan sedikit sebanyak terkenan juga kat aku.

Bila kakak berumur satu tahun lebih, kakak menjalani rawatan di Hospital Universiti (PPUM). Pernah kami duduk di hospital selama 1 bulan dan pada masa tu aku sarat mengandungkan adik. Pada masa tulah setelah semua pemeriksaan dan ujikaji dijalankan kakak disyaki menghidap "MITOCHONDRIAL DISEASE". Di ringkaskan doktor menerangkan apa mitochondrial disease ini; sejenis penyakit yang menyebabkan sel tenaga tak berfungsi (diringkaskan) dan semestinya penyakit ini tak ada ubatnya. Punca tak tahu doktor kata. tapi banyak kes berpunca dari ibu. oh ok... dan doktor kata potensi jangka hayat kakak hanya bertahan selama 3 tahun aje. oh ok.... tak nangis lagi.... doktor kata kena tahan wad ni untuk pemeriksaan selanjutnya. untuk pengetahunan semua kakak dah mula mengalami susut badan kerana selalu diserang jangkitan kuman diparu-parunya. masa tu kami duduk di kuala lipis pahang.

Bila naik ke wad aku mula terpikir cakap-cakap doktor tu tadi. aku mula diserang kesedihan. bila adik beradik aku datang melawat pada hari tu kerja aku menangis. tapi atas nasihat dan kekuatan yang ditunjukan oleh suami aku hanya menangis pada hari itu saja. selama sebulan duduk di hospital yang dah jadi rumah tangga kami dengan perut yang sarat mengandung 8 bulan aku di beri kekuatan oleh Allah yang tak tahu macam mana nak ku ceritakan dengan kata-kata. bermula pada saat itu aku telah bertekad di dalam hati aku mesti redha, ini bahagian aku.

Alhamdulillah bila aku bersalinkan adik, adik tak menangis. Dan aku tahu adik speacial baby. ok no problem. Aku pernah dimarah oleh nurse pada hari pertama aku melahirkan adik ini kerana aku bertanya pada seorang nurse yang kebetulan kenalan ku. Aku cuma tanya apa kisah sambungan cerita drama (bersiri) yang aku terlepas sebab tak sempat nak tengok. Nurse yang seorang ni tiba-tiba naik angin dengan aku; "anak awak macam tu awak masih ingat drama, tak risau ke?". aku dengan spontan cakap "awak nak suruh saya menangis meraung ke?".

Dulu masa kakak masih bayi ada juga kami bertanya-tanya, nanti kalau kakak dah umur 7 tahun macam mana ya..?. dan sekarang kakak dah berumur 8 tahun dan aku pun tak sedar yang aku telah melaluinya. Sebenarnya benarlah kata suami, kita tak payah pikirkan sangat macam mana, bagaimana, kalau, etc.... Kita lalui aje. Jangan peningkan kepala dengan memikirkan benda yang kita tak nampak. kemungkinan akan datang pekara ini menjadi lebih mudah atau sebaliknya. jadi bersedialah dari segi mental dan spritual. Kalau difikirkan dan dilayan perasaan silap-silap kita dapat darah tinggi, kalau sakit siapa nak jaga anak kita....

Jadi sehingga hari ini aku menjalani hidup yang sangat berwarna-warni. baru kita tahu yang mana saudara dan sahabat yang sanggup susah senang. Ramai sahabat yang telah menjadi saudara. kawan-kawan yang entah dari mana datangnya membantu dengan berbagai-bagai bentuk bantuan. Baru ku kenal erti keikhlasan dan kejujuran.

Selalu ku ingatkan diri ini ; kalau aku susah ada orang lain lagi susah. melihat itu aku amat bersyukur dengan kurniaan NYA. Mungkin kerana perjalanan hidup ku dari kecil yang kehilangan bonda tersayang; meninggal ketika berumur 10 tahun dan selepas itu menumpang kasih dengan nenek dan selang 3 tahun kemudian nenek pula meninggal dan selepas itu bermulalah kehidupan yang telah mengajar aku erti berdikari dan membuatkan diri ini lebih kuat mengharungi cabaran dan dugaan dari segi mental dan fizikal.. Insyaallah.

Dan sesungguhnya ADA YANG MANIS UNTUK DIKENANG. Bersyukur kerana aku dapat merasa bagaimana mengandung 9 bulan, bersalin, menyusukan anak dan berjaga malam seperti ibu-ibu yang lain..... berbanding mereka yang tak pernah merasa itu semua. Pernah seorang jururawat dihospital kuala lipis yang telah berbelas tahun kahwin tapi belum lagi di kurniakan cahaya mata bercakap pada ku " sham, awak beruntung dapat melalui ini semua, akak berdoa dapat anak cacat pun tak apa asalkan kakak dapat merasa pengalaman mengandung, melahirkan dan dapat menyentuh kulit anak sendiri......".

Suami selalu berpesan jangan terlalu bermain dengan perasaan. Bila perasaan di buai dengan kesedihan pada masa itulah kita akan mereka-reka cerita. Satu pesan suami REDHA jika kita benar-benar menerima ketentuan ini jiwa akan tenang. Alhamdulillah walaupun kadang-kadang sedih bila anak sakit tapi aku cuba tidak membiarkan perasaan ku menguasai diri.

Mari kita semua RAIKAN HIDUP ini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

22 comments:

alang said...

Adik dan kakak sungguh beruntung kerana mendapat ibu dan ayah sebaik ini. Moga adik dan kakak sentiasa dirahmati RahmatNya.

hasbul said...

semoga adik dan kakak dilindungiNya sentiasa...harap2 family aku dapat jadi macam family ni 1 hari nanti..Amin..

aku said...

salam babah,mama dan adikkakak..

nak komen pun,kalian lebih berpengalaman.
nak bg semangat pun,kalian yg lebih semangat.

kami yg sepatutnya belajar dr kalian.lebih2 lg aku.
dan pada korang ni ada sesuatu yg tak ada pd family lain.apanye? ntah..

aku pun dah ditempias kata2 babah... layan..

yatie chomeyl said...

suka dgn semangat akak. I wish I could b as strong as u :)

AKUOKU said...

Semua,

SEMANGAT TU PU ALLAH YANG BERI. apalah yang ada pada kita ni?. kecik aje so cubalah kita jgn mempertikaikan apa yg DIA beri kat kita. ambik aje dah kata pun hamba Allah...

Farid Hanif said...

Timekaseh kak. Manusia ni memang mudah lupe (bukan melayu je). Tu pasal kena selalu berpesan-pesan. Kemsalam kat abang.

ita zakaria said...

salam..kak, ita tersentuh yang amat dgn kisah akak. bukan dari bab anak jer..tapi dari saat akak kehilangan bonda tercinta tuh. ita x tau nak bayangkan camner hidup akak sefamily...tapi ita dapat bayangkan ketabahan akak selama nih! tiba2 rase semangat tuh datang balik!!! ita bersyukur dapat 'bersifu' kan akak...hehe! semoga ita dan abang akan tabah macam akak dan abang akak.. and the most important, semoga sarra jugak kuat macam kakak2 die. nanti ita ajak abang jumpe akak lagik yer..banyak nak tny pasal proposal aituh..ita ade seseorang yang mungkin dapat menolong..insyaAllah

AKUOKU said...

Farid & ita,

sara perlukan semangat anda. jgn sedih2, sebenarnya byk cara utk membuatkan kita bahagia. pls call me, i lost ur num

saripahbakar said...

semoga kalian tabah!

Lightnur said...

Assalamualaikum

Ceritalah, kerana saya bersedia mendengarnya. Satu masa dulu pernah saya tertanya2 adakan saya seorang saja yang melalui keadan begini. Alhamdulillah, dengan cerita anda saya tahu bahaya nasib kita serupa. Saya tidak sendiri. Masih ramai ibu2 yang berjuang untuk anak2 istemewa mereka.

Sangat istemewa pegangan hidup anda, "kami mahu menikmati hidup yang dipinjamkan oleh Allah ini dengan sebaik-baiknya."

Pesan suami anda sangat benar. Kalau terlalu melayan perasaan pasti memberi kesan negatif

Terima kasih. Saya pasti yang saya mahu meraikan Hidup ini...

Peluk dan cium buat kakak dan adik

AKUOKU said...

SARIPAHBAKAR,
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENYINGAH. SAMA2LAH KITA...

LIGHTNUR,

NAMA ANDA BERERTI CAHAYA.... SUDAH PASTI TERANG BENDERANG. KATA SUAMI LAGI "LAYAN.............".

Rantong said...

Salam ziarah. Mungkin ini dapat membantu kita diwaktu gawat sekarang.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

jane said...

salam kenalan,

pertama kali ke sini. tertarik dengan paparan dan kisah anda sekeluarga. saya guru pendidikan khas di ipoh. dalam ramai2 murid lebih dari 40 orang, saya memiliki 2 murid dengan CP. saya link blog ini, boleh ya? terima kasih

AKUOKU said...

rantong,
tq fou the info

jane, no prob.

daLyaanoon said...

takde sape2 yang berani pertikai ketabahan abg n akak!

semoga dapat jadi contoh terbaik buat diri saya sendiri!

suealeen said...

salam kenal... eh sungguh la... sesiapa pun di tempat ibu atau bapa istimewa ni tak nak orang sebut "Kesiannye". sebenonye hidup ini terlalu singkat untuk diratapi, jika kita memandang sesuatu yang jauh yang mungkin, insyaAllah, akan tersedia untuk kita di akhirat sana.

AKUOKU said...

din,
semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita.

suealeen,

betul, perkataan itu kadang2 merimaskan saya.

Amalina said...

Assalamualaikum, apa khabar adik dan kakak? Mama n babah?

Anonymous said...

salam...
wargh!!!nak nangis rasenye bce semua post2 kat blog nih..

ummunaufal said...

salam...saya selalu baca blog ni..tapi x pernah hantar komen...Namun hari ni selamat berkenalan....dan SELAMAT HARI IBU...SESUNGGUHNYA ANDA "SEORANG IBU YANG BUKAN SEBARANGAN IBU.." Tahniah!!!Dan yakinlah dengan janji janji Allah SWT....kepada hamba2Nya yang sabar.....

AKUOKU said...

AUNT Amalina,
kami baik2 aje. Alhamdulilah,

annon,

nak nangis tak pe, jangan nagis betul2, tak bestlah.

ummunaufal,

selamt datang. saya ke blog umi yapi tak boleh nak komen.

ummunaufal said...

dah bole....maaf ya...