Tuesday, May 19, 2009

A & A

Dah lama tak buka email. semalam baru berkesempatan. Rupanya ada satu email dari seorang sahabat. dia memanggil kakak dan adik dengan singkatan A & A. saya rasa best juga tak pernah terpikir pula.

Untuk MAZLINA yg sebenarnya kami tak pernah bersua muka, berhubung hanya melalui email. saya ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada MAZLINA, ALIA, ABANG DAN BATALION ANDA kerana segala bantuan yg di berikan. Allah jua yang membalas segala jasa baik dan budi anda. Semoga keluarga anda dilimpahi rahmat dan berbahagia selalu.

Kepada kawan-kawan yg ada anak cp saya akan kongsi maklumat dan method yg Mazlina ajar kepada saya untuk dipraktikkan kepada A & A. Bila Mazlina sudah selesai menyiapkan bahan-bahannya bolehlah kita sama-sama kongsi. Insyaalah kita berusaha selebihnya kita berserah kepada Allah.

Untuk Mazlina dan keluarga terimalah pantun di bawah dari saya, suami dan A & A. saya puas cuba mencipta pantun sendiri tapi tak menjadi-jadi jadi saya copy ajelah ye. http://penyair.wordpress.com/2007/04/11/pantun-budi/

Dari Daik pulang ke Daik

Sehari-hari berkebun pisang

Budi baik dibalas baik

Dalam hati dikenang orang


Tanam lenggun tumbuh kelapa

Terbit bunga pucuk mati

Budi puan saya tak lupa

Sudah terpaku di dalam hati


Tenang-tenang air laut

Sampan kolek mudik ke tanjung

Hati terkenang mulut menyebut

Budi baik rasa nak junjung


Banyak ubi perkara ubi

Ubi keledek ditanam orang

Banyak budi perkara budi

Budi baik dikenang orang


Saya kreditkan idea mazlina di dalam blog ini dengan menukar header blog ini dengan perkataan baru iaitu
A & A

Sunday, May 17, 2009

kakak dan adik di syurga?

indahkah syurga? Damai dan bercahayakah?

kami ingin ke sana bersama mereka yang menyayangi kami..

tercapaikah?

Saturday, May 16, 2009

PAK PYANHABIB YANG LETER

Ha, ha , ha..... kerana keleteran dan kecerewetan pak pyanhabib maka kakak dan adik selalu tak dapat ikut mama dan babah pi mana-mana..

Apa nak buat orang tua memang macam tu. Ini tak boleh itu tak boleh. Kami ni selalu keluar waktu malam sebab siang sibuk tapi sekarang dah tak boleh lagi atas nasihat pak Pyan. Kalau adik dan kakak jumpa Pak Pyan siaplah.......