Sunday, August 30, 2009

MINYAK NAIK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



YAHOOO!!!!!!!!!!!! HADIAH MERDEKA DAN RAYA DARI KERAJAAN..... 1 SEPTEMBER MINYAK (PETROL) NAIK.... 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN... KAH KAH KAH....

Saturday, August 29, 2009

"KARTUN" - Fathi Aris Omar (blog Patahbalek)


Antara karya BABAH yang termuat di dalam GEDUNG KARTUN. yang ini tak ada dialog kalau nak tahu apa dailognya kena cari GEDUNG KARTUN......


Di mana hebatnya Gedung Kartun? Hishamuddin Rais, melalui blognya Tukar Tiub,
menyifatkan satira politik dwibulanan ini "majalah kultus", sementara Malaysiakini.com dalam satu laporannya menyebutnya "majalah terulung dalam kelasnya sendiri."Sebagai seorang ahli karikatur dengan sejarah perkartunan lebih 20 tahun, ketua pengarang majalah ini Zunar memang dikenali tajam, subversif dan pedas hentamannya terhadap pemimpin politik, khususnya kerajaan.Semua orang mengenali Zunar melalui karyanya di penerbitan-penerbitan politik seperti Detik, Harakah dan juga Malaysiakini.com - sebelum ini bersama majalah klasik dunia humor negara Gila-Gila dan akhbar Berita Harian.Ledakan peristiwa Reformasi 1998 menonjolkan lagi "kepembangkangan" karikatur Zunar walaupun karya dalam Gila-Gila dan siri kartun "Papa" (bermaksud miskin teramat sangat) di akhbar harian itu sudah menonjolkan sifat kritisnya terhadap persoalan semasa - khususnya lukisannya yang sangat ekonomis.Tetapi kepembangkangan Zunar ini bukanlah punca kehebatan Gedung Kartun. Majalah edisi sulung ini (atau edisi tunggal?) ada karisma dan auranya yang lain, yang jarang disedari dan diperhatikan oleh peminat karikatur, bahan humor atau penyokong parti politik.Kalau begitu, ada apa dengan Gedung Kartun?
[ii]
Sebagai sebuah majalah yang mengharapkan belas ehsan permit penerbitan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Gedung Kartun sebetulnya telah mencetuskan "revolusi besar" dalam dunia penerbitan negara ini - suatu gejala yang sama sekali radikal, luar jangka, luar kotak analisis dan dengungan kejutan yang membengitkan telinga.Sama ada sidang pengarangnya, penerbitnya atau Zunar sendiri menyedarinya atau tidak, saya tidaklah pasti. Mungkin tidak menyedari sepenuhnya perkara tersebut.Atau, bagi diri Zunar, ia berlalu secara sangat alami (di Indonesia, kata ini ibarat natural atau semula jadi dalam bahasa kita) sehingga beliau sendiri tidak merancangnya. Tidak merancang di sini mungkin membawa maksud beliau seorang yang naif. Tidaklah begitu maksud saya. Tetapi kurang lebih, begitulah maksud saya.
[iii]
Gedung Kartun, bagi saya, mencetuskan "revolusi penerbitan" dengan paparan radikalnya itu kerana ia satu-satunya penerbitan - tidak ada majalah atau akhbar yang memerlukan permit penerbitan (PP) tahunan - mengambil langkah "paling gila" sedemikian.Gedung Kartun, di tangan Zunar, satu-satunya penerbitan berkala dalam sejarah persuratkhabaran Malaysia yang mengemis simpati KDN tetapi berani, bersedia dan nekad sekali "melanggarnya" (baca: fikir ala pemimpin Umno dan pegawai KDN)!Dalam sejarah 52 tahun kemerdekaan negara, majalah inilah satu-satunya penerbitan yang berani meludah muka PP secara berdepan-depan, dengan angkuh mendabik dada.Ulang: Satu-satunya penerbitan di negara ini!Jika penulis politik Ahmad Lutfi Othman, kini ketua pengarang kumpulan Harakah yang baru sahaja dikenakan hukuman gantung PP, melihat gaya persembahan Gedung Kartun vis a vis PP, pastilah beliau akan menggeleng-gelengkan kepala.Bukan beberapa kali, tetapi pastilah berpuluh-puluh kali!Sebagai pengusaha media alternatif, Ahmad Lutfi - dan sesiapa sahaja yang tergila-gilakan PP seperti akhbar Karangkraf yang menerbitkan Watan (diharam), Eksklusif (diharamkan) dan Sinar Harian (belum diharamkan tetapi dikekang) - tentunya takjub besar melihat bagaimana Gedung Kartun telah "mensia-siakan" peluang mendapat lesen itu dengan mengeji, memperli dan mengganyang perdana menteri sedemikian rupa.Tiada belas ehsan langsung pada edisi sulungnya! Dan ... sewaktu PP itu hanya diperolehi secara lisan, belum secara rasmi menerima surat bahagian kawalan penerbitan KDN.Isu yang dibangkitkan pula bukan sebarang isu tetapi isu yang pernah menyeret Raja Petra Kamaruddin ke mahkamah (atau ke kem Kamunting?) - Altantuya Shaariibuu - dan isu isterinya Rosmah Mansor yang dituduh "dalang" pemerintahan perdana menteri.Karikatur Najib, Altantuya dan Mongolia itu bukan disorok-sorokkan di halaman terpencil di dalam majalah sehingga tidak disedari pembaca (seperti semua penerbit yang ketagih PP) tetapi di muka depan!Subjek perlinya pula bukan calang-calang tetapi sambutan hari kemerdekaan negara!Entahlah, sememangnya Gedung Kartun benar-benar ingin mencetuskan sejarah revolusi ini atau semata-mata naif dalam dunia penerbitan, terserahlah pada penilaian masing-masing.
Tetapi ia telah memulakannya dan ia telah terpahat dalam sejarah negara... siapa yang ingin memecah rekod Zunar haruslah "lebih gila" daripada Gedung Kartun!!!



Posted by fathi aris omar at 1:04 AM


salute untuk u.zunar, babah dan konco-konco!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, August 25, 2009

KONCO-KONCO KARTUN



MAJALAH KARTUN YANG BABAH DAN KAWAN-KAWANNYA USAHAKAN SELAMA INI DAH TERBIT... SILALAH DAPATKAN DI PASARAN. ANDA SEMUA PASTI PUAS DAN TERHIBUR SELAIN MENDAPAT MAKLUMAT ISU-ISU SEMASA. KERANA MAJALAH INI BABAH A & A SELALU JARANG ADA DI RUMAH. TAPI TAK APA KAMI TAHU BABAH ENJOY DAN PUAS DENGAN KERJANYA.

GOOD LUCK UNTUK TEAM KONCU-KONCU ZUNAR ATAS PENERBITAN MAJALAH SULUNG INI, MEREKA YANG DIMAKSUDKAN IALAH UNCLE ZUNAR, BABAH SAYA (RONASINA/FANDIRAMLI), U.JONOS, U.NAZA, U.AZAM, ABG SHAFIQ, ABG ISRAQ, KAK MAISURI, KAK MUNIRAH... SEMOGA TERUS BERKARYA DAN BEKERJA KUAT....... HARAPAN A & A PERMIT MAJALAH INI BERPANJANGAN... HE, HE, HE.....