Wednesday, December 31, 2008

Adik sesak nafasss!!


adik demam sejak 2 hari lepas dan selah-olah susah nak bernafas..selalunya begitu tapi bila dibawa ke hospital Dr dapati paru2nya ok jadi kali ni kakak ingatkan adik demam macam tu jugak..

tapi bila lihat semakin teruk dan adik langsung tak sedarkan diri ,nafasnya termengah2 Babah bawak dia ke Hospital Serdang dan dimasukkan ke wad malam tadi..


Awal pagi tadi Mama telefon dari wad mengatakan DR berasa sangat pelik kerana adik seolah2 tenat malam tadi tapi pagi ni paru2nya ok..walaubagaimanapun adik masih dalam perhatian..


Moga semuanya selamat, Amin!!

Sunday, December 28, 2008

BANGANG, BAHALOL ATAU HAPA?

Kakak dan Adik ke Tesco Kajang petang tadi... bengang betul tengok tempat parking OKU diambil oleh orang awam yang sihat-sihat. Kalau OKU tolonglah tampal sticker OKU di kereta anda dan kalau anda sihat carilah parking lain, kalau nak parking di tempat OKU berdoalah agar anda dijadikan ALLAH sebagai OKU supaya mudah hendak pergi membeli belah..

kereta-kereta tanpa pelekat OKu (selalunya memang bukan OKU) merompak tempat parking OKU
Pencabulan dan penganiayaan..
mungkin yang memandu ni orang buta tak nampak simbol ni..


kereta saja cantik otak belum tentu..



anda OKU kah parking di sini?




ohoho!! ada sticker kakitangan JPN..pekerja Kerajaan mana yang takde otak ni? oh ya!! takde otak pun tergolong dalam OKU jugakan?



ni lambang JPJ pada cermin kereta dan ada lambang Pekida..3 line? Otak ada line ke?




ada sticker gerakhas tapi otak tak bergerak...




Inilah Malaysia...yang dikatakan penduduknya berbudi bahasa dan bersopan santun!! berbudi pekerti tinggi...konon!!!





Saturday, December 27, 2008

Porrraaahhh citt!!

gambar pencopet!
FAHAM BETUL-BETUL ENTRY INI!! INI BUKAN PERKAUMAN TAPI MASALAH SOSIAL!!

Mengapa jenayah kecil seperti kecurian, samun dan kongsi gelap banyak melibatkan kaum India? mana pergi pemimpin kaum ini yang 50 tahun berkuasa? Apa yang anda lakukan untuk membela kaum anda sehingga taraf pendidikan kaum agak rendah dan kesempitan menjadikan mereka pencuri!!

Ahh!! baru sebentar tadi seorang lelaki India masuk ke kedai mama dan melarikan handphone mama. Bulan lepas dua-tiga orang India wanita dan lelaki belasan tahun masuk berpura-pura meminta derma untuk rumah anak yatim, siap bawa kemenyan berasap lagi..mujur kami sempat mengejar dan menyelamatkan lap-top yang telah dibawa lari..bulan lepas juga seorang kakak telah ditahan di tepi jalan oleh lelaki india sewaktu dia menunggang motosikal dan merampas beg tangannya..aku dapat tahu peratus jenayah di Kajang ni dimonopoli kaum India..

Ini bukan racist!! Jangan sampai masyarakat boleh mengklasifikasikan yang jenayah samun, rompak dan ugut dimonopoli kaum India, dadah- bohsia- sumbang mahram orang Melayu dan orang cina pula kuasai cetak rompak, ekor haram, pil dan sebagainya..


Kami dah letihlahhh!! Berniaga dalam keadaan tidak selamat dan terpaksa berkompromi dengan mereka pulak yang silap2 boleh mengancam nyawa!!


tOLOONGGG!!!

*p/s - sesiapa yang nak jual handphone 2nd hand murah-murah hubungilah mama Pn Sham di talian kedai kami 0387376113 (10am- 9pm )

Thursday, December 25, 2008

wahai PEROMPAK ATASAN dan BAWAHAN lihatlah ini!!

WAHAI PEROMPAK bawahan..lihatlah ini!!
Kami lebih gagah dan lasak dari kamu..kamu tak mampu lakukan ini lalu mencari jalan mudah merampas harta orang lain untuk kesenangan kamu..
kamu hina dan jijik!!

jeritan akordian tua
merayap di udara
meniti di hati manusia
yang berjalan di kaki lima
berkaca mata hitam mendendang lagu ehsan

dari kalbu sang insan
Si pemuzik jalanan dengan seribu impian
berpandukan naluri setajam mentari
walau dunia gelap gelita
namun terang cahaya hatinya!!

Wahai perompak atasan- korporat yang keparat dan Pak Menteri pencuri!! lihatlah kami!! kami rela duduk di sini, di jalanan mencari sesuap nasi dari duduk di gedung tinggi makan suap!! Kamulah yang buta! bukan kami!buta perut dan hati!! gagal melihat dengan jelas dalam membezakan halal dan haram..


JANGANLAH KAMU MASUKKAN BENDA YANG HARAM KE DALAM PERUT ANAK DAN ISTERI KAMU, KELAK KAMU AKAN DILAKNATI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM. Siapa lagi yang dapat membela kamu apabila berhadapan dengan kerajaan Allah yang Maha Sakti di akhirat kelak?

Saturday, December 20, 2008

WIRA ..Menempuh Cabaran!!


cacat hanya tak serupa yang normal..ia bukan suatu kekurangan! ramai yang cacat 'akal' dan tak mampu berfikir dengan sempurna..ramai yang cukup anggota tak mampu hadapi cabaran..orang buta masih boleh bekerja sendiri daripada si normal yang lebih gemar mencuri

Tuesday, December 16, 2008

Yennadey makcik?



Yennasurlee makcik ? Apa lu cerita?

kakak dan adik tak fahamlah..dah tahu di Malaysia ada lebih kurang 1.3 juta OKU mengapa tak boleh berfikir kaedah bagaimana untuk merangka dasar OKU? Bukankah negara kita ramai pakar? takkan pakar pun OKb- orang kurang upaya berfikir?

Kena buat study sikit..research..mengapa ramai tak daftarkan anak atau sesiapa di bawah jagaan mereka yang OKu..

ada yang bermasalah, miskin, susah, ditinggalkan suami terkapai-kapai dengan anak oku yang semakin membesar..hii macam2 kami dah jumpa..

Kami yang sudah mendaftar 5 tahun dengan JKM tak pernah dipanggil pun untuk menghadiri sebarang program sama ada seminar ke, kem ke..apa ke..SENYAP DAN SUNYI..

apa sebenarnya OKU?

ramai yang akan membayangkan OKU ni orang yang berkerusi roda, orang buta atau yang bertongkat..TIDAKlah begitu.. mereka hanya kurang tenaga saja tapi aset yang paling penting ialah mereka masih boleh 'berfikir'..mengapa tidak letakkan mereka di tempat2 yang mampu mereka jalankan tugas tersebut seperti di meja2 kaunter- pejabat pos, bank, tol dan sebagainya..ada yang bersuara merdu boleh jadi penyampai radio sebab yang penting bleh berinteraksi dengan baik di radio bukan nak glamer sangat..

OKU yang sebenar ialah yang terlantar tidak mampu menguruskan diri..yang mengharapkan bantuan orang lain..keluarkan belanja untuk buat kajian kerana kami pernah tengok ada syllabus, method untuk Cerebral Palsy di Jepun..

yang sebenarnya- ORANG2 YANG DI ATAS TIDAK MENGHAYATI KEPERLUAN OKU!! TAKKAN APABILA ADA AHLI KELUARGA SENDIRI DITIMPA MASALAH BEGINI BARU NAK INSAF?

dulu pernah ada cikgu sekolah OKu bercerita yang pengetua sekolahnya tidak ambil kisah sangat pasal kelas OKu ni (sekolah tu bercampur, ada untuk oku dan ada yang sekolah harian biasa)..kelas untuk OKU terceruk..program untuk oku tiada sedangkan murid yang pandai2 ada je program, kem lah motivasilah..tapi bila cucunya oku barulah dia sungguh2 mengambil berat tentang kelas pelajar oku..

Monday, December 15, 2008

Kakak dan adik boleh berdiri?

kerusi roda khas ini berharga hampir RM3000. Sumbangan insan-insan mulia membolehkan kami memiliki 2 unit untuk kakak dan adik.
Kakak dan adik boleh berdiri? Hahaha!! Belum lagi..cuma boleh seakan-akan berdiri dengan alat bantuan ni...berkat sumbangan kawan-kawan mama dan babah serta entah siapa2 yang ikhlas tak mahu mendedahkan nama, juga dari Pusat Zakat Selangor maka dapatlah kami peralatan-peralatan yang mahal ini!



Splin kaki yang adik pakai (gambar di atas) sepasang harganya -+ RM350..

belum campur splin tangan lagi..dan untuk kakak pun ada juga!



Standing Frame with Machine (menggunakan elektrik dan sistem hidraulik) ini mencecah harga RM6000




Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak membolehkan peralatan splin (macam kaki palsu kat gambar bawah ni) ini diberi percuma. Sepasang berharga RM650 untuk kakak dan sepasang untuk adik? Berapa? Kiralah...







Untuk menyiapkan kasut ini memakan masa 3 bulan, memang nampak sulit dan penuh teliti pembuatannya di HUKM..














Kasut ini perlu dipakai setiap hari selama 1 jam seorang (minimum) dan kakak dan adik mesti berdiri di standing Frame 1 jam seorang setiap hari untuk memastikan kaki dan tangan mereka tidak kejang (stiff) atau sepastik..jika tidak otot mereka akan keras dan anda tentu pernah melihat OKu yang tangan dan kaki mereka kejang sampai melengkung2 dan pergelangan tangan sampai terpusing 360 darjah seolah2 terbalik..ia juga untuk mengelakkan hip atau tulang pinggul terkeluar dari 'soket'nya (lesung)
Ya!! Perjuangan tetap diteruskan!!!!!!!

Wednesday, December 10, 2008

ANEH! KAKAK ada 2 wajah dalam satu masa?

DUA WAJAH? atau satu wajah dua ekspresi? sejak telinga kakak sakit mulut kakak senget sikit. Dan sebelum operation haritu, doktor pun ada kata risiko selepas bedah muka senget sikit sebab ada saraf di wajah sebelah kanan akan putus..

Cuba lihat wajah kakak yang sedang menangis ni..ekspresi sebelah kanan seakan kurang sedih!


sebelah kanan sebelah pembedahan dilakukan..

sebelah kiri..ekspresi lebih sedih!

rahmat dan nikmat Allah swt!
* sebut DUA WAJAH teringat penulis buku DUA WAJAH/TWO FACES- Dr. Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR)..Babah dan Mama pasti akan cuba mengelak bertembung beliau jika terserempak kerana Tok Syed pasti akan menghulurkan sekeping atau lebih not RM50. Babah dan Mama selalunya tiada alasan menolak kerana apabila menolak Tok Syed akan berkata "tak baik hampakan harapan orang yang berhajat!"..Aduhh!!
er..Tok Syed! buku Dua Wajah yang babah beli hampir 10 tahun lalu dah dihilangkan peminjam! ada masa kami beli lagi! Tahniah di atas pelancarannya baru2 ini..

TERIMA KASIH GIANT!

gambar di atas dah tiada lagi..Giant dah ambil tindakan

TERIMA KASIH PASARAYA GIANT PRIMA SAUJANA yang telah mengosongkan tapak parking OKU demi rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap warga orang kurang upaya..
sebelum ini kami telah menyiarkan gambar-gambar bagaimana tapak parkir OKu disewakan kepada peniaga2 kereta...

dan mereka telah memberikan kerjasama..mungkin mereka tidak menyedarinya dulu!
sekali lagi TERIMA KASIH!

Sunday, December 07, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU CIKGU ANAND!


malam semalam kami ke majlis perkahwinan guru fisioterapi kami Cikgu Anand- warga negara India yang berkahwin dengan sis Karthika yang juga dari India.

SELAMAT BERBAHAGIA CIKGU !

Thursday, December 04, 2008

macam kisah Saidina Ali...

Awal 2003..

Mama tidur setelah seharian berjaga. Babah menunggu kakak di wad sambil membaca buku. Dalam Buku tersebut tercatat kisah Aisyah r.a yang kelaparan dan kepingin makan buah (lupa delima ke zaitun?) lalu Saidina Ali Karamallahu Wajha pun keluar mendapatkannya..ingat tak kisah ni?
Di pertengahan jalan Ali serba-salah kerana ada orang miskin yang sangat kelaparan meminta makan..lalu Ali memberikan buah yang sebiji itu kepadanya.
Aisyah redha apabila Ali menceritakan perihal itu dengan pulang membawa tangan kosong. Tak lama kemudian sahabat mengetuk pintu dan membawa 9 biji buah yang sama tetapi Ali berkata itu bukan miliknya kerana setiap satu kebaikan akan dibalas 10 kebaikan sedangkan buah itu hanya 9 biji. Sahabat tertawa sembari mengeluarkan buah yang sebiji lagi dari dalam bajunya. Tujuannya hanya menguji Ali..

Tengah malam babah kelaparan dan turun bersama seorang bapa (Pak Cik Nordin) yang turut menjaga anaknya yang sakit di situ..Di tempat parking datang seorang lelaki berpakaian seperti pengikut Tabligh meminta Babah sedikit wang lalu babah berkata babah tiada wang tapi babah mempelawanya makan bersama.
"Kalau kau mahu wang, datang jumpa aku pagi esok di wad Pediatrik," pesan babah kepada lelaki itu.

Pagi esoknya dia benar-benar datang dan kebetulan kakak sedang menggigil-gigil kesakitan. Babah memberikannya RM15 dan lelaki ini kemudiannya mendoakan agar kakak sejahtera!

Tengahari kemudian boss babah datang ziarah bersama rakan sekerja dan mereka menyampaikan sedekah..apabila dikira jumlahnya RM150.

babah kemudiannya bagai terdengar suara berbisik, "satu kebaikan dibalas 10!"....


* Dalam tempoh di wad tersebut menyaksikan beberapa orang kawan OKU kakak meninggal dunia, Nurin anak Pak Cik Nordin, Siti Alia anak Pak cik Hafiz, seorang anak milik pasangan sabah dan Indonesia yang sihat tetapi mengalami pendarahan otak..dan babah bersama mama masih terus bersahabat dengan pakcik dan makcik ini..mereka juga menghadiahkan kami beberapa peralatan dan permainan anak-anak mereka yang telah kembali..Terima kasih! Mereka menantimu di syurga!

Wednesday, December 03, 2008

3 Minggu tak jejak tanah!....


2002 dan 2003..

Tahun-tahun penuh liku! Kakak keluar masuk wad..pantang tersedak susu sikit, jangkitan paru-paru akan berlaku dan sudah pasti masuk wad seminggu..diX-Ray entah berapa kali setahun! Tapi kakak tetap kakak...ketenangannya kadang2 menakjubkan..
Bagaimanakah anda rasa jika anda diserang batuk tanpa henti selama 12 jam atau anak anda batuk selama itu? Sampai doktor on-call mengeluh sendiri tak tahu apa punca..kakak tak boleh cakap.."macamana ni?aduhh!" keluh doktor wanita itu...Babah memejamkan mata berdoa agar Allah memberitahu apakah punca kakak batuk dari jam 4ptg hingga 4pagi tak berhenti...akhirnya babah berkata "Doktor! Tolong cabut ryles tube di hidung dia. Mungkin tekaknya luka atau rongga hidungnya sakit..Doktor akur lalu mencabutnya...Dan benar!! Kakak terus tidur seperti tiada apa yang berlaku....

waktu itu mama sedang mengandungkan adik..semangat mengatasi semua itu..mabuk mengandung bagaikan hilang dan mama menjaga kakak di wad 3 minggu tanpa menjejakkan kakinya ke tanah atau keluar dari wad tersebut!

Malam mama akan tidur di sebelah kakak atas katil yang sama dan babah akan menjaga kakak di sudut katil. Terima kasih pihak hospital ternama yang membenarkan kami sekeluarga bermalam di situ..walaupun tidak boleh tetapi mereka buat2 tak nampak saja, tapi kami faham..ada masanya babah akan keluar..kerana tika itu keadaan kakak amat bahaya, jika dia terbatuk tengah malam babah akan memangkunya kerana khuatir otot paru2 kakak kejang dan boleh membawa maut!

Babah menjaga kakak dengan duduk merenungnya tanpa tidur sehingga subuh...

"apa yang kau buat sepanjang malam itu?Tak bosan ke?" tanya kawan babah..

"Aku berbual dengan diriku sendiri..."

kadang2 babah akan menunggang motosikal yang Ayah Teh pinjamkan pada waktu malam merayau ke serata KL dan kadang2 tidur di tepi2 jalan..esoknya babah akan mucul semula di pintu wad ..Boss tempat kerja babah sangat sporting dan tidak rekodkan cuti 3minggu babah..Alhamdulillah...

BROOOMMM!! motosikal Jaguh babah membelah dingin malam di ibu kota...adik beradik ipar duai bukan tidak mengajak tinggal dan tidak mahu menolong,..mereka sungguh2 ingin membantu tapi tidak mengapa.......

Babah malu kerana ujian ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan perjalanan Rasulullah SAW!

Tuesday, December 02, 2008

JANGAN DAHULUI TUHAN!

kakak dah 7 tahun dan sejarah kakak menempuhnya cukup getir..lihat gambar di bawah ini..kakak lahir dan besar cukup sihat walaupun disahkan Cerebral Palsy..


di galeri Ronasina...
sehinggalah kakak diserang Bronchol Pneumonia yang berpunca dari tersedak ubat demam yang kemudiannya termasuk dalam paru-paru..sejak itu kakak keluar masuk wad setiap bulan sehingga berat badan susut, tidak mampu menyusu dan makan kerana terlalu lemah , cepat mengah..akibatnya dia akan lelah..seorang prof di sebuah hospital ternama mengusahakan yang terbaik untuk kakak dan memakaikannya ryles tube melalui hidung terus ke perut untuk menuangkan susu agar kakak sentiasa kenyang..gambar di bawah semasa hari lahir kakak ke 2tahun dan lihatlah tiub di hidungnya..seminggu sekali tiub yang baru akan ditukarkan di lubang hidung yang berlainan, babah sendiri boleh melakukannya, tempoh ini amat menyakitkan kakak..ini masa yang cukup mengharukan kami sekeluarga!


babah bertanya kepada Prof sampai bilakah tiub ini akan dipasang, Prof bagitahu selama-lamanya dan kalau semakin parah, perut kakak akan ditebuk untuk dimasukkan tiub lain sehingga berhenti bernafas, kerana kakak disyaki ada "Mitochondrial disease" maka Prof menyatakan umurnya tak panjang dan mengikut rekod di Australia paling panjang pun umur 3 tahun...
Babah dan mama manusia yang degil dan tak mahu menyerah! "saya orang Islam dan yakin denganNya! Berpantang maut sebelum ajal dan kita mesti berikhtiar!"..prof membalas dengan mengatakan "Ya! ramai orang berkata begitu tapi sampai ke langit 7 pun takkan ada ubatnya!"
Babah dan mama mengambil masa sebulan untuk memikirkan saranan seorang pengamal perubatan Islam agar menanggalkan sahaja tiub itu..dengan penuh tawakal tiub dibuka dan untuk permulaan kakak agak sukar menyesuaikan diri tetapi lama-kelamaan kakak boleh makan dan minum sehingga ke hari ini..
Kami bersyukur kepada Allah akan "pelajaran" yang Dia beri!dan kami beristighfar kepadaMu agar tidak angkuh dan sombong....Hanya Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan (Iyyakana'budu waiyyakanasta'in!)

Sunday, November 30, 2008

Demonstrasi, Reformasi dan Anniversary!

adik : apalah mama dan babah ni..cibuk berkongreslah,berniagalah sampai terlupa....
kakak : lupa apa? kan mereka bawak kita ke mana saja- majlis kendurilah, ceramahlah,
demonstrasilah....
adik : laa..bukankah semalam 29 nov? ulangtahun perkahwinan yang ke10?
kakak : yelaahh! mari kita ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 10.MOGA KEKAL HINGGA KE ANAK CUCU!!
adik : anak cucu? Hahaha!! kan kita ni "Rabiatul Adawiyah?" MOGA KEKAL HINGGA KE
AKHIR HAYAT!!
kakak : Betuull!! tengoklah gambar mereka bersanding 10 tahun lalu..huyoooooo!!Hihihi!!
adik : adik bengang juga tengok gambar tu...kenapa kita tak dijemput?
kakak : ...................!!



Friday, November 28, 2008

JKM Primitif?

setelah lama menanti akhirnya bantuan untuk OKU Terlantar untuk kami berdua diluluskan JABATAN KABAJIKAN MASYARAKAT. Minggu lepas babah pergi untuk mendapatkan bantuan tersebut..hari itu adalah hari penerimaan bantuan oleh mereka yang layak mendapat bantuan bulanan dan JKM sesak dengan orang ramai. Barulah kami tahu keadaan ini adalah biasa..

timbul pertanyaan apakah tiada cara lain? Kerana kebanyakan penerima bantuan mungkin susah nak datang dan terpaksa cuti untuk hari tersebut. Apatah lagi ada yang OKU dan terpaksa menunggu....kami faham penerima mesti membawa kad sah terima yang perlu ditandatangani pegawai yang menyampaikan bantuan tersebut tapi mungkinkah ada cara lain?

ini kerana sistem yang ala penyamun berbaris menerima gaji bulanan dalam Ali Baba Bujang Lapok ini amat berbahaya kerana pejabat JKM dan penerima terdedah dengan bahaya risiko ROMPAKAN yang semakin serius sejak akhir-akhir ini! Pengawalan keselamatan di JKM agak lemah dan mengundang bahaya!

tulisan ini sekadar satu cadangan yang perlu difikirkan sebelum terjadinya tragedi! terima kasih kepada yang ambil perhatian!

Tuesday, November 25, 2008

TERIMA KASIH TENAGA KERJA HOSPITAL SERDANG!

Adik : Aduss...! Ngerinya adik tengok kesan pembedahan kakak...
Kakak : Ye ke ? tak nampak pun? Camana pun kami ucapkan terima kasih kepada tenaga kerja Hospital Serdang..Dr. Sara dan pasukan pembedahan yang berjaya! Doktor bius, doktor pediatrik, pakar sawan, nurses wad 5B dan semua yang berjasa yang tak mampu kami bariskan di sini..Allah jua membalasnya!!


terima kasih kepada yang sms selepas membaca Suara Keadilan terbaru 26 Nov...Andalah penguat semangat kami!

Monday, November 24, 2008

KAKAK dah balik!

ISNIN- 8.30 Pagi.........



mama telefon dari wad bagitahu kakak dibenarkan pulang..syukur! Allah memang adil..kami gembira! adik nak belanja kakak makan spaghetty!

Friday, November 21, 2008

KAKAK memang kuat!!


setelah semalaman duduk dalam pengawasan ICU, kakak dipindahkan semula ke wad biasa dan sudah boleh makan lasagna tadi..

petang tadi kakak demam sedikit tapi tak membimbangkan..terima kasih tetamu yang datang melawat..berbagai-bagai penawar sahabat2 babah dan mama kirimkan..air zam-zam, air musoffa dan air bacaan dari darussyifaa'..

terima kasih! Allah juga yang membalasnya..

mama yang diserang denggi sudah pulih, walaupun agak lemah tetapi semangat dan kekuatan yang Allah berikan membuatkan dia lupa semua itu dan bisa menjaga kakak di wad dua malam berturut-turut..

KAKAK SELAMAT DIBEDAH!


ALHAMDULILLAH! TUHAN YANG MEMBERI NIKMAT!

kakak selamat dibedah dari 11pagi hingga 5.30 petang. stabil tetapi masih dalam pengawasan ICU..kakak dah sedar dan agak tenang. tak sangka dia KUAT!
TERIMA KASIH kepada semua yang prihatin..tak putus2 telefon dan sms..juga pak din mountdweller yang mencari berita terkini dari pak mat comot!
Mengiringi ke wad Cikgu Radzuan (sepupu ipar Dato Seri Anwar Ibrahim)..uncle Rodzi,Uncle Mat Comot, Mama Asiah dan Pak cik Hamidi,Mama Tam ,Bonda Long dan sepupu2 tersayang berserta Uncle yusof..juga pakcik ZUNAR dan isteri yang sms..ALLAH akan balas jasa kalian!

Wednesday, November 19, 2008

esok kakak operation!

10 pagi esok (Khamis ) kakak akan dibedah! Doakan selamat.
Terima kasih mama asiah dan Pak Cik hamidi K.bahagian PKR serdang menganjurkan solat hajat malam Jumaat lalu di surau An-Nur Bangi beserta Tn Hj Ghazali dan Qariah selepas kuliah Dr md nor Manuty..
Kawan2 mama dan babah yang sudi datang ziarah- Pakcik Mat Comot, pak cik "Aku" dan keluarga, Timb.Speaker Dun Selangor, Adun Kajang, Pak cik Aleyasak dan Makcik Mariam sekeluarga,pak sedara dan mak sedara serta sepupu-sepupu...
yang sms- ramai!!

KITA JUMPA LAGI! iNSYAALLAH!

Tuesday, November 18, 2008

KAMI YANG REBEL!

hari ini di wad- 12.00-2.00pm

Kakak : Babah! sekarang waktu melawatkan?
Babah : Ya..kenapa?
Kakak : Nampaknya tiada siapa melawat kita..apa kata kita melawat seseorang?
Babah : siapa?
Kakak : Mama dan adik!
Babah : hisy!! mana boleh curi keluar dari hospital?
Kakak : alahh! Babah kan kaki rebel? buktikanlah!!
Babah : isy! Budak ni mencabar aku pulak...

Maka terhasillah posting ni setelah babah dan kakak menyelinap keluar bagai fugitive,pulang ke rumah sebentar dan balik semula ke wad setelah tamat waktu melawat seperti tiada apa-apa yang berlaku..hehehe!!

p/s sebenarnya kakak tak berkata macam ni tapi imaginasi babah je..yang rindukan mama sebenarnya babah..hihi!!

Saturday, November 15, 2008

PEMBEDAHAN DITANGGUHKAN MINGGU DEPAN sebab kakak diserang sawan!

PEMBEDAHAN KAKAK DITANGGUHKAN MINGGU DEPAN SEBAB KAKAK DISERANG SAWAN!
pakar bius tak berani meneruskan operation kerana khuatir sawannya akan mengganggu perjalanan pembedahan.
masih di wad 5b Hospital serdang kerana kakak diberi rawatan untuk mengubati sawannya dulu..mungkin makan masa seminggu di wad...
mujur babah free..babah tunggu sepenuh masa!

Monday, November 10, 2008

SAH kakak akan dibedah Khamis ni!

esok Selasa saya akan dimasukkan ke wad 5B pediatrik Hospital Serdang sebagai persiapan untuk dibedah Khamis ni..sebab apa? rujuk entry sebelumnya..doakan segalanya baik!

dari,
ANNISA AFFANDI

Friday, November 07, 2008

kakak akan kena OPERATION!!

keputusan ct-Scan tadi menunjukkan terdapat sel mati yang kalau dibiarkan boleh menyerang tulang berhampiran otak..

Pakar mencadangkan kepada mama agar telinga kakak dibedah. Babah takde sebab berkursus. Isnin depan mama dan babah akan berjumpa pakar untuk mendengar penerangan yang lebih terperinci.
Menurut mama, pakar kata major operation ni memakan masa 2-3 jam juga dan jika seorang mak cik menarik diri untuk dibedah Khamis ini, mereka akan memasukkan nama kakak untuk dibedah pada hari itu. Tengkorak di belakang telinga kakak katanya akan digerudi dan akan dibedah. Risikonya sama ada muka kakak akan jadi sedikit senget atau mungkin takkan berlaku..

Adik berasa sedikit gementar...doakan semuanya berkesudahan dengan baik!

Monday, November 03, 2008

kami, cikgu baru dan mesin perangsang saraf!

kakak sedang dipakaikan mesin perangsang saraf
mesin perangsang saraf yang bernilai RM12ribu

Adik sedang diberi rawatan fisioterapi


Kami dapat cikgu fisioterapi baru dari India, Cikgu Anand yang menawarkan bayaran yang agak berpatutan untuk sesi latihan fisioterapi (tapi berpeluh jugalah babah dan mama nak cari duit). Dan Cikgu Anand juga menggunakan mesin perangsang saraf (Nerves stimulator) untuk merangsang saraf dan otot kami dari mengejang (stiffness).....ada juga orang kita menawarkan perkhidmatan fisioterapi tetapi agak mahal..bayangkan ada yang meletak harga satu sesi selama sejam RM80 seorang..kalau dua orang sudah tentu RM160 untuk satu sesi..

kalau nak baik, seminggu mesti sekurang2nya 2 sesi..maknanya seminggu RM320, sebulan?



......kami berazam untuk mendapatkan mesin tersebut yang berharga RM12,000.00! mama dan babah kena kerja kuat lagi nampaknya!

Sunday, November 02, 2008

Kakak dah keluar Wad

gambar- parut di telinga kakak menutup lubang telinganya dan menyebabkan air terkumpul di celah bahagian antara lubang. Jangkitan menyebabkan bernanah dan muka kakak membengkak


terima kasih ayahanda Mountdweller dan Pak Cik Mat Comot atas doa2 pak cik..Kakak dah keluar wad Jumaat hari tu..bagaimana pun follow-up akan berjalan dan kakak akan pergi buat CT-Scan Khamis ini untuk dilihat apakah ada sel-sel yang dah mati terkumpul dalam telinga. kata pakar,Sel-sel mati ini akan memakan sel-sel hidup dan ia boleh menyerang tulang yang hampir dengan otak..
harap-harap ia takkan berlaku!

dari,
kakak (An-Nisa)

Wednesday, October 29, 2008

Kakak masuk Wad!

semalam selasa 6pm kakak dimasukkan ke wad Pediatrik 5B, Hospital Serdang setelah demam berlanjutan dan didapati rahangnya bengkak. Doktor suspek kena 'beguk' atau mungkin parut di telinga kakak dijangkiti kuman dan bernanah..tapi kakak nampak cool..cuma sesekali mengamuk mungkin sakit agaknya...doakan kakak cepat sembuh!

mama menemani kakak di wad dan aku mengikut babah ke tempat kerja ke hulu ke hilir..mujur sepupu kami Kak Long Ina ada untuk membantu menguruskan kerja-kerja pengurusan perniagaan mama dan urusan pentadbiran babah...

TERIMA KASIH KAK LONG INA!-

- An- Nur
2.30 ptg Rabu
29 okt 08

Saturday, October 25, 2008

DEMAM GLOBAL!




KEPANASAN GLOBAL..KRISIS EKONOMI GLOBAL..KENAIKAN HARGA MINYAK GLOBAL..

semuanya global..bukan salah manusia..salah global!


Hari ni kami berdua demam..babah demam.. mama dah sihat dari demam...

DEMAM GLOBAL!
...................................

Friday, October 17, 2008

hak OKU dicabul!!

salam semua! maaf lama tak update blog! Syok sangat beraya! namun begitu kami OKU berasa sungguh terhina apabila hak-hak kami sering dicabul. Gambar di bawah diambil di sebuah pasaraya Giant. Tempat parking OKU ini di'block' tak boleh parking. Bagaimana OKU nak parking jika parking awam penuh, terpaksalah kami parking jauh dan berjalan bertongkat atau berkerusi roda untuk masuk ke pasaraya..
pihak pasaraya menyediakan tempat sekadar melepaskan batuk di tangga. Pada waktu malam, restoran ini akan meletakkan meja kerusinya di ruang parking OKU. Babah pernah bertengkar dengan pengawal keselamatan di situ apabila babah membuka 'block' tersebut dan parking di tempat OKU. Ketika itu mama pergi berniaga. Babah terlampau lapar dan hendak makan di restoran itu. Tempat parking penuh. Babah terpaksa parking di situ kerana senang hendak meninggalkan kami di dalam kereta sambil babah makan di meja berdekatan dengan kami. (kereta kami ada sticker OKU)..Pengawal keselamatan marah kerana babah mengalihkan penghalang tersebut dan apabila babah memberitahu masalah, pengawal mencadangkan babah pergi parking ke tempat OKU 50 meter dari situ kerana tapak parking itu telah disewa pada waktu malam oleh restoran tersebut. Babah naik angin lalu menengking "Mana pergi hati perut kamu? Takkan saya nak tinggalkan 2 orang anak OKU saya dalam kereta 50 meter jauhnya pada waktu malam?"..selepas bertengkar barulah kami dibenarkan..tapi mengapa selepas bertengkar dan meninggikan suara baru nak faham?



pihak pasaraya lebih mementingkan keuntungan apabila membenarkan ruang parking OKU disewa oleh syarikat jual kereta membuat pameran keretanya.. bagaimana dengan kami? Tergamak anda melihat insan-insan OKU yang terpaksa bertongkat, berkerusi roda parking di tempat awam yang jauh dan terengsot2 masuk sedangkan meeka membeli dan menjadi pelanggan kamu?









Saturday, September 27, 2008

ucapan khas hari raya!

SALAM AIDILFITRI DARI KAKAK DAN ADIK KEPADA:-

Kumpulan
- Pak Su Arip and warga Berita Publishing (terutama Dato Zaini dan saudara2 tenaga kerja)
- Angkatan Karyawan Aktif KL (ANGKA)
- Guru dan staf SM Teknik K.Lipis dan kawan2 area sana
- geng2 sekerja Babah di Kajang
- Pusat zakat selangor

Individu
- Pak Junaidi dan Mak cik Ana sekeluarga di Kg Baru
- YB Saari Sungib dan keluarga (Mak cik Aliza Jaafar, abg Muthanna dan Urwah)
- keluarga Pak Cik Bad dan Mak Cik Nashitah dan GMI- di bawah Tn Syed Ibrahim
- Ust. Dr BadrulAmin dan Ummi Zumrah serta anak-anak
- YB Lee Kim Sin
- YB Elizabeth Wong
- Uncle Zunar dan isteri serta warga SK
- Tn Syed Husin Ali
- Tok Din Merican
- Auntie Nora Reformis dan keluarga
- Uncle Nasir Isa Reformis
- Kartunis Haili SK dan keluarga dan saudara mereka yang telah menyumbangkan Nebuliser
- Uncle Din dan keluarga Putrajaya serta rakan2 sekeja mereka

juga rakan2 blogger yang sudi mengunjungi blog ini....

sumbangan kalian telah dapat merealisasikan impian kami untuk memiliki 2 buah kerusi roda khas dan Standing Frame with Machine serta alat2 bantuan fisioterapi kami..
Pak2 sedara dan Mak2 sedara serta insan2 lain yg tak sempat dan tak teringat nak disenaraikan di sini harap maaf..(kami akan update dan masukkan dalam list jika teringat)..ADA DI ANTARA INSAN2 YANG TIBA2 DATANG MEMBERIKAN PERTOLONGAN..
ALLAH JUALAH YANG MEMBALASNYA!!

maaf zahir batin! Jangan Jadi OKb!

Friday, September 26, 2008

puaso oghang puasolah kito! Raye oghang "berayor"le mate kite!

kakak : lain macam je tajuk atas ni..ada campur loghat nogori ada campur loghat
Peghak!

adik : nogori kampung mama, peghak tempat lahir babah! ungkapan tu ade makna!

kakak : maknanya raya ni kita balik kedua-dua kampung tu?

adik : taklah!! tentang budaya puasa muslim di negara lain samakah dengan kita?
raya mereka samakah dengan kita?

kakak : oh! hari tu dah cite..puase kite cuma berlapar dahaga..ngumpat keji fitnah ngata
tetap on macam biasa... raya bagi kita adalah cuti umum dan pesta nyanyi2 dan
makan2...

adik : bagaimana di sesetengah negara yang rakyatnya sentiasa "berpuasa lapar dan
dahaga?" malah jika dapat makan pula yang dirasakan aneh! kita di sini ada
beraneka jenis nasi..nasi lemak, nasi goreng, nasi beriyani, nasi takut..mereka
masih tak tahu adakah mereka akan makan esok? hisyyy!!

kakak : dentuman mercun di sini cukup menggembirakan, di sana ada meriam dan bom
berdentum mencabut nyawa hingga ada di antara mereka bertanya esok
giliran siapakah yang diusung ke pusara?

adik : kita di sini jauh sekali untuk menyusun jari memohon maaf kepada ibu bapa sedang mereka di sana tiada "jari' untuk disusun dan tiada ibu bapa untuk bersalam!
Tiada duit raya untuk anak kerana anak terkorban dibedil senjata..

kakak : meriam buluh di sini adalah meriam api di sana..periuk api menghidangkan
darah untuk juadah hari raya mereka..

adik : mampukah kita menjawab apabila ditanya nanti "Siapakah Saudaramu?"

Tuesday, September 23, 2008

Jeanne suruh OKU rempit masuk Paralimpik!


kakak : wanita pertama Malaysia mencadangkan mangsa mercun dan mat rempit
yang jadi OKu kerana kemalangan diserapkan menjadi atlit paralimpik
jika berbakat!

adik : idea yang bagus! setelah membinasakan diri sendiri mereka boleh cuba
memperbaiki nasib dengan membantu mengharumkan negara!

kakak : Ya! Oku mesti diberi peluang membuktikan sesuatu. Jangan sisihkan
mereka yang sebahagiannya berpotensi besar!

adik : kami mencadangkan agar sekolah@akademi khas untuk mat rempit
diadakan dengan hadiah yang lumayan..sesiapa yang accident dan jadi
OKu akan secara automatik menjadi skuad paralimpik dengan elaun dan
gaji tetap!
kakak : kelas-kelas memodifikasi mercun perlu diadakan untuk melatih anak-
anak menjadi kreatif mengubahsuai mercun mengikut formula nukleur
dan berpotensi besar untuk menjadi OKU bila diletupkan!
adik : ..dengan ini Malaysia akan berbangga kerana atlit paralimpiknya mampu
mengangkat nama negara di persada dunia setanding dengan pencapaian
cemerlang skuad olimpik negara kita..hehehe!!

kakak : ..err! Puan yang mencadangkan tadi tu sesuai masuk acara apa ha?

Friday, September 19, 2008

apabila kancil nak berak besar macam gajah!

kakak : orang tua-tua ada berpesan "kalau ukur baju biarlah di badan sendiri".. kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga! Kalau kancil tu kancillah, janganlah nak berangan berak sebesar gajah!

adik : membebel pasal apa pulak?

kakak : karnival Ramadhan tempat mama kita niaga tulah! sebuah syarikat yang tiada kemahiran itu telah dipilih menjadi penganjur, mungkin kerana beberapa faktor 'tertentu' dia terpilih, akhirnya tak mampu buat, depa 'sub' kat orang lain, penyudahnya kos meningkat sewa satu tapak sebulan rm3000 menyamai satu tapak di KL...ini Kajanglahhh!!

adik : dia kata kemudahn diberikan lebih baikkan? Khemah yang selesa, ada deejay, ada sponsor dari Celcom!

kakak : khemah tu tertutup dan penuh iklan celcom! Dengar khabar celcom taja banyak ribu juga! anehnya mengapa kos tajaan tu tidak menampung sewa itu malah mahal tau?

adik : adik tahu! ada mak cik OKU yang kudung tangannya beritahu mama dia tak dapat berniaga di situ seperti tahun lepas sebab tiada rm3000, tak boleh tolak ansur ke?

kakak : nampaknya dunia ni sudah jadi sendirian berhad! siapa tiada wang, tiada tempat!

adik : tahun lepas rm1800 tapak 20X20 kaki, tahun ni rm3000 10X10kaki! pelik! ramai orang lalu lalang tak tahu pun ada karnival kat situ, promosi kurang malah khemah tu tertutup seolah-olah ada acara persendirian...mereka menyangka promosi Celcom sebab posternya ditampal keliling!

kakak : diharapkan pada yang berkenaan tolonglah, kalau tak mampu janganlah tawar diri menjadi penganjur hingga menindas peniaga, mereka boleh bayar tetapi dalam keadaan ekonomi lembap dan susah ni, mungkin mereka akan bayar dengan rasa tidak redha!

Sunday, September 14, 2008

Friday, September 12, 2008

I.S.A!- Insafilah Seksaan Allah!

kakak : adik! boleh tak seseorang tu ditangkap tanpa dibicarakan?

adik : atas kesalahan apa?

kakak : apa-apa je...seseorang dikatakan mencuri..lalu ditangkap tanpa disoal siasat!

adik : mana boleh? mana tau kita tangkap salah orang?

kakak : kalau tak salah orang?

adik : pun tak boleh..kita kena tanya atau dakwa mengapa dia berbuat demikian..
adakah dipaksa, terpaksa atau saja-saja..kesimpulannya tak boleh ditahan
tanpa bicara!!

kakak : sebab?

adik : di Padang Mahsyar nanti Allah juga akan membicarakan hambanya tentang
apa yang kita lakukan..kenapa? bukankah Allah Maha Mengetahui? tak
payah bicara pun tak apa...

kakak : Tapi Allah mahu berkan keadilan kepada semua kerana "MELEPASKAN
ORANG BERSALAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGHUKUM ORANG
YANG TIDAK BERSALAH!"

adik : habis tu, mereka cuba melebihi Tuhankah?

kakak : hihihi!!

Thursday, September 11, 2008

Melayu melayu layu!

kakak : apasal tu babah dengan mama asyik marah2 je tengok internet?

Adik : tah..kata babah isu perkauman sengaja ditimbulkan agar negara kucar-kacir!

kakak : kenapa? bukankah seronok jika semuanya hidup aman..yang OKu dihargai
yang sihat dihormati!

adik : yang penting atas dunia ni ialah duit dan kuasa..dengan duit kita boleh berkuasa!

kakak : Dengan kuasa boleh dapat duit,gitu?

adik : Ya! apabila kuasa hendak tercabut, macam2 kena buat..contohnya mainkan isu
perkauman seperti Ketuanan Melayu!

kakak : dalam kubur nanti Allah tanya ke pasal ketuanan Melayu atau Dia tanya apa yang
kita lakukan dalam menegakkan hukumNYa?

adik : hehehe!! beratt!!

Wednesday, September 10, 2008

OKb malas berpuasa!

Adik : kak! kenapa tiap2 tahun ada je berita orang kena tangkao curi makan tak puasa?

kakak: biasalah! orang kurang upaya berfikir!

Adik : tapikan depa tu sihat dan gagah! OKU pun boleh berpuasa takkan depa tak boleh!

kakak: biasalah OKb!

Adik : mereka tak sedarkah tenaga yang mereka gunakan untuk curi2 makan tu milik Allah?
bagaimana kalau hari itu Tuhan tidak memberikan mereka tenaga untuk bangun?
mesti mereka menyesal?

kakak : tau pun!

Tuesday, September 09, 2008

JANJI TINGGAL JANJI

kakak : dulu bukan main, janji sana janji sini.

adik : apa yg akak rungutkan ni...

kakak : tadi kakak dengar mama dengan babah bising2 pasal ada org berjanji nak bagi kebajikan untuk rakyat tapi bila sampai masa apa pun tak de.

adik : janji apa? adik tak fahamlah.

kakak : entahlah akak pun tak faham sgt. mama dan babah kata janji org politik.

adik : berdosa ke kalau tak penuhi janji kak?

kakak : hi... dosa dik besok kat akhirat org akan tuntut pada org yang berjanji. sbb tu jgn buat janji kalau tak boleh penuhi.

adik : ei.... takutlah kak... tadi mama janji nak balik cepat ni dah pukul brapa tak balik2 lagi... dosa ke mama sbb tak tunaikan janji.

kakak : mama pi cari rezeki, susah payah dari pagi sampai mlm. bulan puasa nilah kita boleh dpt rezeki lebih sikit.. tapi kesian mama, kata kena cari rm100 sehari untuk byr sewa tapak bazar demi utk memenuhi poket org yg buat janji... smlm mama kata dpt rm75 aje.. kesian.

adik : tak pelah kak kita doa dan minta kat Allah supaya rezeki kita ada dan org yg buat janji tu sedar dan bertaubat. Amin..

p/s : jadual kami berubah setiap kali bulan puasa, kami kena ikut babah pi tempat kerja setiap hari sbb mama pi niaga. babah tak nak org lain jaga kami... jadi kat tempat kerja babah, kami dapat byk kakak, abang, pak cik dan mak cik. terima kasih atas kesudian mereka kerana melayan kami berdua dng baik.

Monday, September 08, 2008

okb di bulan berpuasa!

kakak : dik! apasal bulan puasa ni banyak rancangan memasak je di tv semua channel..

adik : sebab bagi depa puasa itu maknanya tahan lapar dahaga..jadi objektif puasa
bila sampai waktu maghrib mesti makan sedap2..jadi depa sediakanlah resipi2 untuk
makan-makan!!

kakak : masa sahur kita dah fikirkan apa nak makan berbuka nanti..maa berbuka kita fikir lak
apa nak sahur nanti? hisyyyy...maaaakkaaaaann kee!!
puasa tu apa?..kenapa tv kita tak penuhi dan ajar anak2 apa fadhilat ramadhan

adik : bukan anak2 je kak..orang tua pun masih tak fahami rahsia ramadhan..

kakak : tu belum masuk lagu Raya dah berkumandang di pasaraya2..sungguh menghina
seolah2 raya tu pesta-pestaan pulak!!

adik : ya! raya tu maknanya Cuti umum, rehat-rehat di rumah sambil tengok tv ada nyanyi2
tetamu kalau nak datang kena telefon dulu atau tunggu kami buat "open house"..
lepas tu datang rumah tak perlu borak2 erat silaturrahim, sibuk sms dengan orang lain!

kakak : ouihhh!! membebel nampak! biasalaahh!! Okb (orang kurang berfikir!)!!

Saturday, September 06, 2008

OKb bersumpah!

kakak : dik! tengok tv tak? ramai betul orang kurang upaya berfikir(OKb) bersumpahkan?

adik : berani sungguh mereka yaa... tahukah bagaimana azabnya kalau Allah laknati kita?

kakak : Na'uzubillah! adik bacalah cerita Nabi-nabi betapa penentang2 mereka dilaknat.
Binasa semuanya dan hina hingga ke hari ini!

adik : seperti siapa?

kakak : Firaun, Namrud, Abu Jahal dan Abi Lahab, Qarun..ramai lagi!

adik : aik? ....kenapa kebanyakan mereka tu dari golongan pemerintah dan orang kaya-kaya?

kakak : hehehe!

Monday, August 11, 2008

Kami mesti terus hidup!







Kami bersiar-siar di Masjid India dan di sana kami dapat lihat insan2 OKU berjuang menentang keperitan arus ibu kota yang deras. Mereka mencari rezeki untuk terus hidup! abang azmie dengan kerusi rodanya menjaja kerepek dengan penuh kekuatan azam.. "ibu bapa abang dah tiada..inilah kerja abang..abang tak mahu jadi pencuri seperti segelintir insan-insan sihat yang lain!'..moga rezeki abang Azmie murah..






An-Nur: betulke kakak "tangan Yang memberi lebih baik dari yang menerima"?



Annisa :sudah tentu! "semulia-mulia pekerjaan ialah seseorang itu mencari kayu api dan menjualnya..itu lebih baik dari dia meminta-minta". akak tak pandai bab ni dan tak pasti sama ada ia hadis atau firman Allah..tapi itulah kenyataannya!


Saturday, August 09, 2008

Apa perasaan anda?



Apakah perasaan anda bila melihat insan-insan di dalam gambar ini? Tiada rasa apa-apa? simpati? biasa saja? atau kagum? Kami melihat akan Kebesaran Allah yang berkuasa mencipta apa saja.. Subhanallah! Engkaulah Maha Sempurna!














Thursday, August 07, 2008

KAMI YANG CP

Soalan yg paling banyak orang tanya pada babah dan mama ialah "APA KECACATAN KAMI"?. Mereka akan jawap "CEREBRAL PALSY". Walaupun jawapan itu taklah begitu memuaskan hati mereka yang bertanya tapi kami faham mama dan babah tak larat nak layan pertanyaaan yg sama hampir setiap hari. bayangkan kalau pi kenduri malah pi makan kat restoran pun atau pi window shopping pun ada yg sibuk nak bertanya. tak tahulah apa motif mereka ni bertanya. kasihan, pelik atau saja2 nak tanya.

mereka semua tahu ke apa itu cp?. selepas bertanya adakah mereka semua akan buat apa-apa rujukan untuk mencari jawapannya atau sekadar bertanya untuk menyusahkan mama dan babah kami. kami malaslah nak terangkan kat sini kalau nak tahu secara saintifik dan ilmiah pi cari kat internet (wikpidea cerebral palsy). dengan cara ini bolehlah menambahkan pengetahuan. tak gitu.

cuma di sini kami nak bagi tahu apa makna itu CP dari kami yg CP ni. CP bermaksud yang CERDIK PANDAI!!!

Tuesday, August 05, 2008

FITNAH OKb

Alhamdulillah kami OKU.....

bersyukur kerana kami dilahirkan sebagai OKU. kami tak pandai cakap pasal org... dan kami tak akan sesekali memfitnah org lain. hati kami bersih, kenapa tak percaya?. anda semua cakap kami cakap besar..... siapa yg boleh menafikan yg kami ni ahli syurga.

memang air liur kami meleleh mungkin kalian melihat kami jelik tapi yg pasti kami tak pernah bersangka buruk pada sesiapa pun. kami akan bantu sesiapa pun yg membantu kami. kami tahu siapa yg ikhlas dan siapa yg cuba menunjuk2 baik..... kalau nak tahu apa yg kami fikirkan kena jadi OKU seperti kamilah..... he, he, he......

MEROBEK KEMANUSIAAN

kami mungkin tak mampu berbicara sepetah kalian kerana kami OKU tapi kami bukan OKb.

minggu ini terlalu sibuk buat kami dua beradik. dari hari isnin ke ahad bnyk sangat aktiviti yg kami lakukan. tapi kami seronok. yg paling best, hari sabtu 2hb ogos 2008 kami sekeluarga berjemaah di masjid negara berimamkan Ust Bad. sampai kat masjid mama dan babah angin semacam bila tengok polis terlalu ramai. mcm Masjid AlAqsa pulak nak sembahyang pun kena kawal dek polis (yahudi). selepas maghrib kami solat hajat memohon kepada Allah supaya diberikan keamanan keatas malaysia tanah air tercinta ini dan semoga segala fitnah yg sedang menular keatas saudara seislam dihentikan. amin.

lepas isyak kami ke tmn melawati ulu klang utk menghadiri majlis Malam Seni Tanpa Bicara anjuran GMI. Sampai2 Pak Abu dah bagi salam untuk mengakhiri ucapannya. mama dan babah kata kita mesti sokong GMI sbbnya satu saja ISA ZALIM!!!

Walaupun kami OKU tapi kami ada mama dan babah di sisi tapi kasihan kakak, abg dan adik2 mangsa kekejaman ISA, ada ayah tapi seperti tidak ada. bertahun2 mereka terpaksa menahan rindu mengharap belaian dari ayah mereka yg tak tahu bila akan dibebaskan. akta zalim ini benar2 merobek kemanusian......

Lepas tamat majlis malam tu kami tengok semua org happy. ya malam tu kira berjaya juga sbb buat kat tempat terbuka. yg pasti lepas tu kami dua beradik jadi tumpuan ramai. penatlah mama dan babah nak menjawab semua pertanyaan mereka......... sabar ajelah ya.

oklah masa untuk tidur. esok babah outstation mama kena isi barang kat kedai kami tak ada kat rumah esok dan yg pasti, ada cerita yg kami akan kongsi.

akhir kalam jgn jadi OKb......

Sunday, August 03, 2008

SALAM PERKENALAN!

salam perkenalan!

izinkan kami muncul di sini membicarakan apa yang ingin kami bicarakan..kami juga ingin hidup!kami mungkin OKU- orang kurang upaya tapi bukan OKb- orang kurang berfikir!!

ramai orang mengaku waras tetapi akhirnya maut diracun heroine atau morphine!
ada yang mengaku pintar tetapi bergelumang dengan maksiat dan kekadang terbaring lesu selepas bertenggek di perut sundal!

si ibu begitu berbangga keletah anaknya mencuit hati tetapi sesak nafas kemudiannya apabila anaknya tumbuh membesar menjadi rempit dan bohsia!

kami?
kami cuma ingin berbakti kepada ibu bapa, juga memberi peluang insan-insan di muka bumi ini berbakti kepada kami demi sebuah keikhlasan!! Demi Tuhan yang mereka sembah dan percaya!!

ini salam perkenalan saja! ikuti seterusnya!