Friday, November 21, 2008

KAKAK memang kuat!!


setelah semalaman duduk dalam pengawasan ICU, kakak dipindahkan semula ke wad biasa dan sudah boleh makan lasagna tadi..

petang tadi kakak demam sedikit tapi tak membimbangkan..terima kasih tetamu yang datang melawat..berbagai-bagai penawar sahabat2 babah dan mama kirimkan..air zam-zam, air musoffa dan air bacaan dari darussyifaa'..

terima kasih! Allah juga yang membalasnya..

mama yang diserang denggi sudah pulih, walaupun agak lemah tetapi semangat dan kekuatan yang Allah berikan membuatkan dia lupa semua itu dan bisa menjaga kakak di wad dua malam berturut-turut..

7 comments:

aku said...

salam..
syukur kakak dh klua icu.. moga cepat sembuh..

mountdweller said...

Salam semua,

Insya Allah dengan berkat kasih sayang ayah bonda dan doa kami semua akak akan sembuh dengan sepat pulang bersama keluarga.

Allah yang memberi dan Allah juga yang menyembuhkannya.

mountdweller said...

salah eja tu "cepat" bukan "sepat" sepat tu ikan! maaflah, kan uncle ni bukan cekap sangat menaip.

Che Moq™ said...

salam,

semoga allah melindungi anak2 yang ibarat kain putih..

Anonymous said...

salam buat mama dan babah,

boleh tak bg no akaun. saya ingin beri sedikit sumbangan buat kakak dan adik.

Aku oku! said...

terime kasih semua..hari ni Ahad adik baru balik melawat dan kakak semakin stabil insyaalah 2-3 hari lagi boleh balik..
Anonymous,
terima kasih kalu sudi tetapi kami malu untuk meletakkan no akaun atau apa2 ... berita kakak rasanya akan keluar dalam suara Keadilan keluaran Rabu depan 26 haribulan..mungkin ade maklumat di sane..

daLyaanoon said...

slm akak n abg!
baru terjumpa blog akak n abg!
terharu ngan pengorbanan both of you!
kederat, semangat n usaha mengalah orang lain!
proud of both of you!
saya dan abah cukup terharu kalo jumpa akak sekeluarga di mana2 perhimpunan, lantas menjadi pendorong kepada kami!
slm!
moga ALlah beri ketabahan dan keberkatan...dan moga Kakak sihat belaka!amin...syafakallah!