Saturday, March 28, 2009

adik masuk wad

semalam adik selesema . biasalah adik kalau sakit atau tak selesa dengan sesuatu dia akan memberontak dengan cara batuk-batuk begitu juga kakak. Sejak pukul 12.00 tengah malam tadi adik dah mula batuk. makin lama makin teruk. dah pakai neb 2 kali tapi tak juga reda-reda. pukul 4.30am kami ambil keputusan untuk bawa adik ke hospital serdang. sampai di hospital adik boleh di katakan dalam keadaan yg sangat kritikal, lebih 5 kali doktor bagi neb dan dibantu dengan oksigen batuk adik tak juga reda-reda. nak bernafas pun susah. Dr pun dah nak menangis tengok adik.

Dr nak Incubate adik tapi kami yakin adik ok dan tak apa-apa. Alhamdulillah berkat doa dan keyakinan pada Nya adik dah ok. Dr pening kepala lagi sekali (rujuk entry sebelum2 ni). paru-paru adik ok cuma ada sedikit bunyi rongkai, moga-moga tak ada jangkitan untuk tempoh 24jam ni . adik masih dibantu dengan oksigen pada saat entry ini ditulis. babah yang jaga adik di hospital.

Terima kasih Allah kerana Rahman dan Rahim Mu. dan terima kasih doktor yg prihatin.

semoga adik cepat sembuh.

sabtu 28 mac 2009

Sunday, March 08, 2009

OKU BERSEDIAKAH MENUNTUT HAK?

oleh: BULETIN PRIHATIN

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF, (Peguambela & Peguamcara), Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Sesi 2008-2009.

SEBAGAI seorang OKU, pewartaan Akta OKU 2008 tentunya terus membuahkan pengharapan. Akta yang memperuntukkan hak di di sisi undang-undang kepada OKU tersebut terus mendatangkan sinar harapan kepada OKU untuk menikmati kehidupan yang lebih sejahtera. Bukan sekadar OKU, ibu/bapa OKU adalah antara insan yang lebih-lebih lagi terkesan dengan penggubalan Akta tersebut.

Di sebalik penggubalan Akta tersebut, kedapatan juga halangan-halangan yang terpaksa dilalui ke arah pelaksanaannya. Karenah birokrasi antara jabatan dalam sesebuah kementerian dan kurangnya intigriti rantaian antara kementerian-kementerian dalam menyediakan hak-hak kepada OKU telah dikenalpasti dalam memberi kesan penguatkuasaan Akta ini. Para penggubal Akta ini telah awal-awal lagi menghidu situasi ini lantas suatu majlis yang menggabungkan fungsi agensi-agensi kerajaan dibentuk yang dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Bagi OKU dalam Akta tersebut.

Sebagai seorang yang mendokong kerajaan pilihan rakyat, saya ingin melihat yang terbaik dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Justeru pelbagai saluran perlulah dimanfaatkan bagi menggerakkan agensi-agensi yang terlibat agar kewibawaan kerajaan yang ada tidak mudah dipersenda di mana-mana peringkat.

Bagi tujuan iut, kesepakatan telah dicapai di kalangan sekumpulan peguam-peguam hak asasi untuk turut sama membantu OKU dalam menagih hak di sisi undang-undang yang ada. Namun begitu, tindakan somborono bukanlah pilihan yang bijaksana melainkan perlu diatur agar saluran yang ada benar-benar menghasilkan apa yang dimatlamatkan.

Kepada OKU yang terjejas natijah dari kegagalan mendapatkan hak-hak yang sepatutnya sama ada dalam aspek pendidikan, pekerjaan, akses ke tempat-tempat awam atau lain-lainnya, bolehlah memberi maklumat-maklumat berkaitan terus kepada saya melalui blog ini atau emailkan kepada mfcy76@gmail.com.

Selain itu, saya bersedia untuk memberi penerangan lebih lanjut berkaitan apa yang dipaparkan di sini. Semoga usaha ini sedikit sebanyak menambah sinar kepada OKU yang selama ini terus mencari sinar cahaya tanpa jemu. – 11 Rabi'ul Awal 1430H.