Saturday, March 28, 2009

adik masuk wad

semalam adik selesema . biasalah adik kalau sakit atau tak selesa dengan sesuatu dia akan memberontak dengan cara batuk-batuk begitu juga kakak. Sejak pukul 12.00 tengah malam tadi adik dah mula batuk. makin lama makin teruk. dah pakai neb 2 kali tapi tak juga reda-reda. pukul 4.30am kami ambil keputusan untuk bawa adik ke hospital serdang. sampai di hospital adik boleh di katakan dalam keadaan yg sangat kritikal, lebih 5 kali doktor bagi neb dan dibantu dengan oksigen batuk adik tak juga reda-reda. nak bernafas pun susah. Dr pun dah nak menangis tengok adik.

Dr nak Incubate adik tapi kami yakin adik ok dan tak apa-apa. Alhamdulillah berkat doa dan keyakinan pada Nya adik dah ok. Dr pening kepala lagi sekali (rujuk entry sebelum2 ni). paru-paru adik ok cuma ada sedikit bunyi rongkai, moga-moga tak ada jangkitan untuk tempoh 24jam ni . adik masih dibantu dengan oksigen pada saat entry ini ditulis. babah yang jaga adik di hospital.

Terima kasih Allah kerana Rahman dan Rahim Mu. dan terima kasih doktor yg prihatin.

semoga adik cepat sembuh.

sabtu 28 mac 2009

11 comments:

yatie chomeyl said...

insya Allah, sy doakan adik cpt sembuh. amin

ummu asiah said...

sham..

akak hilang hp hari tu di stadium malawati..so dah tak de no sham n fendi..excited sgt masa nampak sham malam tu..terus bangun..lupa hp dok atas kerusi..apalagi lesap la..now kami kat kamunting..moga adik cepat sembuh..

mountdweller said...

Pak Din doakan adik tidak akan apa-apa dan insya Allah cepat sembuh.

Salam untuk babah.

aku said...

salam kalian..

moga adik kan sihat spt sediakala..

kakyong said...

salam

kakyong juga mendoakan semoga adik cepat sembuh..

itapaduk said...

salam...saya doakan adik cepat sembuh & sehat..saya pun selalu hantar beby follow up check-up kat hospital serdang. akak dok mane yer? utk adik & kakak...kamu kuat semangat sayang. acik doakan utk adik & kakak yer.

en_me said...

moga cepat sembuh..

babah said...

yatie,pak din mountdweller,kakyong,enme- terima kasih atas doa yang pasti dimakbul Allah itu..

ummu asiah,- dah kasi balik nombor- awas! jangan hilang henpon lagi!

aku- terima kasih kerana melawat!

itapaduk- kami tinggal di kajang perdana

Lightnur said...

Assalamualaikum

Sedihnya dengar adik tak sihat. Semoga Allah sembuhkan adik dan jauhkan dari sebarang jangkitan, Ameen.

Untuk sementara ini semoga Allah memberikan mama dan babah adik semangat yang tabah untuk menghadapi semua ini. Allah bersamamu yang sabar!

Semoga Allah memberikan tempat yang tertinggi untuk mama dan babah di akhirat kelak, ameen.

meorpestajiwa said...

gua betul2 respek lu bro..atas apa yang telah dan sedang lu terjemahkan ,makna kasih sayang melalui hidup ini... moga adik cepat sembuh dan boleh kita ngeteh di cm lagi...

Anonymous said...

semoga adik cepat sembuh- amin.