Thursday, February 26, 2009

MOHON MAAF KEPADA Y.B. DR. HJH. HALIMAH ALI.

MEMOHON DAN MEMBERI KEMAAFAN PEKARA YANG SANGAT MULIA. MAAF KAMI POHON KEPADA YB. KAMI JUGA MEMAAFKAN.

MARILAH KITA SAMA-SAMA MENUJU KEPADA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT.
SEMOGA HIDUP KITA MEMBERI MANAFAAT KEPADA ORANG LAIN.

JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRA. SELAMAT PERGI KE DUBAI DAN PULANG KE MALAYSIA.

mama

Tuesday, February 24, 2009

SORRY TO SAY Y.B. PUAN DR. HJH. HALIMAH ALI!!



Setelah tamat majlis gerakan mansuh PPSMI di Dewan Perniagaan Cina Jln Maharajalela malam tadi 23.02.09 sambil mencari-cari Pian Habib secara kebetulan terserempak dng YB Dr Lo' Lo' yg ramah dan mesra seperti selalu apabila terserempak dengan kami sekeluarga. Bersama beliau ada Y.b. Puan Dr. Hjh. Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan (tertera seperti dalam kad beliau). Entah macam mana tiba-tiba datang idea untuk memberitahu beliau tentang sekolah CP yang kami perjuangkan selama ini. Saya kata kalau Selangor boleh tubuhkan sekolah seperti ini alangkah bagusnya. Y.b. Puan Dr. Hjh. Halimah Ali ni yg kelihatan mahu cepat pulang dan acuh tak acuh berkata pada kami "CP ni macam-macam jenis". kami cuba memberitahu bahawa ada method dan syllabus yg dipraktikkan di luar negara tetapi di sini tidak ada dan ramai kanak-kanak yang seperti anak kami tak bersekolah dan terbiar.


Wahai Yb, saya tahu Yb seorang Doktor Perubatan yang tahu apa itu CP dan kami yang bukan doktor ni bukanlah tak tahu langsung tentang CP. Malam tadi kami rasa dilayan seperti PEMINTA SEDEKAH apabila beliau memberikan 2 kad sambil berjalan (kerana terlalu tergesa-gesa) dan beliau menyuruh kami datang ke pejabat beliau. Kami bukan mahu meminta duit atau sumbangan tetapi cuba mengusulkan satu pekara yang mungkin terlepas pandang oleh pihak kerajaan. Tidak bolehkan YB memberikan sedikit masa, hatta 1 minit untuk kami. atau YB Puan dah mengantuk sangat atau nak kena buat temujanji dulu?.


Dan saya nak bertanya, Yb yang kena jumpa rakyat atau rakyat yang nak panjat tangga pejabat Yb? Di mana janji mahu menubuhkan negeri kebajikan dan macamana nak ikut cara Saidina Umar mencari rakyatnya yang kelaparan. Cubalah fikir orang seperti kami yang ada anak-anak terlantar seperti ini disuruh datang mengadap mereka?. Tak bolehkan beliau meminta alamat atau no tel kami untuk beliau atau orang2nya menghubungi kami?. Terasa sedih dan kesal yang amat sangat apabila dilayan seperti peminta sedekah dan kami yang low class ni terasa seperti memang low class. Yb Puan perlu belajar dengan Yb Dr Hatta Ramli, Yb Shaari Sungib, Yb Zuraidah, Yb Dr Zul, Yb Elizabeth wong, Yb Dr Lo' Lo' tentang menghargai rakyat yang low class seperti kami. SORRY TO SAY YB. PUAN DR. HJH. HALIMAH ALI. Chow!



P/s. Sesiapa yang ada anak Cp terlantar seperti Annisa dan Annur tak kira umur tolong hubungi saya. Kita mesti buat sesuatu untuk masa depan anak-anak kita. jangan harap ada orang lain yang menolong kita. kalaupun anak-anak kita tidak dapat menikmati hasilnya nanti jadikanlah ini sedekah jariah kita untuk anak-anak orang lain dimasa depan. Kepada mereka yang sudi menyumbangkan idea juga dialu-alukan. sham 016.2525597/03-87330818.

TERIMA KASIH PADA SAUDARA-SAUDARA DARI PUTRAJAYA YANG MENYEJUKAN HATI SAYA DENGAN KATA-KATA DAN JANJI ANDA. ITU PUN DAH MEMBUATKAN SAYA SERONOK.

Sunday, February 08, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN KE 8 KAKAK!!

Hari ini 8 Februari 2009, adik ingin ucapkan SELAMAT HARI LAHIR KAKAK YANG KE 8!

Moga sihat selalu dan janganlah.....masaaam je!
- dari adik

Semoga tabah menjalani hidup yang penuh pancaroba ini!
- dari mama

Pimpinlah kami ke syurga!
-dari babah




Jemputlah makan cake ni. jangan rebut-rebut ye. kakak belanja...... he he he he....

Friday, February 06, 2009

Otak untuk dijual!

tinggi mana pun kedudukan anda kalau tak mampu berfikir, andalah orang kurang upaya berfikir walaupun anda raja,menteri,imam,pegawai mahupun pencacai..

mujurlah kedua2 kami tak upaya bangun, maka itu kami tak makan atau terima rasuah
kami tak mampu zalimi sesiapa apatah lagi berdusta..

kami bersyukur kepadaMu Ya Allah!

tapi jika kamu yang berakal dan tak mahu menggunakannya, berikan kjepada kami untuk kami gunakannya sebaik mungkin!!