Monday, October 26, 2009

Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) Percuma!

Ahad 25 Oktober di Dewan Jubli Perak PROGRAM BENGKEL MENGHADAPI SPM PERDANA NEGERI SELANGOR 2009. Dr Hajah Halimah Ali exco pendidikan, pengajian tinggi dam modal insan merasmikan program ini... Alhamdulillah program semalam gempak abis..

Lebih 3,500 orang pelajar tingkatan 5 dari seluruh daerah negeri selangor menyertai program ini.. di luar jangkaan pihak penganjur.


pelajar tekun mendegar tips menghadapi peperikasaan dari fasilitator terkenal En Othman Affan.
tips menjawap soalan peperiksaan spm bagi matapelajaran sejarah, bahasa melayu, bahasa inggeris dan matematik....



pelajar yang datang dari seluruh pelurusuk daerah negeri selangor... tak cukup kerusi terpaksa bersila dilantai.

di bawah ni antara pelajar saya dari kajang.... behave your self...

semoga semua berjaya dalam peperiksaan spm yang akan menjelang.... 6hb November 2009 akan diadakan solat hajat perdana di masjid negeri shah alam.... semua dijemput hadir..

Saturday, October 17, 2009

Raya Di Jalan Raya

Assalammualaikum...

Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin. raya sebulankan.. tak ada mood nak update blog. nak cerita raya pun tak ada apa yg menariknya... bukan apa, nak cerita ke?

Alkisah kerana berniaga di bazar sampai waktu buka puasa pada hari mantai... kami berkemas barang-barang di gerai selesai sehingga pukul 2.00 pagi.. penat punya pasal kami ambil keputusan untuk balik lepas subuh dengan harapan sembahyang raya di kampung suami yg cuma ambil masa 1 jam perjalanan untuk sampai. lepas subuh kami bertolak dari kajang ke bentong kampung suami... alkisah 5km ke terowong genting sempah kereta tiba-tiba overheating.. apa lagi tak boleh nak buat apa-apalah panggil tow truck highway. sementara tu tersidailah kami yg dah berpakaian cantik ni selama lebih kurang 1 1/2 jam..... huh hati dan perasaan ni jangan cakaplah sodih rasa nak meraung... ni betul-betul raya di jalan raya.

tow truck sampai kami minta pusing sampai tol gombak. kami tak berani teruskan perjalanan kerana kalau balik bentong kami tak ada kenderaan tak boleh buat apa juga tapi alasan yang lebih konkrit ialah kami tak nak ambil risiko kesihatan A & A yang sebelum tu baru 3 hari discharge dari hospital.. takut kalau apa-apa susah tak ada kereta sendiri... sekurang-kurangnya kat kajang ada 1 lagi kereta tua kami yg road taxnya dah mati 2 tahun, sesak-sesak boleh juga bawak... ha ha ha..

sampai di tol gombak kami ambil teksi punggah barang dan terus balik ke kajang.... suami pula tinggal untuk uruskan kereta... nasib baik ada kawan buka bengkel kereta di gombak dan beliau juga orang gombak.... sampai rumah aku terus tidur...

petang perut lapar kat rumah satu apa tak ada, biskut raya adalah... kami call kawan kami bro zunar yang beraya di bangi... sampai kat sana ramai kawan2 datang beraya.. terubatlah sedikit perasaan ni..

kami tak kemana2 pun sbb semua kawan2 balik kampung raya. raya ke 4 baru nak pi raya kereta tua kami buat hal pulak. terus kensel. haru haru...................

begitulah cerita raya saya pada tahun ini.... banyak gambar kat bawah... saja2 upload untuk tatapan semua... tak ada tema tertentu....


1. bersama yb tian chua dan yb gan di rumah bro zunar.

2. timbalan menteri belia dan sukan menyampaikan hamper raya di hospital serdang.

3. gambar adik yg rongak.
4. sbb tak boleh raya aku deko rumah tak ada konsep tertentu. pakai taram aje.
5. gambar A&A yang dilukis oleh babah tapi sampai sekarang tak diframekan.
6. aku memang suka bunga hidup. maaf bunga tiruan tak dibenarkan masuk campur.
7. untuk pengetahuan semua langsir ni dibeli pada raya ke 3... nasib baik beli pada raya ke 3 kalau tak tak berlangsirlah rumah kami.
8. anak pokok ni aku ambik dari tepi jalan.. tanam kat dalam pasu... sekarang dah rimbun
9. raya ke 4 kakak dah seronok nak pi raya alih-alih tak jadi... sedang tunggu kawan jemput.
10. adik nak pi raya.. adik nak kutip duit raya...
11. pokok keladi ni harga dia rm7... dibeli selepas beli langsir di atas.
12. sepupu A&A abg ashraf dan pak lang raya ke 7 datang rumah.

13. sepupu kak ira dan kak long ain datang raya.. kak long ain ni cantik sangat.. pandai menjahit. promote ni..
14. gambar kakak paling terbaru..3 hari lepas.. dihospital serdang.. mata timbul bisul tapi tak ada punat.. sekarang dah ok sikit.


sekian wasallam.........