Saturday, October 17, 2009

Raya Di Jalan Raya

Assalammualaikum...

Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin. raya sebulankan.. tak ada mood nak update blog. nak cerita raya pun tak ada apa yg menariknya... bukan apa, nak cerita ke?

Alkisah kerana berniaga di bazar sampai waktu buka puasa pada hari mantai... kami berkemas barang-barang di gerai selesai sehingga pukul 2.00 pagi.. penat punya pasal kami ambil keputusan untuk balik lepas subuh dengan harapan sembahyang raya di kampung suami yg cuma ambil masa 1 jam perjalanan untuk sampai. lepas subuh kami bertolak dari kajang ke bentong kampung suami... alkisah 5km ke terowong genting sempah kereta tiba-tiba overheating.. apa lagi tak boleh nak buat apa-apalah panggil tow truck highway. sementara tu tersidailah kami yg dah berpakaian cantik ni selama lebih kurang 1 1/2 jam..... huh hati dan perasaan ni jangan cakaplah sodih rasa nak meraung... ni betul-betul raya di jalan raya.

tow truck sampai kami minta pusing sampai tol gombak. kami tak berani teruskan perjalanan kerana kalau balik bentong kami tak ada kenderaan tak boleh buat apa juga tapi alasan yang lebih konkrit ialah kami tak nak ambil risiko kesihatan A & A yang sebelum tu baru 3 hari discharge dari hospital.. takut kalau apa-apa susah tak ada kereta sendiri... sekurang-kurangnya kat kajang ada 1 lagi kereta tua kami yg road taxnya dah mati 2 tahun, sesak-sesak boleh juga bawak... ha ha ha..

sampai di tol gombak kami ambil teksi punggah barang dan terus balik ke kajang.... suami pula tinggal untuk uruskan kereta... nasib baik ada kawan buka bengkel kereta di gombak dan beliau juga orang gombak.... sampai rumah aku terus tidur...

petang perut lapar kat rumah satu apa tak ada, biskut raya adalah... kami call kawan kami bro zunar yang beraya di bangi... sampai kat sana ramai kawan2 datang beraya.. terubatlah sedikit perasaan ni..

kami tak kemana2 pun sbb semua kawan2 balik kampung raya. raya ke 4 baru nak pi raya kereta tua kami buat hal pulak. terus kensel. haru haru...................

begitulah cerita raya saya pada tahun ini.... banyak gambar kat bawah... saja2 upload untuk tatapan semua... tak ada tema tertentu....


1. bersama yb tian chua dan yb gan di rumah bro zunar.

2. timbalan menteri belia dan sukan menyampaikan hamper raya di hospital serdang.

3. gambar adik yg rongak.
4. sbb tak boleh raya aku deko rumah tak ada konsep tertentu. pakai taram aje.
5. gambar A&A yang dilukis oleh babah tapi sampai sekarang tak diframekan.
6. aku memang suka bunga hidup. maaf bunga tiruan tak dibenarkan masuk campur.
7. untuk pengetahuan semua langsir ni dibeli pada raya ke 3... nasib baik beli pada raya ke 3 kalau tak tak berlangsirlah rumah kami.
8. anak pokok ni aku ambik dari tepi jalan.. tanam kat dalam pasu... sekarang dah rimbun
9. raya ke 4 kakak dah seronok nak pi raya alih-alih tak jadi... sedang tunggu kawan jemput.
10. adik nak pi raya.. adik nak kutip duit raya...
11. pokok keladi ni harga dia rm7... dibeli selepas beli langsir di atas.
12. sepupu A&A abg ashraf dan pak lang raya ke 7 datang rumah.

13. sepupu kak ira dan kak long ain datang raya.. kak long ain ni cantik sangat.. pandai menjahit. promote ni..
14. gambar kakak paling terbaru..3 hari lepas.. dihospital serdang.. mata timbul bisul tapi tak ada punat.. sekarang dah ok sikit.


sekian wasallam.........

7 comments:

Noina said...

cantik ruang tamu akak..umah ni ni..tah bila la nak decorate..huhu..
siannya kakak..sakit tuh..besar gak yek bisul tuh..mesti sakit...huhu..!

AKUOKU said...

ina, rumah kecil tiang seribu...
Alhamdulillah kakak dah ok sikit... nanah dah keluar. hari tu doktor suruh tuam dengan air panas kami buatlah seperti yg dr suruh, esoknya bisul tu pecah.. kalau tak pecah kena operatelah hari khamis hari tu...

yatie chomeyl said...

wah sejuk tangan akak nih, kutip pokok tepi jalan pun leh hidup merimbun cantik dalam rumah, kalah deco eric..*tepuk tepuk*.

kalau saya, mmg jgn haraplah nak tumbuh merimbun gitu huhu..bunga plastik pon leh layu di tgn saya nih eheh

orangkampung said...

Undi Pas bermakna undi Dap...Undi Dap bermakna undi Komunis.

Undi Pas bermakna undi Pkr...Undi Pkr bermakna undi Yahudi..

undi Pas akan jadi Yahudi Komunis!!!!

tinggalkan pas kita selamatkan Melayu dan Islam....

Amalina said...

Salam,
hari tu you ada tny pasal buggy yg afiqah guna. Sy dah tny pd sykt yg buat buggy tu, harga dia dlm Yen 250, 000 (lbh kurang RM6-7k). Selalunya dia buat ikut tempahan, ambik ukuran badan semua, tapi kalau tak ada, sykt tu boleh buat ikut std size s, m, l camtu. Sorry lambat reply, saya ingat susah sgt prosedur sbb dgn Afiqah kami kena pergi buat application sbb National insurans bayar.
Cuba tgk sini, http://www.makoa.org/cmpyinfo.htm dan http://www.adaptivemall.com/pixpucsmal.html (takde kaitan dgn sykt jepun, tapi sy selalu tgk2)

ita zakaria said...

kak sham, maaf ye kak. ita membisu lama. akak suruh call pun ita belom dapt call lagik. asek terlupa jer...bile sarra dah naik ragam, lagik lupe jadinyer. nanti ita call eh kak.

A&A sehat? masuk hospital eh..ita lama dah tak pegi hospital. sedih ita bace post raya akak. takpelah kak, dugaan Aidilfitri. tapi mmg ita nak tabik springgggg dgn akak lah. dalam sedih2 tuh, rumah akak tetap cantek! bile lah sarra dapat singgah! dekor pun sedap mata memandang...nanti ita call akak yer. maaf zahir batin kak...kirim salam A&A....

文章 said...

餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡