Saturday, September 26, 2009

terima kasih

hari yang sungguh sedih...... dah lama tak menangis...... bukan apa tengok muka kakak dan adik.... sedih betapa menjadi mangsa bahan kataan dan hinaan.... rasa nak tutup blog ni...

terima kasih pada yang berkenaan....

Wednesday, September 02, 2009

Mehlah Datang.....

Jemputlah datang ke gerai kami di no 13 karnival Ramadhan Metro Kajang. Berbagai pilihan jubah untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak ada di sini..... Selain itu kami juga ada menjual kurta, baju Raihan, Tudung fesyen, bidang 48" dan 60" jenama Piramid. Dan ada juga kerongsang rekaan terbaru....

Seorang pelanggan mencuba kemeja kain cotton yang hanya dijual dengan harga rm35... murah dan cantik.. itu harga sebelum potongan...


Jubah lelaki... antara jenis dan fesyen jubah yang ada ialah Jubah Saudi, Jubah Morocco corak dan kosong bersulam serta Jubah Oman
Kerongsang dengan berbagai-bagai fesyen terbaru...setiap pembelian rm15 keatas akan diberikan potongan 10%..


Gambar bawah, Babah dengan Jubah Morocco Sulam...

Semoga Allah Memurahkan Rezeki kami sekeluarga tahun ini walaupun keadaan ekonomi yg agak lembab...... Mehlah datang...



Tuesday, September 01, 2009

cerita kakak dan hayat

Isteri aku memegang anak sulungku, Annisa 8 tahun yang mengalami lumpuh otak (cerebral palsy). Kakak berjuang untuk hidup sejak kecil lagi, keluar masuk hospital, pembedahan, pneumonia, pernah pakai ryles tube di hidung..hari ini kakak semakin sihat dan mulai tembam semula seperti tahun pertama kelahiran dia.

Antara tempoh itu kakak pernah sampai tinggal tulang...gara-gara berdegil dengan nasihat Dr pakar yang menyuruh kami memakai tiub di hidungnya, kami lari dari hospital dan berikhtiar cara lain..nekad gila mencabut tiub itu dan kakak akhirnya berdaya juga makan dan minum secara oral tanpa bantuan tiub. Kalau ikut Pof tu, kena pakai sampai akhir hayat dan kalau perlu ditebuk perutnya..Hisyy!!

Minggu lepas, singgah di lipis dalam perjalanan ke Kelantan dan jumpa kawan lama. Dia ada sepasang anak kembar perempuan yang sebaya dengan kakak. salah seorang kembar tersebut meninggal 5-6 bulan lepas kerana sakit tiba2...

Ya! Siapa kita untuk menghalang ketentuanNya. dalam sihat2 dia pergi sementara Annisa yang sakit teruk semakin sihat.namun kita kena redha, bersedia dan jangan leka dengan nikmatNya."simpan satu peluru!"

coretan oleh babah...http://kulupsakah.blogspot.com/