Tuesday, September 01, 2009

cerita kakak dan hayat

Isteri aku memegang anak sulungku, Annisa 8 tahun yang mengalami lumpuh otak (cerebral palsy). Kakak berjuang untuk hidup sejak kecil lagi, keluar masuk hospital, pembedahan, pneumonia, pernah pakai ryles tube di hidung..hari ini kakak semakin sihat dan mulai tembam semula seperti tahun pertama kelahiran dia.

Antara tempoh itu kakak pernah sampai tinggal tulang...gara-gara berdegil dengan nasihat Dr pakar yang menyuruh kami memakai tiub di hidungnya, kami lari dari hospital dan berikhtiar cara lain..nekad gila mencabut tiub itu dan kakak akhirnya berdaya juga makan dan minum secara oral tanpa bantuan tiub. Kalau ikut Pof tu, kena pakai sampai akhir hayat dan kalau perlu ditebuk perutnya..Hisyy!!

Minggu lepas, singgah di lipis dalam perjalanan ke Kelantan dan jumpa kawan lama. Dia ada sepasang anak kembar perempuan yang sebaya dengan kakak. salah seorang kembar tersebut meninggal 5-6 bulan lepas kerana sakit tiba2...

Ya! Siapa kita untuk menghalang ketentuanNya. dalam sihat2 dia pergi sementara Annisa yang sakit teruk semakin sihat.namun kita kena redha, bersedia dan jangan leka dengan nikmatNya."simpan satu peluru!"

coretan oleh babah...http://kulupsakah.blogspot.com/

8 comments:

mOEha Aziz said...

salam,

alhamdulillah... ya, kdg2 dr juga akan tersilap... kata mereka si botak hanya ada 6 bulan utk hidup (kira - kira 16 tahun dulu)... alhamdulillah si bbotak masih bernafas kini... tp apa boleh buat... ilmu mereka (dr dr) adalah setakat itu sahaja... :)

AKUOKU said...

moeha,

bagi saya ilmu doktor adalah ilmu yg dtg dari Allah jua.. Ibnu Sinna pelopor ilmu kedotoran modern.
kami tidak pernah menidakkan ilmu kedoktoran itu sendiri krn sedar semua itu dari Allah jua... cuma sebagai ibubapa kami memilih yg terbaik dan istiqarah supaya Allah memberi petunjuk dan jalan..
-mama-

maiyah said...

salam.. semoga akan terus ceria dan sihat.. Insyaallah ;)

Lightnur said...

Assalamualaikum

Cerita kakak dan Hayat buat saya sedih dan pilu dipagi yang hening ini. Tapi segalanya ada hikmahkannya, bukan?. Semoga Allah terus memberi petunjuk untuk kita semua, ameen. Siapalah kita untuk menolak ketentuan Allah? Semoga Allah memberi kita ketabahan mengharungi ujian hidup ini, ameen.

Terima kasih kongsi cerita kakak.

Salam sayang dan rindu untuk kakak dan adik.

ita zakaria said...

salam kak sham, lame tak dengar khabar. A&A sehat? Kita semua milik Allah, akan pulang kepadaNya jua...

AKUOKU said...

maiya,
terima kasih. semoga maiya pun gembira dan sihat bersama keluarga.

lightnur,
dengan kudrat dan iradatnya Insyaalah kita semua kuat... Begitu juga Light dan Muja di sana..

Ita,
Alhamdulillah semua sihat.... ada masa kita jumpa. semoga sara pun sihat dan ceria selalu.

zali azali said...

kepada akuoku, sabar bebanyak...hanya insan yg mempunyai anak istemewa je yg memahami perasaan kita ni...mudah mudahan kita sama sama tabah

文章 said...

餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡