Wednesday, January 21, 2009

TOLONGLAH KAMI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kakak telah berumur 8 tahun dan adik pula 6 tahun. Kalau kanak-kanak biasa kakak telah memasuki alam persekolah dan berada di dalam darjah 2. Adik pula telah masuk kelas pra.

Pada akhir tahun 2007 kami telah pergi naik ke kementerian pelajaran dan dapat berjumpa dengan timbalan menteri pelajaran ketika itu dijawat oleh yb dato noh omar, tujuan untuk memohon kemasukan kakak ke dalam Sekolah Pendidikan Khas. Walaupun kami tahu kanak-kanak seperti anak kami sememangnya tidak ada tempat di Sekolah Pendidikan Khas dengan alasan mereka hanya menerima kanak-kanak yang boleh menguruskan diri sendiri. Di pendekkan cerita setelah kami membentangkan kertas kerja dan menerangkan kedudukan sebenar, Yb Noh Omar berjanji akan membawa permasaalahan kami ke atas.

2 tahun berlalu janji tinggal janji kakak dan kawan-kawan yang senasib masih tak dapat bersekolah walaupun sistem pendidikan untuk kanak-kanak seperti kakak dan adik telah lama dipraktikan dinegara-negara maju seperti Australia dan jepun. Setiap tahun ramai guru-guru pendidikan khas dihantar untuk berkrusus di Australia dan mendalami pendidikan untuk kanak-kanak cerebral palsy tapi mereka mengadu tidak dapat mempraktikkan di Malaysia kerana kerajaan tidak mahu menyediakan prasarana dan peruntukan. untuk apa mereka semua dihantar berkrusus??

2 tahun berlalu walaupun kami telah cuba menghubungi pihak pendidikan khas tapi jawapan yang diterima sangat menghampakan. pak menteri pun dah bertukar portfolio..................

Mungkin ada caranya untuk kami dilihat wujud dibumi Malaysia ini.... ya artikel di bawah mungkin boleh mengejutkan mereka-mereka yang telah lama terlena............................

oleh: BULETIN PRIHATIN


PENDAKWAAN KEPENTINGAN AWAM atau Public Interest Litigation "PIL" dengan ungkapan mudah ialah satu prosiding yang memberi laluan kepada rakyat yang terjejas akibat tindakan pihak berkuasa. Mereka yang terjejas boleh membawa tindakan mahkamah terhadap mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan untuk mendapatkan perintah sewajarnya sebagai memulihkan penjejasan yang dialami.

Dalam membincangkan Akta OKU 2008, tiada sebarang remedi atau penguatkuasa yang boleh diambil kepada mana-mana pihak sama ada pihak awam ataupun swasta jika berlaku sebarang pemecahan hak terhadap OKU. Seksyen 41 yang menghalang tindakan undang-undang terhadap kerajaan begitu bercanggah dengan Seksyen 42 yang memperuntukkan suatu kaedah bagi membawa kerajaan sebagai contohnya ke mahkamah. Percanggahan ini merupakan suatu yang amat prejudis kepada rakyat terutamanya OKU dalam menuntut haknya di sisi undang-undang.

Justeru, sebagai alternatif, PIL dilihat sebagai suatu kaedah untuk menguatkuasakan hak OKU yang digubal di bawah Akta 2008 tersebut. Sememangnya diakui, cabaran getir menunggu di hadapan bilamana PIL ingin diikhtiarkan.

Trend mahkamah masa lalu yang keberatan menggunakan PIL terhadap kerajaan merupakan antara cabaran utama yang perlu difikirkan. Apatah lagi dalam kebanyakan undang-undang yang digubal di negara ini memberikan perlindungan yang berlebihan kepada kerajaan untuk tidak dibawa ke mahkamah meskipun berlaku pemecahan hak.

Pun begitu, kita hendaklah berfikiran positif dan pro aktif. Prinsip keadilan asasi "natural justice" tidak boleh di kesampingkan terutamanya bilamana undang-undang digubal jelas tidak memperuntukkan penguatkuasaan kepada hak-hak yang diberi.

Sekian banyak kita dihamparkan kes-kes yang begitu prejudis terhadap Oku selama ini. Antaranya penafian untuk berkerja bilamana kita OKU. Masalah mendapatkan pendidikan sempurna bila kita OKU. Kita menghadapi kesukaran di tempat-tempat awam bilamana tiada infrastruktur asas untuk membantu kita sebagai OKU. Tentunya senarai ini hanya sebahagian kecil pemecahan hak yang berlaku di luar sana.

Dengan semangat mendaulatkan undang-undang yang didokong di bawah Perlembagaan Persekutuan khususnya hak-hak asasi yang dijamin kepada rakyat Malaysia, telah tiba waktunya untuk OKU dan mereka yang berkaitan bangkit dan bersatu suara bagi kehidupan yang lebih sejahtera dan dinamik.

Kepada ngo-ngo yang memperjuangkan OKU, selain bersatu dengan satu suara, suatu unit bagi advokasi wajar diwujudkan bagi mengumpul kes-kes pemecahan hak secara lebih teratur agar langkah seterusnya dapat dirancang.

Harus kita insaf jika tidak kita sendiri yang membantu kita, tiadalah orang lain yang akan lebih bersedia menghulurkan tangan untuk membantu. – 24 Muharam 1430H.
at 9:45 AM

Thursday, January 15, 2009

INI KES NAYAKAN RAKYAT..

EN./CIK, TUAN/PUAN, DATUK/DATIN, TAN SRI, TUN dan sapa2...

Jika anda menerima surat mengatakan bulan ini anda tak dapat gaji dan ditangguhkan atas sebab2 yang tak dapat dielakkan , apakah reaksi anda? Apakah yang mengganggu fikiran anda? sudah tentu bajet anda kacau bilau...

- macamana nak bayar bil2, hutang kad kredit, loan,
- nak makan macamana?
- minyak, tol?
- belanja susu dan lampin anak
- belanja sekolah atau tuisyen anak?
- rokok?

.....ARGHHHH!!!



Ini surat yang kami terima dari JKM mengenai penangguhan bayaran untuk bulan ini yang sepatutnya dibayar pada setiap 15hb. kami tidak tahu apa alasan dan sebab musabab yg membawa kepada penangguhan ini.
Apakah ini pertama kali berlaku atau sudah biasa? Kemana perginya peruntukan yang sepatutnya diagihkan kepada kami yang berdaftar? mana perginya duit kami?????


MENGAPA INI BOLEH TERJADI DALAM NEGARA YANG DIKATAKAN CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG?

Jika terdapat masalah, tiadakah alternatif untuk mengatasinya? Tahukah anda ada di antara kami benar2 mengharapkan bantuan tersebut untuk membeli perubatan mahu pun makanan? Ada kaum Tionghua yang akan menyambut perayaan Gong Xi Fa Cai hujung Januari ini dan sebahagian kami telah banyak berbelanja untuk persekolahan anak.......

APAKAH GAJI TUAN/PUAN YANG MENGURUSKAN HAL INI JUGA TAK DIBAYAR???

Mengapa keperluan kami yang diperjudikan???? ngapa tak tangguhkan saja gaji pak2 dan mak2 menteri yang kaya raya tu.????

Monday, January 12, 2009

israel/usa laknatullah!!



BERIKANLAH

BERIKANLAH KEDAMAIAN ATAU BERI KAMI TIMAH DENGAN BELERANG (BESI DENGAN TEMBAGA)

BIAR KAMI

KAMI TEMPA (CIPTA) DENGAN TANGAN PELURU (SENJATA) KAMI SENDIRI

PELURU (SENJATA) BERKALIMAH

MELINDUNGI DIRI KAMI

DARI TERUS DIZALIMI

KAMI TAK SANGGUP BUJUK LAGI

KAMI TAK SANGGUP BOHONG LAGI

PADA ANAK ISTERI KAMI

YANG MENANGIS SEPANJANG HARI

YANG TANYAKAN SAMPAI KINI

...AH! BILA TAMAN KAMI

BISA DISIRAMI RONA-RONA PELANGI

LEPAS HUJAN INI?

Tuesday, January 06, 2009

kalaulah...

assalamualaikum..adik dah keluar wad semalam (Isnin)..
oh Ya! Kalau ikutkan Januari ni adik dah 6 tahun dan masuk Tadika...sebab tu adik sekarang sedang berlatih makan coklat macam gambar nii..




kakak pula kalau diikutkan dah darjah 2..babah benarkan kakak menunggang motosikalnya sendiri ke sekolah..vroooooooooommm!!
Tapi mama kata kami tak boleh bersekolah sebab kami dah hafal sifir 8 sejak lahir lagi..hahaha!








Saturday, January 03, 2009

apakah Tahun baru 2009/1430H tahun kesedaran terhadap golongan OKU?

semalam Jumaat kakak ikut babah berjumaat di Masjid Negara sebab di sana ada demonstrasi bantah Israel serang Palestin..
Dalam LRT kami dapat lihat seorang lelaki India bertongkat dua kerana kudung sebelah kakinya tidak langsung diberikan duduk oleh penumpang2 yang sedang duduk..punggung mereka terlalu berat dan mata mereka buta untuk melihat kenyataan di dalam LRT yang meminta utamakan OKU..
Kakak dan babah cukup panas! Apakah kita masih lagi berfikiran kuno di tahun baru ni? Tahun ni tahun masehi dan tahun Islam hampir bertembung dan Tahun baru Cina akan menyusul..tapi kita masih lagi 'lama'....patutlah kerajaan mengadakan kempen budi bahasalah..senyumlah.. dan masyarakat penyayang...
sebab semuanya dah hilang dan perlu dipromosikan semula!!


SELAMAT TAHUN BARU 1430H DAN 2009 DARI KAMI SEKELUARGA!! TERUSKAN PERJUANGAN!!
(adik masih di wad..darahnya dijangkiti kuman menjadikan darah putih lebih dari merah..tetapi semakin pulih dan dah boleh ketawa..harap esok lusa boleh balik)