Wednesday, January 21, 2009

TOLONGLAH KAMI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kakak telah berumur 8 tahun dan adik pula 6 tahun. Kalau kanak-kanak biasa kakak telah memasuki alam persekolah dan berada di dalam darjah 2. Adik pula telah masuk kelas pra.

Pada akhir tahun 2007 kami telah pergi naik ke kementerian pelajaran dan dapat berjumpa dengan timbalan menteri pelajaran ketika itu dijawat oleh yb dato noh omar, tujuan untuk memohon kemasukan kakak ke dalam Sekolah Pendidikan Khas. Walaupun kami tahu kanak-kanak seperti anak kami sememangnya tidak ada tempat di Sekolah Pendidikan Khas dengan alasan mereka hanya menerima kanak-kanak yang boleh menguruskan diri sendiri. Di pendekkan cerita setelah kami membentangkan kertas kerja dan menerangkan kedudukan sebenar, Yb Noh Omar berjanji akan membawa permasaalahan kami ke atas.

2 tahun berlalu janji tinggal janji kakak dan kawan-kawan yang senasib masih tak dapat bersekolah walaupun sistem pendidikan untuk kanak-kanak seperti kakak dan adik telah lama dipraktikan dinegara-negara maju seperti Australia dan jepun. Setiap tahun ramai guru-guru pendidikan khas dihantar untuk berkrusus di Australia dan mendalami pendidikan untuk kanak-kanak cerebral palsy tapi mereka mengadu tidak dapat mempraktikkan di Malaysia kerana kerajaan tidak mahu menyediakan prasarana dan peruntukan. untuk apa mereka semua dihantar berkrusus??

2 tahun berlalu walaupun kami telah cuba menghubungi pihak pendidikan khas tapi jawapan yang diterima sangat menghampakan. pak menteri pun dah bertukar portfolio..................

Mungkin ada caranya untuk kami dilihat wujud dibumi Malaysia ini.... ya artikel di bawah mungkin boleh mengejutkan mereka-mereka yang telah lama terlena............................

oleh: BULETIN PRIHATIN


PENDAKWAAN KEPENTINGAN AWAM atau Public Interest Litigation "PIL" dengan ungkapan mudah ialah satu prosiding yang memberi laluan kepada rakyat yang terjejas akibat tindakan pihak berkuasa. Mereka yang terjejas boleh membawa tindakan mahkamah terhadap mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan untuk mendapatkan perintah sewajarnya sebagai memulihkan penjejasan yang dialami.

Dalam membincangkan Akta OKU 2008, tiada sebarang remedi atau penguatkuasa yang boleh diambil kepada mana-mana pihak sama ada pihak awam ataupun swasta jika berlaku sebarang pemecahan hak terhadap OKU. Seksyen 41 yang menghalang tindakan undang-undang terhadap kerajaan begitu bercanggah dengan Seksyen 42 yang memperuntukkan suatu kaedah bagi membawa kerajaan sebagai contohnya ke mahkamah. Percanggahan ini merupakan suatu yang amat prejudis kepada rakyat terutamanya OKU dalam menuntut haknya di sisi undang-undang.

Justeru, sebagai alternatif, PIL dilihat sebagai suatu kaedah untuk menguatkuasakan hak OKU yang digubal di bawah Akta 2008 tersebut. Sememangnya diakui, cabaran getir menunggu di hadapan bilamana PIL ingin diikhtiarkan.

Trend mahkamah masa lalu yang keberatan menggunakan PIL terhadap kerajaan merupakan antara cabaran utama yang perlu difikirkan. Apatah lagi dalam kebanyakan undang-undang yang digubal di negara ini memberikan perlindungan yang berlebihan kepada kerajaan untuk tidak dibawa ke mahkamah meskipun berlaku pemecahan hak.

Pun begitu, kita hendaklah berfikiran positif dan pro aktif. Prinsip keadilan asasi "natural justice" tidak boleh di kesampingkan terutamanya bilamana undang-undang digubal jelas tidak memperuntukkan penguatkuasaan kepada hak-hak yang diberi.

Sekian banyak kita dihamparkan kes-kes yang begitu prejudis terhadap Oku selama ini. Antaranya penafian untuk berkerja bilamana kita OKU. Masalah mendapatkan pendidikan sempurna bila kita OKU. Kita menghadapi kesukaran di tempat-tempat awam bilamana tiada infrastruktur asas untuk membantu kita sebagai OKU. Tentunya senarai ini hanya sebahagian kecil pemecahan hak yang berlaku di luar sana.

Dengan semangat mendaulatkan undang-undang yang didokong di bawah Perlembagaan Persekutuan khususnya hak-hak asasi yang dijamin kepada rakyat Malaysia, telah tiba waktunya untuk OKU dan mereka yang berkaitan bangkit dan bersatu suara bagi kehidupan yang lebih sejahtera dan dinamik.

Kepada ngo-ngo yang memperjuangkan OKU, selain bersatu dengan satu suara, suatu unit bagi advokasi wajar diwujudkan bagi mengumpul kes-kes pemecahan hak secara lebih teratur agar langkah seterusnya dapat dirancang.

Harus kita insaf jika tidak kita sendiri yang membantu kita, tiadalah orang lain yang akan lebih bersedia menghulurkan tangan untuk membantu. – 24 Muharam 1430H.
at 9:45 AM

11 comments:

erisya nor said...

setau erisya ada sek seumpama itu ie sekolah st nicholas di pulau pinang. teman erisya jadi tenaga pengajar di sekolah tersebut sebelum bekerja di sekolah yang seumpamanya di singapura.teman erisya berkelulusan ijazah dari helen keller's inst. bagi membolehkannya mengajar kanak 2 yang senasib.

mountdweller said...

Apakah Menteria dan spesis yang sebangsanya dengan itu pun tidak ada perasaan. Patutlah bila kanak-kanak palestin dibunuh semuanya bisu.

Aku oku! said...

di pulau pinang?. sekolah untuk Cp? Di Lembah Klang hanya ada 1 di Pusat Spastik PJ. Itu pun NGO yg tubuhkan tapi masih tak up to date masih tak complate. kami di kajang nak pi ke pj dan pulau pinang mcm mana org di johor?. Sebenarnya tak ada 1 pun sekolah khas untuk kanak2 cp di malaysia. itulah faktanya.

erisya nor said...

maaf ya , erisya tak berapa arif hal ini... mungkin CP tak sama ngan spastik. st nicholas tu untuk spastik.sekolah swasta. abang erisya pun terpaksa berhijrah ke KL (yang amat dibenci ) demi anak...tak boleh mendengar dan bertutur sejak lahir. nak operate berpuluh ribu dan tiada jaminan. mereka sayang nak tinggalkan rumah di kedah. tapi tu lah...sek khas amat terhad. malah banyak lagi kemudahan untuk OKU tiada di negara kita. teringat semasa berkursus di jepun dulu....mereka renovate bangunan termasuk lif semata2 nak menerima kehadiran peserta OKU...benar2 prihatin.anak erisya meninggal pun kerana pakar kanak2 hanya ada di alor setar dan kuala lumpur...oleh kerana kami di pulau pinang maka anak kami hanya menunggu maut di NICU. tak cukup katil lah...tak cukup peralatan dsbnya.

Inilah nasib orang susah macam kita ni...kalau kaya-raya , tak kira OKU atau tidak....semua terjamin!

Noina said...

ina tak tau nak ckp apa..bila baca blog akak..ina jadik takut..apa akan jadi pada nabila?klu tak sekolah dia nak buat apa?kak..mmg betul ckp akak..HANYA ORG YANG ADA DUIT..KAYA ..JER YANG DORG NAK TOLONG..ORG MCM KITA NI..PANDANG PUN TIDAK..NAPA KEJAM DIORG NIH!!!

LotsOfLove-Pearls said...

Salam..
Entah bilalah KESEDARAN itu ada...?

Aku oku! said...

apabila diri dah jadi oku nanti agaknya

Lightnur said...

Assalamualaikum

Alhamdulillah sejak lahir lagi bila anak saya, Muja disahkan Cerebral Palsy, dia telah diberi kesempatan untuk masuk program early intervention (EIP) di The Center for Cerebral Palsy (TCCP), sebuah pertubuhan NGO di Perth. Di sini Muja mendapat therapi fisio, speech dan OT yang datang ke rumah. Terapi berkumpulan seperti playgroup dan hydrotherapy di adakan di pusat TCCP. Semua alat-alat istimewa yang diperlukan Muja untuk membantu hidupnya mendapat dana dari TCCP juga.

Bila umurnya 4 tahun (tahun lepas) disamping EIP, Muja masuk ke Tadika di sekolah khas kerajaan dengan Program Conductive Education (CE) di mana Conductornya berkelulusan ijazah dari UK. Tahun ini Muja akan masuk Pra Sekolah sepenuh masa di sekolah yang sama Carson Street School dengan Program CE juga. Oleh kerana dia masuk sekolah sepenuh masa tahun ini dia tidak akan berada dibawah EIP dari TCCP tetapi di tukar ke Therapy Focus sebuat pertubuhan NGO juga.

Program CE ini masih baru di Perth dan Program ini juga diperjuangkan oleh ibubapa seperti kakak dan adik kira-kira 20 tahun lalu. Alhamdulillah dengan kerja keras mereka akhirnya sekolah untuk anak-anak OKU yang tidak boleh mengurus diri mereka sendiri terwujud. Alhamdulillah anak saja diberi kesempatan untuk memdapat pendidikan seperti anak-anak yang lain hasil dari advocasi mereka yang terlibat dahulu.

Saya sangat terharu dengan penghargaan tinggi yang diberikan kepada OKU di sini. Teruskan perjuangan dan Insha ALlah pasti akan terwujud sekolah khas untuk kakak dan adik.

Aku oku! said...

Lightnur,

terima kasih atas penerangan anda inilah sekolah yg saya maksudkan....
bartuahnya anak anda. kadang2 terasa kalau kami banyak duit dan berkesempatan hendak saja berhijrah ke australia demi kerana anak2. tapi apakan daya...

perjuangan ini bukan untuk anak kami sahaja kalau di takdirkan anak kami tak berkesempatan pun mungkin untuk anak org lain... Insyaalah.

ramai2 kawan2 yg ada anak cp yg pernah duduk di australia mengadu hilang punca bila balik ke malaysia.

Nak minta tolong sikit kalau dapat tolong emailkan info ttg sek yg anda maksudkan.

Lightnur said...

Assalamualaikum

Terima kasih kerana tertarik dengan penerangan saya.

Link dibawah adalah sejarah tertubuhnya sekolah khas di Western Australia dengan adanya program Conductive Education(CE) yang berasal dari Hungary. Program CE ini mengajar bagaimana cara untuk belajar mengurus diri sendiri. Caranya adalah dengan melakukan latihan dengan giat dan berulang kali. http://www.conductiveedwa.com.au/fram_history.htm

Sekolah khas untuk anak2 yang tidak boleh mengurus diri mereka sendiri melalui Program Conductive Education diadakan di Carson Street
http://www.carsonst.wa.edu.au/classrooms.htm#CE

Disamping itu juga ada program untuk ibubapa di sekolah yang sama untuk belajar bersama anak2 bagaimana cara yang terbaik untuk menyokong dan membantu mereka belajar.

Harap link2 tersebut dapat membantu.

"When you do not educate the child to be independent, you educate the child to be dependent" ~Dr. Andras Peto

lydia said...

sy tertarik dengan artikel "Tolong kami". Saya lydia pelajar USM tahun 3. Kebetulan saya sedang membuat kajian tentang kemudahan yang disediakan di tempat2 awam atau bangunan2 perniagaan atau komersil. Keluhan anda tentang kesukaran sewaktu berada di tempat2 awam kerana tiada infrastruktur asas untuk membantu OKU telah menarik perhatian saya. Sebagai salah seorang OKU pandangan anda amat membantu dalam kajian yang saya sedang jalankan. Mungkin anda boleh memberikan pendapat bagaimana pihak kerajaan dan individu yang bertanggungjawab harus menangani masalah ini agar kebajikan dan keperluan golongan OKU tidak terpinggir. Dari segi kemudahan yang disediakan pula adakah ianya dapat membantu pergerakan anda atau pun sebaliknya. Jika tidak, bagaimana pula kemudahan itu harus diprbaiki atau dinaiktaraf agar memberi keselesaan kepada golongan OKU. Kunjungilah blog kami di http://access4disabilities.blogspot.com. Semoga kita dapat bekerjasama. terima kasih...:)