Sunday, March 08, 2009

OKU BERSEDIAKAH MENUNTUT HAK?

oleh: BULETIN PRIHATIN

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF, (Peguambela & Peguamcara), Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Sesi 2008-2009.

SEBAGAI seorang OKU, pewartaan Akta OKU 2008 tentunya terus membuahkan pengharapan. Akta yang memperuntukkan hak di di sisi undang-undang kepada OKU tersebut terus mendatangkan sinar harapan kepada OKU untuk menikmati kehidupan yang lebih sejahtera. Bukan sekadar OKU, ibu/bapa OKU adalah antara insan yang lebih-lebih lagi terkesan dengan penggubalan Akta tersebut.

Di sebalik penggubalan Akta tersebut, kedapatan juga halangan-halangan yang terpaksa dilalui ke arah pelaksanaannya. Karenah birokrasi antara jabatan dalam sesebuah kementerian dan kurangnya intigriti rantaian antara kementerian-kementerian dalam menyediakan hak-hak kepada OKU telah dikenalpasti dalam memberi kesan penguatkuasaan Akta ini. Para penggubal Akta ini telah awal-awal lagi menghidu situasi ini lantas suatu majlis yang menggabungkan fungsi agensi-agensi kerajaan dibentuk yang dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Bagi OKU dalam Akta tersebut.

Sebagai seorang yang mendokong kerajaan pilihan rakyat, saya ingin melihat yang terbaik dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Justeru pelbagai saluran perlulah dimanfaatkan bagi menggerakkan agensi-agensi yang terlibat agar kewibawaan kerajaan yang ada tidak mudah dipersenda di mana-mana peringkat.

Bagi tujuan iut, kesepakatan telah dicapai di kalangan sekumpulan peguam-peguam hak asasi untuk turut sama membantu OKU dalam menagih hak di sisi undang-undang yang ada. Namun begitu, tindakan somborono bukanlah pilihan yang bijaksana melainkan perlu diatur agar saluran yang ada benar-benar menghasilkan apa yang dimatlamatkan.

Kepada OKU yang terjejas natijah dari kegagalan mendapatkan hak-hak yang sepatutnya sama ada dalam aspek pendidikan, pekerjaan, akses ke tempat-tempat awam atau lain-lainnya, bolehlah memberi maklumat-maklumat berkaitan terus kepada saya melalui blog ini atau emailkan kepada mfcy76@gmail.com.

Selain itu, saya bersedia untuk memberi penerangan lebih lanjut berkaitan apa yang dipaparkan di sini. Semoga usaha ini sedikit sebanyak menambah sinar kepada OKU yang selama ini terus mencari sinar cahaya tanpa jemu. – 11 Rabi'ul Awal 1430H.

15 comments:

mOEha Aziz said...

salam,

satu usaha yg sangat baik... sebaga OKU saya dah lama nantikan sesuatu yg lebih baik utk generasi akan datang... moga usaha murni ini akan berjaya...

Water Lily said...

Salam

Usaha yang sangat mulia. Mudah-mudah Akta OKU, tidak hanya tinggal di atas kertas.

luaskanmata said...

Salam semua:

Saya dapati blog ini menjadi antara blog tumpuan OKU dan ibu/bapa OKU. Harapnya suatu pertemuan ringkas dapat diatur untuk dibincangkan hal yang diperkatakan dengan lebih baik.

Sebagai contohnya, bagi OKU yang dinafikan hak pendidikannya keranan dikatagorikan sebagai "uneducable", kami memerlukan fakta dan keterangan lengkap. Antaranya termasuklah surat penolakan sekolah atas kemasukan OKU terbabit. Untuk tujuan tersebut, kita perlu lakukan secara bijaksana.

Tindakan undang-undang ini bukanlah sebagai memprotest mana-mana pihak. Kita hanya berusaha untuk menjadikan kehidupan OKU itu lebih baik.

Selain itu, kita tidak bertujuan menyerang mana-mana pihak politik. Sesiapa sahaja yang kurang menyedari hak-hak OKU perlu diber kesedaran dengan apa jua cara sekalipun.

Salam jihad.

babah said...

ayuh kawan2! Kita bergerak..
perkataan 'sabarlah' dan 'berbaik sangkalah' yg selalu mereka ucapkan pada kita takkan merubah apa2..

annisa sewaktu kecil sering dicucuk utk diuji darahnya, bulan berikutnya perkara yg sama dilakukan kerana rekodnya hilang- kami pun sabar dan berbaik sangka..

annisa pernah dikatakan mengidap mitochondrial disease lalu pembedahan muscle biopsy dilakukan iaitu menebuk pehanya dan diambil sel otot pehanya utk dikaji di Australia...dah 6 tahun kami tak tahu apa jawapannya- berbagai usaha dilakukan utk mendapatkan rekodnya termasuk menggunakan staf dalaman atau doktor dari hospital lain- gagal! (sabar dan berbaik sangkalah lagi!)

berjumpa pihak2 yg bertanggungjawab, menghantar proposal dan kertas cadangan, disambut dengan baik tapi lepas tu senyaapp- berbaik sangka dan Sabarrr!

- kali ini kita mesti nekad, berbaik sangka dan terus sabar tanpa ikhtiar akan menggagalkan potensi anak2 kita atau generasi seterusnya yg seperti mereka..Ayuh Kita mulakan walaupun penyudahnya mungkin disempurnakan oleh org lain, tak mengapa!

Cicit Kulup Sakah said...

salam..

setelah lebih kurang seahun memerah otak..25/3 ni ade final presentation rekabentuk kerusi utk adik dn kakak..dan sekarang masih di peringkat akhir menyiap kan prototype..insyallah setelah semua selesai adinda akan open blog adinda utk tatapan umum bg komen tentang rekabentuk dan hasil idea adinda..mintak maaf buat masa ni adinda xleh nk open blog kepada umum atas sebab2 hak rekacipta.biasa lah kt luar tu byk BUAYA yg tggu nk terkam n rampas hasil org lain yg memerah idea dan keringat..bebanyak2 terima kasih dari adinda kepada family adik dan kakak yg bg kami idea asal project ni..ni je yg adinda dpt tlg sbb nk tlg duit adinda pun pokai...hahahhaha.

cicit kulup sakah said...

tabik spring kt ibu bapa yg ade anak istimewa sbb mampu bersabar dan bertahan.kami yg g ke agensi kerajaan dan hosital dlm usaha menyiapkan alatan utk anak2 istimewa ni pn dah rasa perit sebab ditendang kesana kemari dgn kerenah birokrasi...mentang2 lah anak diaorg ok..'sabarlah' dan 'berbaik sangkalah' hotak ko!!!!

cicit kulup sakah said...

tabik spring kt ibu bapa yg ade anak istimewa sbb mampu bersabar dan bertahan.kami yg g ke agensi kerajaan dan hosital dlm usaha menyiapkan alatan utk anak2 istimewa ni pn dah rasa perit sebab ditendang kesana kemari dgn kerenah birokrasi...mentang2 lah anak diaorg ok..'sabarlah' dan 'berbaik sangkalah' hotak ko!!!!

babah said...

yes..tq..thats what adinda's for! hahaha! tonggang langgang!

mama said...

moeha azin,

mari kita sama2 sokong.

water lily,

harap anda juga boleh menyumbang.

Luaskanmata,

kami sendiri pun tak larat sebenarnya mmg mengharapkan org2 seperti anda. tk

babah,

kalau nak cerita satu hari satu mlm pun tak abis. boleh bikin nangis...

cicit kulup sakah,

harap jadi realiti. tk. yg penting free dan semoga dapat keputusan yg baik di dlm final exam. dapat gaji besor.

luaskanmata said...

Salam semua,

Sebagai seorang OKU, saya hanya mencari jalan agar mereka yang terkemudian tidak melalui keperitan yang selama ini saya sendiri alami.

Jika sesuai, boleh tak kita pakat2 aturkan suatu perbincangan konkrit ke arah pelaksanaan secara perundangan.

Inilah gunanya cyber.

Salam jihad.

KayVin said...

1. lorong khas utk kerusi roda dan pengguna yang mepunyai masalah penglihatan harus dibina.

2. sistem kebajikan utk OKU harus dirombak, terutamanya pendidikan

all humans have the right to study and lead a normal life.

In my university, there's almost 30% of OKU studying.

Dari Polio hingga ke murid bermasalah penglihatan.

Anonymous said...

salam,
Saya seorang ibu kepada anak sindrom Down yg mempunyai masalah jantung(VSD,ASD,PDA)yg berusia 5thn.
nak tahu JKM ada menyenaraikan hak OKU yg berdaftar, salah satunya pemotongan 20% harga rumah rakyat(Saya mohon rumah kos rendah).
Adakah saya layak untuk mendapat pemotongan?

Anonymous said...

Saya begitu prihatin terhadap OKU yang dinafikan haknya oleh Jabatan Pendidikan hanya kerana mereka memakai pampers, hyperactive,anak cerebral palsy dan lain-lain lagi. Bukannya mereka uneducable tetapi guru di sekolah tidak kuasa untuk membersihkan mereka sekiranya mereka terlepas. Akibatnya golongan ini tidak dapat ke sekolah dan dihantar ke pusat jagaan lain sama ada swasta ataupun Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Sedangkan di PDK pula lain pula ceritanya ....Bukannya mereka ini uneducable tetapi ini semua dilabelkan oleh orang yang dikatakan normal...malahan ada juga yang orang dalam kategori uneducable ini menjadi pensyarah dll misalnya Mozart sendiri cacat...bukankah begitu?
jadi tolonglah Jabatan Pendidikan buka mata..buka hati dan berilah mereka yang dikatakan sebagai uneducable ini peluang untuk belajar di sekolah sama seperti yang normal.
Jika di PDK itu diletakkan yang di bawah 7 tahun tak mengapalah tetapi sedangkan ada yang berumur 9 tahun pun tak dapat ke sekolah... kasihan saya melihat mereka.... dianaktirikan oleh orang di jabatan yang dikatakan normal tu .....

Anonymous said...

Hello. And Bye.

Anonymous said...

yerohi
anak tongod
saya masih perlu rawatan pakar tapi selalu batal kerana ayah tak dapat cuti kerana berkerja d lain kawasan.cam na ni...sya nak ayah d pindahkan di tempat kami, supaya dapat hantar ke hospital kent sandakan.