Friday, September 19, 2008

apabila kancil nak berak besar macam gajah!

kakak : orang tua-tua ada berpesan "kalau ukur baju biarlah di badan sendiri".. kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga! Kalau kancil tu kancillah, janganlah nak berangan berak sebesar gajah!

adik : membebel pasal apa pulak?

kakak : karnival Ramadhan tempat mama kita niaga tulah! sebuah syarikat yang tiada kemahiran itu telah dipilih menjadi penganjur, mungkin kerana beberapa faktor 'tertentu' dia terpilih, akhirnya tak mampu buat, depa 'sub' kat orang lain, penyudahnya kos meningkat sewa satu tapak sebulan rm3000 menyamai satu tapak di KL...ini Kajanglahhh!!

adik : dia kata kemudahn diberikan lebih baikkan? Khemah yang selesa, ada deejay, ada sponsor dari Celcom!

kakak : khemah tu tertutup dan penuh iklan celcom! Dengar khabar celcom taja banyak ribu juga! anehnya mengapa kos tajaan tu tidak menampung sewa itu malah mahal tau?

adik : adik tahu! ada mak cik OKU yang kudung tangannya beritahu mama dia tak dapat berniaga di situ seperti tahun lepas sebab tiada rm3000, tak boleh tolak ansur ke?

kakak : nampaknya dunia ni sudah jadi sendirian berhad! siapa tiada wang, tiada tempat!

adik : tahun lepas rm1800 tapak 20X20 kaki, tahun ni rm3000 10X10kaki! pelik! ramai orang lalu lalang tak tahu pun ada karnival kat situ, promosi kurang malah khemah tu tertutup seolah-olah ada acara persendirian...mereka menyangka promosi Celcom sebab posternya ditampal keliling!

kakak : diharapkan pada yang berkenaan tolonglah, kalau tak mampu janganlah tawar diri menjadi penganjur hingga menindas peniaga, mereka boleh bayar tetapi dalam keadaan ekonomi lembap dan susah ni, mungkin mereka akan bayar dengan rasa tidak redha!

3 comments:

matcomot said...

dengan DUIT...
kita akan dapat DUIT
kita akan dapat kuasa

mcm lagu kembara tu..duit duit..

kerana duit semua jadi gila....

apa nak buat........

kat duit muka gambar org dah meninggal.sebab tu berhantu..

hang raya kat mana?

Hakim Fahmi Awang said...

bro..

naik sedih pulak aku tengok blog ni..
x tau nak kate ape..
aku rase mcm aku yg rasa keperitan mereka dan ORANG SEKELILING mereka..

Tersirat sebuah keperitan di sebalik semuanya..

Semoga tabah selalu.. Salam Pejuang..

AKUOKU said...

bang kodey,

relaxlah jgn sedih2. kami biasa2 aje. apa saja yg kita lihat menunjukan kebesaran Allah S.W.T.