Monday, September 08, 2008

okb di bulan berpuasa!

kakak : dik! apasal bulan puasa ni banyak rancangan memasak je di tv semua channel..

adik : sebab bagi depa puasa itu maknanya tahan lapar dahaga..jadi objektif puasa
bila sampai waktu maghrib mesti makan sedap2..jadi depa sediakanlah resipi2 untuk
makan-makan!!

kakak : masa sahur kita dah fikirkan apa nak makan berbuka nanti..maa berbuka kita fikir lak
apa nak sahur nanti? hisyyyy...maaaakkaaaaann kee!!
puasa tu apa?..kenapa tv kita tak penuhi dan ajar anak2 apa fadhilat ramadhan

adik : bukan anak2 je kak..orang tua pun masih tak fahami rahsia ramadhan..

kakak : tu belum masuk lagu Raya dah berkumandang di pasaraya2..sungguh menghina
seolah2 raya tu pesta-pestaan pulak!!

adik : ya! raya tu maknanya Cuti umum, rehat-rehat di rumah sambil tengok tv ada nyanyi2
tetamu kalau nak datang kena telefon dulu atau tunggu kami buat "open house"..
lepas tu datang rumah tak perlu borak2 erat silaturrahim, sibuk sms dengan orang lain!

kakak : ouihhh!! membebel nampak! biasalaahh!! Okb (orang kurang berfikir!)!!

2 comments:

mountdweller said...

saya berpendapat hanya 30% jer melayu yang mengaku beragama islam di malaysia yang benar-benar faham apa itu puasa mengikut ajaran islam, puasa yang dikehendaki oleh islam.

yang lainnya puasa sekadar mengosongkan perut untuk diisi secukupnya apabila berbuka.

pernah terjadi kepada saya di hari akhir puasa, saya bersama keluarga lain di utara. keluarga ini sebuk menyediakan juadah raya, saya pun ikutlah sama tolong. kacau dodol, nasi manis, bakar lemang, kacau serunding. tiba-tiba lebih kurang jam 10.30 pagi keluarlah air batu sirap dan kueh. saya ingatkan untuk yang perempuan tidak boleh puasa, rupa-rupanya untuk lelaki kat luar sini!

di akhirnya baru saya sedar yang hanya saya seorang dari ramai lelaki kat luar ni yang berpuasa!

Aku oku! said...

barangkali mereka tiada upaya berfikir siapakah yg memberi mereka kudrat untuk melakukan kerja2 tadi..bagaimana kalau hari itu Tuhan menyemputkan nafas mereka seperti kami yg ada athma! sudah tentu mereka menyesal sbb tak mampu bergerak bebas!