Friday, October 17, 2008

hak OKU dicabul!!

salam semua! maaf lama tak update blog! Syok sangat beraya! namun begitu kami OKU berasa sungguh terhina apabila hak-hak kami sering dicabul. Gambar di bawah diambil di sebuah pasaraya Giant. Tempat parking OKU ini di'block' tak boleh parking. Bagaimana OKU nak parking jika parking awam penuh, terpaksalah kami parking jauh dan berjalan bertongkat atau berkerusi roda untuk masuk ke pasaraya..
pihak pasaraya menyediakan tempat sekadar melepaskan batuk di tangga. Pada waktu malam, restoran ini akan meletakkan meja kerusinya di ruang parking OKU. Babah pernah bertengkar dengan pengawal keselamatan di situ apabila babah membuka 'block' tersebut dan parking di tempat OKU. Ketika itu mama pergi berniaga. Babah terlampau lapar dan hendak makan di restoran itu. Tempat parking penuh. Babah terpaksa parking di situ kerana senang hendak meninggalkan kami di dalam kereta sambil babah makan di meja berdekatan dengan kami. (kereta kami ada sticker OKU)..Pengawal keselamatan marah kerana babah mengalihkan penghalang tersebut dan apabila babah memberitahu masalah, pengawal mencadangkan babah pergi parking ke tempat OKU 50 meter dari situ kerana tapak parking itu telah disewa pada waktu malam oleh restoran tersebut. Babah naik angin lalu menengking "Mana pergi hati perut kamu? Takkan saya nak tinggalkan 2 orang anak OKU saya dalam kereta 50 meter jauhnya pada waktu malam?"..selepas bertengkar barulah kami dibenarkan..tapi mengapa selepas bertengkar dan meninggikan suara baru nak faham?



pihak pasaraya lebih mementingkan keuntungan apabila membenarkan ruang parking OKU disewa oleh syarikat jual kereta membuat pameran keretanya.. bagaimana dengan kami? Tergamak anda melihat insan-insan OKU yang terpaksa bertongkat, berkerusi roda parking di tempat awam yang jauh dan terengsot2 masuk sedangkan meeka membeli dan menjadi pelanggan kamu?









7 comments:

mountdweller said...

Anakanda,

Itulah manusia yang punya akal tetapi tidak punya budi. Pihak kerajaan pun tidak ada kesungguhan untuk mewujudkan kemudahan yang sepatutnya diterima oleh golongan ini sebagai warga negara.

Kassim Selamat said...

Salam,
Beginilah nasib kita sbg OKU.

Kemudahan OKU disalah gunakan.

Che Moq said...

salam,

Biasa la manusia..tidak semua mendapat haknya..banyak yang dinafikan..lagi-lagi oleh pihak yang tiada otak..namun masih ada yang mempunyai hati dan belas kasihan..seorang dalam seribu..sedih melihat prasarana oku di malaysia..di luar negara nasib oku lebih baik dan keprihatin tinggi..

hasbul said...

oku di m'sia takkan maju dek orang yg brfikiran macam diorg ni....nak slah kan sape....ni la m'sia....

rajauda said...

malaysia boleh!. belanja bilion2 naik ke langit, buat tower paling tinggi, buat litar F1, susun pelita paling panjang di dunia bla, bla....... TAPI benda mcm ni pun tak boleh satle.

Zkanobi Pakya said...

Aku selalu melihat tempat paking untuk org oku di salah guna oleh org normal untuk paking kereta mereka.di mana harus kita buat aduan kalau kita melihat tempat paking kereta oku di salah gunakan oleh org normal?

Zkanobi Pakya said...

Aku selalu melihat tempat paking untuk org oku di salah guna oleh org normal untuk paking kereta mereka.di mana harus kita buat aduan kalau kita melihat tempat paking kereta oku di salah gunakan oleh org normal?