Wednesday, December 03, 2008

3 Minggu tak jejak tanah!....


2002 dan 2003..

Tahun-tahun penuh liku! Kakak keluar masuk wad..pantang tersedak susu sikit, jangkitan paru-paru akan berlaku dan sudah pasti masuk wad seminggu..diX-Ray entah berapa kali setahun! Tapi kakak tetap kakak...ketenangannya kadang2 menakjubkan..
Bagaimanakah anda rasa jika anda diserang batuk tanpa henti selama 12 jam atau anak anda batuk selama itu? Sampai doktor on-call mengeluh sendiri tak tahu apa punca..kakak tak boleh cakap.."macamana ni?aduhh!" keluh doktor wanita itu...Babah memejamkan mata berdoa agar Allah memberitahu apakah punca kakak batuk dari jam 4ptg hingga 4pagi tak berhenti...akhirnya babah berkata "Doktor! Tolong cabut ryles tube di hidung dia. Mungkin tekaknya luka atau rongga hidungnya sakit..Doktor akur lalu mencabutnya...Dan benar!! Kakak terus tidur seperti tiada apa yang berlaku....

waktu itu mama sedang mengandungkan adik..semangat mengatasi semua itu..mabuk mengandung bagaikan hilang dan mama menjaga kakak di wad 3 minggu tanpa menjejakkan kakinya ke tanah atau keluar dari wad tersebut!

Malam mama akan tidur di sebelah kakak atas katil yang sama dan babah akan menjaga kakak di sudut katil. Terima kasih pihak hospital ternama yang membenarkan kami sekeluarga bermalam di situ..walaupun tidak boleh tetapi mereka buat2 tak nampak saja, tapi kami faham..ada masanya babah akan keluar..kerana tika itu keadaan kakak amat bahaya, jika dia terbatuk tengah malam babah akan memangkunya kerana khuatir otot paru2 kakak kejang dan boleh membawa maut!

Babah menjaga kakak dengan duduk merenungnya tanpa tidur sehingga subuh...

"apa yang kau buat sepanjang malam itu?Tak bosan ke?" tanya kawan babah..

"Aku berbual dengan diriku sendiri..."

kadang2 babah akan menunggang motosikal yang Ayah Teh pinjamkan pada waktu malam merayau ke serata KL dan kadang2 tidur di tepi2 jalan..esoknya babah akan mucul semula di pintu wad ..Boss tempat kerja babah sangat sporting dan tidak rekodkan cuti 3minggu babah..Alhamdulillah...

BROOOMMM!! motosikal Jaguh babah membelah dingin malam di ibu kota...adik beradik ipar duai bukan tidak mengajak tinggal dan tidak mahu menolong,..mereka sungguh2 ingin membantu tapi tidak mengapa.......

Babah malu kerana ujian ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan perjalanan Rasulullah SAW!

6 comments:

Roti Kacang Merah said...

...waduh, what an inspiring fight, wahai keluarga Fendi...

aku said...

salam..
hebat..! anak acik nangis tengah malam pun acik dah menyirap.. moga2 acik tak dicobaNya seperti kalian.acik tak sekuat itu..
moga kalian bahagia selalu..

mountdweller said...

Pak Cik kagum dengan kegagahan dan ketabahan Babah dan Mama sekeluarga juga Kakak yang kental melawan sakit. Insya Allah akan dirahmatiNya.

Kalau pun Pak Cik ada juga dugaan menjaga anak tapi tidaklah sesakitnya Babah dan Mama.

Anak sulung Pak Cik, Along memang mendapat athma ketika dilahirkan kerana lemas. Maka menjadi kebiasaanlah bagi Pak Cik berkejar ke HUSM KB pada jam 3 atau 4 pagi. Tapi alhamdulillah sekarang Along sudah ok.

AnEeP said...

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...
insyaALLAH, akan dibalas segala usaha dan kesabaran babah dan mama menghadapi dugaan dunia...
buat saye rase kuat semangat lagi nak teruskan perjuangan...

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Salam Aku dan keluarga yang tersayang, saya sangat bersimpati dengan ujian Tuhan kepada saudara, di dalam Al Quran menyebut, "Tidak beriman seorang yang beriman selagi dia tidak Aku uji"

Ya Allah Ya Tuhanku, kau peliharalah keluarga ini, dan Kau sembuhkanlah penyakit keluarganya amin!

matcomot said...

aku tak suka datang blog ni..
emosi akan terganggu.
tapi sebab hang fendi aku datang juga.

semua kengkawan berpendapat yang sama..masuk sini emosi jadi bercampur baur..

tapi hang memang kental,tabah dan entah apa lagi....

sabar rasanya tak lama agi ada sesuatu........