Friday, April 17, 2009

ANAK AWAK KENAN

Anak awak ni KENAN!!!!!!!!!!!!. huish .... panas telinga kalau ada yang berkata begini kepada kami. lepas tu mereka-mereka ni akan mengesyorkan pada anda dukun atau bomoh atau ustaz, kata mereka "anak saudara; jiran; anak kawan etc... sama macam anak awak tapi bila dia pi berubat kat situ, sekarang dah boleh jalan", sebagai contoh ayat..... jadi apa kita nak jawab pada mereka-mereka ni ya.

penat nak layan. malas nak layan tapi kalau tak layan dikata sombong. nanti dikata pula dah ada anak macam tu pun nak sombong; tak sedar diri..... dan kalau tak jawab apa-apa rasa tak puas hatilah pulak, nanti bila sampai rumah tak habis-habis dok kata ngapalah kita tak jawab tadi....

untuk pembaca dan kawan-kawan jangan ikut saya dan suami nanti orang menyampah kat kita. saya dan suami ni memang pantang bab kenan-kenan ni. Jadi inilah 2 jawapan lazim yang akan kami berikan pada yang gatal-gatal mulut tu....

1. Iya memang anak kami ni kenan... DIPERKENANKAN OLEH ALLAH MENJADI AHLI SYURGA TANPA DI HISAB. ini bukan saja-saja cakap tetapi itulah doa kami semasa anak masih di dalam kandungan lagi.

2. tanya balik pada penanya yg berkenaan, "KENAN? KENAN APA, KENAN MONYET KE". maaf ini kasar sikit kalau berani bolehlah kalau tak jangan di buat-buat.

sombong dan kasar bunyinyakan. tapi saya rasa tak ada jawaban yang lebih baik dari itu. bukan apa kadang-kadang menyampah dah dengan soalan yang boleh MEROSAKKAN AKIDAH ni. jangan pelik kadang-kadang ada mak aji atau kakakbertudung labuh, pak cik atau abang yang dahinya lebam bertanyakan soalan yang mengarut ni. jangan buang masa berceramah dengan mereka sebab puak-puak ni susah nak di turning over.

ingatlah manusia itu sebaik-baik kejadian. suka saya berkongsi pendapat dan pegangan saya iatu.... KITA SEDANG, DIUJI OLEH ALLAH DENGAN UJIAN INI (ANAK ISTIMEWA), JADI JANGANLAH KITA BERPALING DARI NYA, JANGANLAH KERANA PERBUATAN KITA YANG SIA-SIA (percaya kenan) ALLAH MURKA PADA KITA DAN KESUDAHANNYA KITA TIDAK MENDAPAT REDHANYA".


Entry ini bukan untuk menunjuk pandai atau mengajar hanya untuk berkongsi cerita dan pengalaman. seperti kata saya di atas saya sedang di uji dan sesungguhnya TIADA DAYA UPAYA SAYA MELAINKAN DENGAN KUASA NYA. Setiap penyakit ada ubatnya dan janganlah berputus asa, asalkan tidak bertentangan dengan agama dan tidak merosakkan akidah berusahalah. fahami dulu apa penyakit dan kecacatan anak kita untuk mengelakkan kita melakukan pekara yang sia-sia.


Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Wallahhuallam.

11 comments:

yatie chomeyl said...

jadi ibu mengandung pon kadang2 org x bg tgk bukan2..konon2nya sebab kenan...gitu kan kak? nasib baik duk sini, jd xde la sape2 yg reti nk sebut perkataan kenan tu hik3x...

tabah selalu ye kak ;)

Aku oku! said...

tulah yang boring. mcm mana nak majukan asyik dok kaji-kaji benda yg bukan-bukan. semoga bahagi di sana.

Water Lily said...

Salam

Jika tidak salah,saya juga pernah menulis tentang ini(kenan) pada entri "Yaya si Ku-kupu". Saya menulis secara fiktif. Memang,saya juga ada pengalaman yang sama. Dulu2,dilarang lalu di belakang orang hamil. Takut anak mereka jadi macam saya.

Semoga tabah hendaknya.Ameen!

Aku oku! said...

water lily,

hebat dugaan anda kalau saya mau makan penampar org tu. he he samsing .

tabahkan hati mu.

kulupSakah said...

yg jadi drug addict tu kenan apa? jadi bohsia tu kenan anjibg betina kot?

mountdweller said...

Salam.

Allah jadikan sesuatu itu bersebab. Tawakkal dan redho' adalah ubat hati yang paling mujarab. Allah mengasihi manusia yang hatinya penuh dengan keredho'an.

Atiesya said...

Salam...setiap kejadian ada hikmahnya..setiap kekurangan ada kelebihannya..bersabarlah...kerana kita tidak dapat menutup mulut orang. orang ada mata melihat,ada mulut berkata..kekadang2 mereka x pk kata2nya menyakitkan hati orang lain..telah ku lalui berbagai onak dan duri sepanjang hidup yang bergelar oku sedari lahir lagi.redha dan pasrah..hidup ini hanyalah sementara...biarlah apa orang nak kata yang penting kita harus bersabar...sebagai hambaNya tidak akan terlepas dari ujian..itu menandakan Allah sayangkan kita...salam taaruf wassalam...

Aku oku! said...

pak din @ atiesya,

ya benar kata anda. yg cuba saya sampaikan di sini ialah berkenaan dengan kepercayaan KENAN ini yg wajib di buang kerana ianya boleh merosakan iman seseorang.

pekara ini nampak kecil tapi kesan pada umah dan individu itu sendiri sangat bahaya. ia boleh jatuh syirik kerana mempercayai kuasa lain selain ALLAH. ]

kulupSakah said...

Laqad khalaqnal insana fi ahsani taqwim..thommaradanahu asfalasa filin..dan seterusnya!

Sesungguhnya dijadikan insan itu sebaik2 kejadian kemudian direndahkan martabatnya lebih hina dari haiwan kecuali siapa?

baca ayat itu dan tahulah kita siapa yg hina di sisi Allah swt..bukan kecacatan fizikal dan mental tetapi?

alang said...

haha. Nilah salah satu perangai buruk org melayu. Kena tu skit,kenan. Kena mcm ni plak, kenan jugak. Adei. Klau la mcm tu, denggi pun kenan jugak la eh. Kenan si nyamuk.haha. Jgn marah ye akak.

文章 said...

餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡