Monday, April 13, 2009

SPECIAL ENTRY

ALHAMDULILLAH HIRABBIL ALLAMIN.

Kakak dan 8th dan adik dah 6th. sepanjang itulah aku dan suami telah melalui berbagai-bagai pengalaman, dan pengalaman itulah yang mahu ku kongsi ruangan ini. kalau nak di tulis di sini mungkin tak akan habis-habis tapi harapan ku tulisan ini dapat menjadi panduan kepada pembaca di luar khasnya pada mereka yang mempunyai anak istimewa dalam mengharungi dan menghadapi meknah manusia yang tak faham atau kadang-kadang menyakiti hati kita. sesungguhnya cabaran dan dugaan yang kita harungi hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu

jangan harapkan tulisan ini akan menitiskan air mata atau menyebakkan hati anda kerana aku tak akan berbuat begitu sama sekali. di bawah ku perturunkan sedikit petua untuk anda semua.

1. Yang paling utama REDHA . Dan katakan pada diri kita bahawa inilah yang terbaik untuk kita. Aku selalu di ingatkan oleh suami bahawa "kita mungkin akan jadi manusia yang paling teruk kerana mempunyai anak yang bijak atau comel". Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Tidak salah menangis tapi jangan sampai kesedihan menguasai kehidupan. Ingatlah anak kita memerlukan kekuatan kita.

2. Suami dan isteri perlu duduk berbincang. Jangan ada salah menyalah walaupun di dalam hati kerana ini akan merosakan hubungan. dan ingatlah serta tanamkan di dalam jiwa kita bahawa anak kita faham apa yang terjadi. jangan sesekali bergaduh di depan mereka. Pasangan perlu lebih bertimbang rasa.

3. Luangkan masa. anak istimewa kita perlukan belaian dan perhatian 5 kali ganda dari anak-anak normal. Terangkan dan tanamkan pada diri anak-anak yang normal bahawa adik; kakak; abang mereka perlukan kita untuk membantu dan ini tanggungjawab orang yang sihat. sebenarnya tak susah contohnya kita boleh pangku anak kita sambil membaca blog, sambil nonton tv dan terpulang pada kreativiti kita.

4. kita akan berhadapan dengan keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang tak peka langsung. kalau anda ada anak istimewa pasti anda faham apa maksud saya. jangan cepat terasa hati. biarkan pekara itu berlalu seperti angin lalu. memang cakap-cakap dan perbuatan orang yang tak peka ini amat menyakitkan hati.

5. dari segi makanan untuk anak istimewa, jgn takut untuk mencuba memberi resepi yang baru. kasihan mereka, saya selalu terjumpa kawan-kawan yang senasib, kadang-kadang anak tu dah berumur 10th masih diberi makanan yang sama, ingatlah mereka perlukan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Mungkin di entry akan datang saya akan beri resepi dan cara-caranya. mereka pun nak makan sedap juga. Insyaalah.

6. Jangan simpan anak kita di dalam rumah. jangan sedikit pun ada perasaan malu atau susah. bawalah mereka keluar. berilah mereka peluang merasai nikmat kehidupan ini seperti orang yang normal. Jangan takut pada cuaca panas atau sejuk mereka perlu merasai ini semua. bawa mereka ketika pergi shopping, makan di restoran, pergi taman, mandi air terjun dan di mana saja, yang paling syok pi demo he, he, he.... tapi jangan tak percaya anak saya lebih seronok pi demo dan ceramah dari pi rumah orang kawin.

Sebenarnya banyak lagi tapi cukuplah setakat ini dulu. sesiapa yang ada idea boleh komen. saya masih belajar. Jika berkesempatan bagi sesiapa yang belum membaca SIRAH RASULLULLAH harapan saya dapatlah kiranya luangkan masa membacanya kerana terlalu banyak yang kita dapat pelajaran dari perjalanan hidup Baginda S.A.W.

Ingatlah kita sangat beruntung kerana di kurniakan oleh Allah S.W.T anak istimewa. pandang wajah anak kita maka sesungguhnya kita memandang seorang AHLI SYURGA. dan sesungguhnya sangat bertuahlah kita kerana diberi kesempatan untuk berkhidmat kepada seorang Ahli Syurga. Lapangkan dada dan ikhlaslah dalam segala perbuatan. oh alangkah indah dan bahagianya. Terima kasih Ya Allah.


-mama-

8 comments:

yatie chomeyl said...

abg saya juga sedikit istimewa dan arwah ma x pernah beza2kan dia dgn anak2 yang lain. tapi kami selalu di ingatkan untuk menjaga dia tp berkat didikan arwah ma, abang dah boleh berdikari dan jaga diri sendiri sekarang. semoga anak2 akak pon mampu menjadi sekuat abang saya :)

ita zakaria said...

salam kak, ita sgt2 terpukul dgn entry akak nih. dalam hati tak henti2 bersyukur..ita jugak ade anak 'istimewa'...ape yg akak dah lalui, pernah ita lalui juga dgn suami. tapi akak lebeh dulu makan garam. setiap kata2 akak tuh pemberi semangat, kekuatan pada ita utk terus membesarkan amanah Allah nih. terima kaseh yer kak sebab berkongsi 'resepi' dalam menjaga anak seistimewa anak kite..

ita nak tau cane nak beri mereka makan macam2. buat mase nih, mmg ita dah cube, tapi anak ita akan cepat susah berak & berak keras. thanx yer kak..

mama said...

Yatie,

tk krn kongsi pengalaman. tahniah utk anda sekeluarga terutama almarhumah bonda yatie. semoga arwah bahagia di sana. bila nak balik malaysia?

Ita,

semoga kita beroleh redhaNya. Insyaalah akan diberikan menu istimewa dan cara2 mudah utk membuat dan memasaknya. semoga

aku said...

salam babah,mama,kakak dan adik..

acik tabik pd babah dan mama.. (tabik sangat2) acik tak ada kekuatan camtu..

ari ni alya dapat adik pompuan..

kak awwa said...

Salam kenal..salam ziarah terjumpa blog ini..entry yg menarik...

sham said...

salam,
saya tabik anda berdua selepas beberapa kali melihat layanan yang diberikan kepada anak anak.

Hats off to both of you.

Aku oku! said...

terima kasih semua.

pc aku,

tahniah. semoga semua sihat. nanti kami datang melawat babay baru.

kak awwa,

salam perkenalan

bro sham,

tq for the complementary.

alang said...

Tahniah akak dan abg kerana tabah menempuh segala cabaran. Klau saya di tempat akak dan abg, entah lah. Apapun saya akan sentiasa doakan kakak dan adik supaya sentiasa sihat.