Saturday, July 25, 2009

Assalammualaikum......

Telah berminggu-minggu tak update blog kerana penyakit M melanda. Bukan tak de cerita banyak tapi ah.............. malas. Mintak babah A&A updatekan dia pun sibuk memanjang dengan projek... survival.

Apa yang terjadi semenjak kebelakangan ini.........?


1) A&A tidak dibawa keluar kerana wabak H1N1 yang melanda. Terapi di hospital pun ponteng. Aku takut sangat, fobia..... oleh itu kena upah trainner dan tukang urut datang ke rumah. kopak.....

2) Kerja yang tiba-tiba datang bertimbun-timbun sampai dah tak tahu nak buat yang mana dulu... poning kepalo......

3) Kena cari duit lebih untuk back up selepas raya kalau tak kedai kena bungkus... biasalah kalau lepas raya niaga teruk.

4) Ada perancangan besar untuk ke luar negara pertengahan tahun depan.... aku dan suami nak sambung belajar. jadi kena cari duit lebih...... Insyaalah.

Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T. apa pun A&A adalah keutamaan kami. Apa pun yang kami buat mestilah tidak menyusahkan A&A.

Sebelum tu lihatlah iklan terbaru disebelah. Anda pasti memerlukan pada masa-masa tertentu. silalah order.

5 comments:

Noina said...

mudah-mudahan segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar..Amin.. :)

AKUOKU said...

Noina,

semoga kita semua hidup bahagia, aman dan sentosa.

Nabila nak adik tu.... he he jangan marah.

maiyah said...

salam.. Insyaallah segala urusan akan dipermudahkan. Allah mengetahui setiap sesuatu.

yatie chomeyl said...

patutlah lama x berupdate, rupanya penyakit M melanda..hehe.. nak smabung belajar ye akak? semoga di permudahka urusan dan dilimpahkan rezeki buat akak sekeluarga :)

pakngah said...

salam k.sham... berharaplah kpd yg Maha Memberi... tak ada yg sukar bagi-Nya