
SALAM PERKENALAN ! Izinkan kami muncul di sini membicarakan apa yang ingin kami bicarakan....Kami mungkin OKU tapi bukan OKB - orang kurang berfikir. kami cuma ingin berbakti kepada ibubapa, juga memberi peluang insan-insan di muka bumi ini berbakti kepada kami demi sebuah keikhlasan! Demi Tuhan yang mereka sembah dan percaya!

Wednesday, December 31, 2008
Adik sesak nafasss!!

Sunday, December 28, 2008
BANGANG, BAHALOL ATAU HAPA?
kereta-kereta tanpa pelekat OKu (selalunya memang bukan OKU) merompak tempat parking OKU

Saturday, December 27, 2008
Porrraaahhh citt!!

Thursday, December 25, 2008
wahai PEROMPAK ATASAN dan BAWAHAN lihatlah ini!!
Kami lebih gagah dan lasak dari kamu..kamu tak mampu lakukan ini lalu mencari jalan mudah merampas harta orang lain untuk kesenangan kamu..
kamu hina dan jijik!!
jeritan akordian tua
merayap di udara
meniti di hati manusia
yang berjalan di kaki lima
berkaca mata hitam mendendang lagu ehsan
dari kalbu sang insan
Si pemuzik jalanan dengan seribu impian
berpandukan naluri setajam mentari
walau dunia gelap gelita
namun terang cahaya hatinya!!
Wahai perompak atasan- korporat yang keparat dan Pak Menteri pencuri!! lihatlah kami!! kami rela duduk di sini, di jalanan mencari sesuap nasi dari duduk di gedung tinggi makan suap!! Kamulah yang buta! bukan kami!buta perut dan hati!! gagal melihat dengan jelas dalam membezakan halal dan haram..

JANGANLAH KAMU MASUKKAN BENDA YANG HARAM KE DALAM PERUT ANAK DAN ISTERI KAMU, KELAK KAMU AKAN DILAKNATI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM. Siapa lagi yang dapat membela kamu apabila berhadapan dengan kerajaan Allah yang Maha Sakti di akhirat kelak?
Saturday, December 20, 2008
WIRA ..Menempuh Cabaran!!
Tuesday, December 16, 2008
Yennadey makcik?
Yennasurlee makcik ? Apa lu cerita?
kakak dan adik tak fahamlah..dah tahu di Malaysia ada lebih kurang 1.3 juta OKU mengapa tak boleh berfikir kaedah bagaimana untuk merangka dasar OKU? Bukankah negara kita ramai pakar? takkan pakar pun OKb- orang kurang upaya berfikir?
Kena buat study sikit..research..mengapa ramai tak daftarkan anak atau sesiapa di bawah jagaan mereka yang OKu..
ada yang bermasalah, miskin, susah, ditinggalkan suami terkapai-kapai dengan anak oku yang semakin membesar..hii macam2 kami dah jumpa..
Kami yang sudah mendaftar 5 tahun dengan JKM tak pernah dipanggil pun untuk menghadiri sebarang program sama ada seminar ke, kem ke..apa ke..SENYAP DAN SUNYI..
apa sebenarnya OKU?
ramai yang akan membayangkan OKU ni orang yang berkerusi roda, orang buta atau yang bertongkat..TIDAKlah begitu.. mereka hanya kurang tenaga saja tapi aset yang paling penting ialah mereka masih boleh 'berfikir'..mengapa tidak letakkan mereka di tempat2 yang mampu mereka jalankan tugas tersebut seperti di meja2 kaunter- pejabat pos, bank, tol dan sebagainya..ada yang bersuara merdu boleh jadi penyampai radio sebab yang penting bleh berinteraksi dengan baik di radio bukan nak glamer sangat..
OKU yang sebenar ialah yang terlantar tidak mampu menguruskan diri..yang mengharapkan bantuan orang lain..keluarkan belanja untuk buat kajian kerana kami pernah tengok ada syllabus, method untuk Cerebral Palsy di Jepun..
yang sebenarnya- ORANG2 YANG DI ATAS TIDAK MENGHAYATI KEPERLUAN OKU!! TAKKAN APABILA ADA AHLI KELUARGA SENDIRI DITIMPA MASALAH BEGINI BARU NAK INSAF?
dulu pernah ada cikgu sekolah OKu bercerita yang pengetua sekolahnya tidak ambil kisah sangat pasal kelas OKu ni (sekolah tu bercampur, ada untuk oku dan ada yang sekolah harian biasa)..kelas untuk OKU terceruk..program untuk oku tiada sedangkan murid yang pandai2 ada je program, kem lah motivasilah..tapi bila cucunya oku barulah dia sungguh2 mengambil berat tentang kelas pelajar oku..
Monday, December 15, 2008
Kakak dan adik boleh berdiri?


Standing Frame with Machine (menggunakan elektrik dan sistem hidraulik) ini mencecah harga RM6000

Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak membolehkan peralatan splin (macam kaki palsu kat gambar bawah ni) ini diberi percuma. Sepasang berharga RM650 untuk kakak dan sepasang untuk adik? Berapa? Kiralah...

Untuk menyiapkan kasut ini memakan masa 3 bulan, memang nampak sulit dan penuh teliti pembuatannya di HUKM..

Wednesday, December 10, 2008
ANEH! KAKAK ada 2 wajah dalam satu masa?
Cuba lihat wajah kakak yang sedang menangis ni..ekspresi sebelah kanan seakan kurang sedih!

sebelah kanan sebelah pembedahan dilakukan..

sebelah kiri..ekspresi lebih sedih!
TERIMA KASIH GIANT!
sebelum ini kami telah menyiarkan gambar-gambar bagaimana tapak parkir OKu disewakan kepada peniaga2 kereta...
dan mereka telah memberikan kerjasama..mungkin mereka tidak menyedarinya dulu!
sekali lagi TERIMA KASIH!
Sunday, December 07, 2008
SELAMAT PENGANTIN BARU CIKGU ANAND!
Thursday, December 04, 2008
macam kisah Saidina Ali...
Mama tidur setelah seharian berjaga. Babah menunggu kakak di wad sambil membaca buku. Dalam Buku tersebut tercatat kisah Aisyah r.a yang kelaparan dan kepingin makan buah (lupa delima ke zaitun?) lalu Saidina Ali Karamallahu Wajha pun keluar mendapatkannya..ingat tak kisah ni?
Di pertengahan jalan Ali serba-salah kerana ada orang miskin yang sangat kelaparan meminta makan..lalu Ali memberikan buah yang sebiji itu kepadanya.
Aisyah redha apabila Ali menceritakan perihal itu dengan pulang membawa tangan kosong. Tak lama kemudian sahabat mengetuk pintu dan membawa 9 biji buah yang sama tetapi Ali berkata itu bukan miliknya kerana setiap satu kebaikan akan dibalas 10 kebaikan sedangkan buah itu hanya 9 biji. Sahabat tertawa sembari mengeluarkan buah yang sebiji lagi dari dalam bajunya. Tujuannya hanya menguji Ali..
Tengah malam babah kelaparan dan turun bersama seorang bapa (Pak Cik Nordin) yang turut menjaga anaknya yang sakit di situ..Di tempat parking datang seorang lelaki berpakaian seperti pengikut Tabligh meminta Babah sedikit wang lalu babah berkata babah tiada wang tapi babah mempelawanya makan bersama.
"Kalau kau mahu wang, datang jumpa aku pagi esok di wad Pediatrik," pesan babah kepada lelaki itu.
Pagi esoknya dia benar-benar datang dan kebetulan kakak sedang menggigil-gigil kesakitan. Babah memberikannya RM15 dan lelaki ini kemudiannya mendoakan agar kakak sejahtera!
Tengahari kemudian boss babah datang ziarah bersama rakan sekerja dan mereka menyampaikan sedekah..apabila dikira jumlahnya RM150.
babah kemudiannya bagai terdengar suara berbisik, "satu kebaikan dibalas 10!"....
* Dalam tempoh di wad tersebut menyaksikan beberapa orang kawan OKU kakak meninggal dunia, Nurin anak Pak Cik Nordin, Siti Alia anak Pak cik Hafiz, seorang anak milik pasangan sabah dan Indonesia yang sihat tetapi mengalami pendarahan otak..dan babah bersama mama masih terus bersahabat dengan pakcik dan makcik ini..mereka juga menghadiahkan kami beberapa peralatan dan permainan anak-anak mereka yang telah kembali..Terima kasih! Mereka menantimu di syurga!
Wednesday, December 03, 2008
3 Minggu tak jejak tanah!....
Tuesday, December 02, 2008
JANGAN DAHULUI TUHAN!
babah bertanya kepada Prof sampai bilakah tiub ini akan dipasang, Prof bagitahu selama-lamanya dan kalau semakin parah, perut kakak akan ditebuk untuk dimasukkan tiub lain sehingga berhenti bernafas, kerana kakak disyaki ada "Mitochondrial disease" maka Prof menyatakan umurnya tak panjang dan mengikut rekod di Australia paling panjang pun umur 3 tahun...
Sunday, November 30, 2008
Demonstrasi, Reformasi dan Anniversary!
kakak : lupa apa? kan mereka bawak kita ke mana saja- majlis kendurilah, ceramahlah,
demonstrasilah....
adik : laa..bukankah semalam 29 nov? ulangtahun perkahwinan yang ke10?
kakak : yelaahh! mari kita ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 10.MOGA KEKAL HINGGA KE ANAK CUCU!!
adik : anak cucu? Hahaha!! kan kita ni "Rabiatul Adawiyah?" MOGA KEKAL HINGGA KE
AKHIR HAYAT!!
kakak : Betuull!! tengoklah gambar mereka bersanding 10 tahun lalu..huyoooooo!!Hihihi!!
adik : adik bengang juga tengok gambar tu...kenapa kita tak dijemput?
kakak : ...................!!
Friday, November 28, 2008
JKM Primitif?
timbul pertanyaan apakah tiada cara lain? Kerana kebanyakan penerima bantuan mungkin susah nak datang dan terpaksa cuti untuk hari tersebut. Apatah lagi ada yang OKU dan terpaksa menunggu....kami faham penerima mesti membawa kad sah terima yang perlu ditandatangani pegawai yang menyampaikan bantuan tersebut tapi mungkinkah ada cara lain?
ini kerana sistem yang ala penyamun berbaris menerima gaji bulanan dalam Ali Baba Bujang Lapok ini amat berbahaya kerana pejabat JKM dan penerima terdedah dengan bahaya risiko ROMPAKAN yang semakin serius sejak akhir-akhir ini! Pengawalan keselamatan di JKM agak lemah dan mengundang bahaya!
tulisan ini sekadar satu cadangan yang perlu difikirkan sebelum terjadinya tragedi! terima kasih kepada yang ambil perhatian!
Tuesday, November 25, 2008
TERIMA KASIH TENAGA KERJA HOSPITAL SERDANG!
Kakak : Ye ke ? tak nampak pun? Camana pun kami ucapkan terima kasih kepada tenaga kerja Hospital Serdang..Dr. Sara dan pasukan pembedahan yang berjaya! Doktor bius, doktor pediatrik, pakar sawan, nurses wad 5B dan semua yang berjasa yang tak mampu kami bariskan di sini..Allah jua membalasnya!!
Monday, November 24, 2008
KAKAK dah balik!
mama telefon dari wad bagitahu kakak dibenarkan pulang..syukur! Allah memang adil..kami gembira! adik nak belanja kakak makan spaghetty!
Friday, November 21, 2008
KAKAK memang kuat!!

KAKAK SELAMAT DIBEDAH!

Wednesday, November 19, 2008
esok kakak operation!
Terima kasih mama asiah dan Pak Cik hamidi K.bahagian PKR serdang menganjurkan solat hajat malam Jumaat lalu di surau An-Nur Bangi beserta Tn Hj Ghazali dan Qariah selepas kuliah Dr md nor Manuty..
Kawan2 mama dan babah yang sudi datang ziarah- Pakcik Mat Comot, pak cik "Aku" dan keluarga, Timb.Speaker Dun Selangor, Adun Kajang, Pak cik Aleyasak dan Makcik Mariam sekeluarga,pak sedara dan mak sedara serta sepupu-sepupu...
yang sms- ramai!!
KITA JUMPA LAGI! iNSYAALLAH!
Tuesday, November 18, 2008
KAMI YANG REBEL!
Kakak : Babah! sekarang waktu melawatkan?
Babah : Ya..kenapa?
Kakak : Nampaknya tiada siapa melawat kita..apa kata kita melawat seseorang?
Babah : siapa?
Kakak : Mama dan adik!
Babah : hisy!! mana boleh curi keluar dari hospital?
Kakak : alahh! Babah kan kaki rebel? buktikanlah!!
Babah : isy! Budak ni mencabar aku pulak...
Maka terhasillah posting ni setelah babah dan kakak menyelinap keluar bagai fugitive,pulang ke rumah sebentar dan balik semula ke wad setelah tamat waktu melawat seperti tiada apa-apa yang berlaku..hehehe!!
p/s sebenarnya kakak tak berkata macam ni tapi imaginasi babah je..yang rindukan mama sebenarnya babah..hihi!!
Saturday, November 15, 2008
PEMBEDAHAN DITANGGUHKAN MINGGU DEPAN sebab kakak diserang sawan!
pakar bius tak berani meneruskan operation kerana khuatir sawannya akan mengganggu perjalanan pembedahan.
masih di wad 5b Hospital serdang kerana kakak diberi rawatan untuk mengubati sawannya dulu..mungkin makan masa seminggu di wad...
mujur babah free..babah tunggu sepenuh masa!
Monday, November 10, 2008
SAH kakak akan dibedah Khamis ni!
dari,
ANNISA AFFANDI
Friday, November 07, 2008
kakak akan kena OPERATION!!
Pakar mencadangkan kepada mama agar telinga kakak dibedah. Babah takde sebab berkursus. Isnin depan mama dan babah akan berjumpa pakar untuk mendengar penerangan yang lebih terperinci.
Menurut mama, pakar kata major operation ni memakan masa 2-3 jam juga dan jika seorang mak cik menarik diri untuk dibedah Khamis ini, mereka akan memasukkan nama kakak untuk dibedah pada hari itu. Tengkorak di belakang telinga kakak katanya akan digerudi dan akan dibedah. Risikonya sama ada muka kakak akan jadi sedikit senget atau mungkin takkan berlaku..
Adik berasa sedikit gementar...doakan semuanya berkesudahan dengan baik!
Monday, November 03, 2008
kami, cikgu baru dan mesin perangsang saraf!



kalau nak baik, seminggu mesti sekurang2nya 2 sesi..maknanya seminggu RM320, sebulan?
......kami berazam untuk mendapatkan mesin tersebut yang berharga RM12,000.00! mama dan babah kena kerja kuat lagi nampaknya!
Sunday, November 02, 2008
Kakak dah keluar Wad

harap-harap ia takkan berlaku!
dari,
kakak (An-Nisa)
Wednesday, October 29, 2008
Kakak masuk Wad!
mama menemani kakak di wad dan aku mengikut babah ke tempat kerja ke hulu ke hilir..mujur sepupu kami Kak Long Ina ada untuk membantu menguruskan kerja-kerja pengurusan perniagaan mama dan urusan pentadbiran babah...
TERIMA KASIH KAK LONG INA!-
- An- Nur
2.30 ptg Rabu
29 okt 08
Saturday, October 25, 2008
Friday, October 17, 2008
hak OKU dicabul!!
pihak pasaraya menyediakan tempat sekadar melepaskan batuk di tangga. Pada waktu malam, restoran ini akan meletakkan meja kerusinya di ruang parking OKU. Babah pernah bertengkar dengan pengawal keselamatan di situ apabila babah membuka 'block' tersebut dan parking di tempat OKU. Ketika itu mama pergi berniaga. Babah terlampau lapar dan hendak makan di restoran itu. Tempat parking penuh. Babah terpaksa parking di situ kerana senang hendak meninggalkan kami di dalam kereta sambil babah makan di meja berdekatan dengan kami. (kereta kami ada sticker OKU)..Pengawal keselamatan marah kerana babah mengalihkan penghalang tersebut dan apabila babah memberitahu masalah, pengawal mencadangkan babah pergi parking ke tempat OKU 50 meter dari situ kerana tapak parking itu telah disewa pada waktu malam oleh restoran tersebut. Babah naik angin lalu menengking "Mana pergi hati perut kamu? Takkan saya nak tinggalkan 2 orang anak OKU saya dalam kereta 50 meter jauhnya pada waktu malam?"..selepas bertengkar barulah kami dibenarkan..tapi mengapa selepas bertengkar dan meninggikan suara baru nak faham?
pihak pasaraya lebih mementingkan keuntungan apabila membenarkan ruang parking OKU disewa oleh syarikat jual kereta membuat pameran keretanya.. bagaimana dengan kami? Tergamak anda melihat insan-insan OKU yang terpaksa bertongkat, berkerusi roda parking di tempat awam yang jauh dan terengsot2 masuk sedangkan meeka membeli dan menjadi pelanggan kamu?
Saturday, September 27, 2008
ucapan khas hari raya!
Kumpulan
- Pak Su Arip and warga Berita Publishing (terutama Dato Zaini dan saudara2 tenaga kerja)
- Angkatan Karyawan Aktif KL (ANGKA)
- Guru dan staf SM Teknik K.Lipis dan kawan2 area sana
- geng2 sekerja Babah di Kajang
- Pusat zakat selangor
Individu
- Pak Junaidi dan Mak cik Ana sekeluarga di Kg Baru
- YB Saari Sungib dan keluarga (Mak cik Aliza Jaafar, abg Muthanna dan Urwah)
- keluarga Pak Cik Bad dan Mak Cik Nashitah dan GMI- di bawah Tn Syed Ibrahim
- Ust. Dr BadrulAmin dan Ummi Zumrah serta anak-anak
- YB Lee Kim Sin
- YB Elizabeth Wong
- Uncle Zunar dan isteri serta warga SK
- Tn Syed Husin Ali
- Tok Din Merican
- Auntie Nora Reformis dan keluarga
- Uncle Nasir Isa Reformis
- Kartunis Haili SK dan keluarga dan saudara mereka yang telah menyumbangkan Nebuliser
- Uncle Din dan keluarga Putrajaya serta rakan2 sekeja mereka
juga rakan2 blogger yang sudi mengunjungi blog ini....
sumbangan kalian telah dapat merealisasikan impian kami untuk memiliki 2 buah kerusi roda khas dan Standing Frame with Machine serta alat2 bantuan fisioterapi kami..
Pak2 sedara dan Mak2 sedara serta insan2 lain yg tak sempat dan tak teringat nak disenaraikan di sini harap maaf..(kami akan update dan masukkan dalam list jika teringat)..ADA DI ANTARA INSAN2 YANG TIBA2 DATANG MEMBERIKAN PERTOLONGAN..
ALLAH JUALAH YANG MEMBALASNYA!!
maaf zahir batin! Jangan Jadi OKb!
Friday, September 26, 2008
puaso oghang puasolah kito! Raye oghang "berayor"le mate kite!
Peghak!
adik : nogori kampung mama, peghak tempat lahir babah! ungkapan tu ade makna!
kakak : maknanya raya ni kita balik kedua-dua kampung tu?
adik : taklah!! tentang budaya puasa muslim di negara lain samakah dengan kita?
raya mereka samakah dengan kita?
kakak : oh! hari tu dah cite..puase kite cuma berlapar dahaga..ngumpat keji fitnah ngata
tetap on macam biasa... raya bagi kita adalah cuti umum dan pesta nyanyi2 dan
makan2...
adik : bagaimana di sesetengah negara yang rakyatnya sentiasa "berpuasa lapar dan
dahaga?" malah jika dapat makan pula yang dirasakan aneh! kita di sini ada
beraneka jenis nasi..nasi lemak, nasi goreng, nasi beriyani, nasi takut..mereka
masih tak tahu adakah mereka akan makan esok? hisyyy!!
kakak : dentuman mercun di sini cukup menggembirakan, di sana ada meriam dan bom
berdentum mencabut nyawa hingga ada di antara mereka bertanya esok
giliran siapakah yang diusung ke pusara?
adik : kita di sini jauh sekali untuk menyusun jari memohon maaf kepada ibu bapa sedang mereka di sana tiada "jari' untuk disusun dan tiada ibu bapa untuk bersalam!
Tiada duit raya untuk anak kerana anak terkorban dibedil senjata..
kakak : meriam buluh di sini adalah meriam api di sana..periuk api menghidangkan
darah untuk juadah hari raya mereka..
adik : mampukah kita menjawab apabila ditanya nanti "Siapakah Saudaramu?"
Tuesday, September 23, 2008
Jeanne suruh OKU rempit masuk Paralimpik!

Friday, September 19, 2008
apabila kancil nak berak besar macam gajah!
adik : membebel pasal apa pulak?
kakak : karnival Ramadhan tempat mama kita niaga tulah! sebuah syarikat yang tiada kemahiran itu telah dipilih menjadi penganjur, mungkin kerana beberapa faktor 'tertentu' dia terpilih, akhirnya tak mampu buat, depa 'sub' kat orang lain, penyudahnya kos meningkat sewa satu tapak sebulan rm3000 menyamai satu tapak di KL...ini Kajanglahhh!!
adik : dia kata kemudahn diberikan lebih baikkan? Khemah yang selesa, ada deejay, ada sponsor dari Celcom!
kakak : khemah tu tertutup dan penuh iklan celcom! Dengar khabar celcom taja banyak ribu juga! anehnya mengapa kos tajaan tu tidak menampung sewa itu malah mahal tau?
adik : adik tahu! ada mak cik OKU yang kudung tangannya beritahu mama dia tak dapat berniaga di situ seperti tahun lepas sebab tiada rm3000, tak boleh tolak ansur ke?
kakak : nampaknya dunia ni sudah jadi sendirian berhad! siapa tiada wang, tiada tempat!
adik : tahun lepas rm1800 tapak 20X20 kaki, tahun ni rm3000 10X10kaki! pelik! ramai orang lalu lalang tak tahu pun ada karnival kat situ, promosi kurang malah khemah tu tertutup seolah-olah ada acara persendirian...mereka menyangka promosi Celcom sebab posternya ditampal keliling!
kakak : diharapkan pada yang berkenaan tolonglah, kalau tak mampu janganlah tawar diri menjadi penganjur hingga menindas peniaga, mereka boleh bayar tetapi dalam keadaan ekonomi lembap dan susah ni, mungkin mereka akan bayar dengan rasa tidak redha!
Sunday, September 14, 2008
Friday, September 12, 2008
I.S.A!- Insafilah Seksaan Allah!
adik : atas kesalahan apa?
kakak : apa-apa je...seseorang dikatakan mencuri..lalu ditangkap tanpa disoal siasat!
adik : mana boleh? mana tau kita tangkap salah orang?
kakak : kalau tak salah orang?
adik : pun tak boleh..kita kena tanya atau dakwa mengapa dia berbuat demikian..
adakah dipaksa, terpaksa atau saja-saja..kesimpulannya tak boleh ditahan
tanpa bicara!!
kakak : sebab?
adik : di Padang Mahsyar nanti Allah juga akan membicarakan hambanya tentang
apa yang kita lakukan..kenapa? bukankah Allah Maha Mengetahui? tak
payah bicara pun tak apa...
kakak : Tapi Allah mahu berkan keadilan kepada semua kerana "MELEPASKAN
ORANG BERSALAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGHUKUM ORANG
YANG TIDAK BERSALAH!"
adik : habis tu, mereka cuba melebihi Tuhankah?
kakak : hihihi!!
Thursday, September 11, 2008
Melayu melayu layu!
Adik : tah..kata babah isu perkauman sengaja ditimbulkan agar negara kucar-kacir!
kakak : kenapa? bukankah seronok jika semuanya hidup aman..yang OKu dihargai
yang sihat dihormati!
adik : yang penting atas dunia ni ialah duit dan kuasa..dengan duit kita boleh berkuasa!
kakak : Dengan kuasa boleh dapat duit,gitu?
adik : Ya! apabila kuasa hendak tercabut, macam2 kena buat..contohnya mainkan isu
perkauman seperti Ketuanan Melayu!
kakak : dalam kubur nanti Allah tanya ke pasal ketuanan Melayu atau Dia tanya apa yang
kita lakukan dalam menegakkan hukumNYa?
adik : hehehe!! beratt!!
Wednesday, September 10, 2008
OKb malas berpuasa!
kakak: biasalah! orang kurang upaya berfikir!
Adik : tapikan depa tu sihat dan gagah! OKU pun boleh berpuasa takkan depa tak boleh!
kakak: biasalah OKb!
Adik : mereka tak sedarkah tenaga yang mereka gunakan untuk curi2 makan tu milik Allah?
bagaimana kalau hari itu Tuhan tidak memberikan mereka tenaga untuk bangun?
mesti mereka menyesal?
kakak : tau pun!
Tuesday, September 09, 2008
JANJI TINGGAL JANJI
adik : apa yg akak rungutkan ni...
kakak : tadi kakak dengar mama dengan babah bising2 pasal ada org berjanji nak bagi kebajikan untuk rakyat tapi bila sampai masa apa pun tak de.
adik : janji apa? adik tak fahamlah.
kakak : entahlah akak pun tak faham sgt. mama dan babah kata janji org politik.
adik : berdosa ke kalau tak penuhi janji kak?
kakak : hi... dosa dik besok kat akhirat org akan tuntut pada org yang berjanji. sbb tu jgn buat janji kalau tak boleh penuhi.
adik : ei.... takutlah kak... tadi mama janji nak balik cepat ni dah pukul brapa tak balik2 lagi... dosa ke mama sbb tak tunaikan janji.
kakak : mama pi cari rezeki, susah payah dari pagi sampai mlm. bulan puasa nilah kita boleh dpt rezeki lebih sikit.. tapi kesian mama, kata kena cari rm100 sehari untuk byr sewa tapak bazar demi utk memenuhi poket org yg buat janji... smlm mama kata dpt rm75 aje.. kesian.
adik : tak pelah kak kita doa dan minta kat Allah supaya rezeki kita ada dan org yg buat janji tu sedar dan bertaubat. Amin..
p/s : jadual kami berubah setiap kali bulan puasa, kami kena ikut babah pi tempat kerja setiap hari sbb mama pi niaga. babah tak nak org lain jaga kami... jadi kat tempat kerja babah, kami dapat byk kakak, abang, pak cik dan mak cik. terima kasih atas kesudian mereka kerana melayan kami berdua dng baik.
Monday, September 08, 2008
okb di bulan berpuasa!
adik : sebab bagi depa puasa itu maknanya tahan lapar dahaga..jadi objektif puasa
bila sampai waktu maghrib mesti makan sedap2..jadi depa sediakanlah resipi2 untuk
makan-makan!!
kakak : masa sahur kita dah fikirkan apa nak makan berbuka nanti..maa berbuka kita fikir lak
apa nak sahur nanti? hisyyyy...maaaakkaaaaann kee!!
puasa tu apa?..kenapa tv kita tak penuhi dan ajar anak2 apa fadhilat ramadhan
adik : bukan anak2 je kak..orang tua pun masih tak fahami rahsia ramadhan..
kakak : tu belum masuk lagu Raya dah berkumandang di pasaraya2..sungguh menghina
seolah2 raya tu pesta-pestaan pulak!!
adik : ya! raya tu maknanya Cuti umum, rehat-rehat di rumah sambil tengok tv ada nyanyi2
tetamu kalau nak datang kena telefon dulu atau tunggu kami buat "open house"..
lepas tu datang rumah tak perlu borak2 erat silaturrahim, sibuk sms dengan orang lain!
kakak : ouihhh!! membebel nampak! biasalaahh!! Okb (orang kurang berfikir!)!!
Saturday, September 06, 2008
OKb bersumpah!
adik : berani sungguh mereka yaa... tahukah bagaimana azabnya kalau Allah laknati kita?
kakak : Na'uzubillah! adik bacalah cerita Nabi-nabi betapa penentang2 mereka dilaknat.
Binasa semuanya dan hina hingga ke hari ini!
adik : seperti siapa?
kakak : Firaun, Namrud, Abu Jahal dan Abi Lahab, Qarun..ramai lagi!
adik : aik? ....kenapa kebanyakan mereka tu dari golongan pemerintah dan orang kaya-kaya?
kakak : hehehe!
Monday, August 11, 2008
Kami mesti terus hidup!

Saturday, August 09, 2008
Apa perasaan anda?
Thursday, August 07, 2008
KAMI YANG CP
mereka semua tahu ke apa itu cp?. selepas bertanya adakah mereka semua akan buat apa-apa rujukan untuk mencari jawapannya atau sekadar bertanya untuk menyusahkan mama dan babah kami. kami malaslah nak terangkan kat sini kalau nak tahu secara saintifik dan ilmiah pi cari kat internet (wikpidea cerebral palsy). dengan cara ini bolehlah menambahkan pengetahuan. tak gitu.
cuma di sini kami nak bagi tahu apa makna itu CP dari kami yg CP ni. CP bermaksud yang CERDIK PANDAI!!!
Tuesday, August 05, 2008
FITNAH OKb
bersyukur kerana kami dilahirkan sebagai OKU. kami tak pandai cakap pasal org... dan kami tak akan sesekali memfitnah org lain. hati kami bersih, kenapa tak percaya?. anda semua cakap kami cakap besar..... siapa yg boleh menafikan yg kami ni ahli syurga.
memang air liur kami meleleh mungkin kalian melihat kami jelik tapi yg pasti kami tak pernah bersangka buruk pada sesiapa pun. kami akan bantu sesiapa pun yg membantu kami. kami tahu siapa yg ikhlas dan siapa yg cuba menunjuk2 baik..... kalau nak tahu apa yg kami fikirkan kena jadi OKU seperti kamilah..... he, he, he......
MEROBEK KEMANUSIAAN
minggu ini terlalu sibuk buat kami dua beradik. dari hari isnin ke ahad bnyk sangat aktiviti yg kami lakukan. tapi kami seronok. yg paling best, hari sabtu 2hb ogos 2008 kami sekeluarga berjemaah di masjid negara berimamkan Ust Bad. sampai kat masjid mama dan babah angin semacam bila tengok polis terlalu ramai. mcm Masjid AlAqsa pulak nak sembahyang pun kena kawal dek polis (yahudi). selepas maghrib kami solat hajat memohon kepada Allah supaya diberikan keamanan keatas malaysia tanah air tercinta ini dan semoga segala fitnah yg sedang menular keatas saudara seislam dihentikan. amin.
lepas isyak kami ke tmn melawati ulu klang utk menghadiri majlis Malam Seni Tanpa Bicara anjuran GMI. Sampai2 Pak Abu dah bagi salam untuk mengakhiri ucapannya. mama dan babah kata kita mesti sokong GMI sbbnya satu saja ISA ZALIM!!!
Walaupun kami OKU tapi kami ada mama dan babah di sisi tapi kasihan kakak, abg dan adik2 mangsa kekejaman ISA, ada ayah tapi seperti tidak ada. bertahun2 mereka terpaksa menahan rindu mengharap belaian dari ayah mereka yg tak tahu bila akan dibebaskan. akta zalim ini benar2 merobek kemanusian......
Lepas tamat majlis malam tu kami tengok semua org happy. ya malam tu kira berjaya juga sbb buat kat tempat terbuka. yg pasti lepas tu kami dua beradik jadi tumpuan ramai. penatlah mama dan babah nak menjawab semua pertanyaan mereka......... sabar ajelah ya.
oklah masa untuk tidur. esok babah outstation mama kena isi barang kat kedai kami tak ada kat rumah esok dan yg pasti, ada cerita yg kami akan kongsi.
akhir kalam jgn jadi OKb......
Sunday, August 03, 2008
SALAM PERKENALAN!
izinkan kami muncul di sini membicarakan apa yang ingin kami bicarakan..kami juga ingin hidup!kami mungkin OKU- orang kurang upaya tapi bukan OKb- orang kurang berfikir!!
ramai orang mengaku waras tetapi akhirnya maut diracun heroine atau morphine!
ada yang mengaku pintar tetapi bergelumang dengan maksiat dan kekadang terbaring lesu selepas bertenggek di perut sundal!
si ibu begitu berbangga keletah anaknya mencuit hati tetapi sesak nafas kemudiannya apabila anaknya tumbuh membesar menjadi rempit dan bohsia!
kami?
kami cuma ingin berbakti kepada ibu bapa, juga memberi peluang insan-insan di muka bumi ini berbakti kepada kami demi sebuah keikhlasan!! Demi Tuhan yang mereka sembah dan percaya!!
ini salam perkenalan saja! ikuti seterusnya!