Thursday, December 25, 2008

wahai PEROMPAK ATASAN dan BAWAHAN lihatlah ini!!

WAHAI PEROMPAK bawahan..lihatlah ini!!
Kami lebih gagah dan lasak dari kamu..kamu tak mampu lakukan ini lalu mencari jalan mudah merampas harta orang lain untuk kesenangan kamu..
kamu hina dan jijik!!

jeritan akordian tua
merayap di udara
meniti di hati manusia
yang berjalan di kaki lima
berkaca mata hitam mendendang lagu ehsan

dari kalbu sang insan
Si pemuzik jalanan dengan seribu impian
berpandukan naluri setajam mentari
walau dunia gelap gelita
namun terang cahaya hatinya!!

Wahai perompak atasan- korporat yang keparat dan Pak Menteri pencuri!! lihatlah kami!! kami rela duduk di sini, di jalanan mencari sesuap nasi dari duduk di gedung tinggi makan suap!! Kamulah yang buta! bukan kami!buta perut dan hati!! gagal melihat dengan jelas dalam membezakan halal dan haram..


JANGANLAH KAMU MASUKKAN BENDA YANG HARAM KE DALAM PERUT ANAK DAN ISTERI KAMU, KELAK KAMU AKAN DILAKNATI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM. Siapa lagi yang dapat membela kamu apabila berhadapan dengan kerajaan Allah yang Maha Sakti di akhirat kelak?

5 comments:

Amalina said...

Bertuah kita krn diberi anak yg sentiasa boleh jdkan peringatan pd kita, InsyaAllah.

luaskanmata said...

Amww sahabat sekalian:

Teruslah menulis kerana di zaman ini keybord pc lebih berbisa dari mata pedang sijahil.

Tak kira apa kecacatan: buta, pekak, tempang, lumpuh, sindrom down dan lain-lain, terlalu banyak jeritan penderitaan yang hanya Allah sahajalah tempat mengadu yang sebaik-baikn ya.

Berteriak bukan sekadar anjing menyalak bukit, tetapi teriakan kita adalah usaha dan ikhtiar untuk dilihat Tuhan itu yang lebih utama.

Kita berteriak dengan satu nada agar mereka yang berkuasa tak kira BN atau PR akan cakna dan terasa.

Salam jihad.

AKUOKU said...

amalina,

Alhamdulillah. mungkin ini yg terbaik untuk kami.

luaskamata,

insyaalah, anda juga hebat.....

Anonymous said...

Bismi(A)llahiRahmannirRahim

By the fig and the olive, (1) By Mount Sinai, (2) And by this land made safe; (3) Surely We created man of the best stature (4) Then we reduced him to the lowest of the low, (5) Save those who believe and do good works, and theirs is a reward unfailing. (6) So who henceforth will give the lie to thee about the judgment? (7) Is not Allah the most conclusive of all judges? (8)

1. Allah S.W.T. swear by the land of where Fig(Tin) and Olive(Zaitun) grow healthy.. (the land where Isa A.S. was born)

2. Allah S.W.T. swear by Mount Sinai(the land where the Torah being sent to Israel through Musa A.S.)

3. Allah S.W.T. swear by the land of peace/made safe (the land where Rasulullah S.A.W. was born)

4. human is the best creation He ever created.

5. and put the human into the lowest of all low(ultimate humiliation(Jahannam/Hellfire))

6. Unless to those who have Faith(Iman) and do good deeds and to them, there will no end in receiving the reward from Allah S.W.T.

7. and what makes you deny the truth about THE DAY of JUDGEMENT(Akhirat)?

8. Is not Allah S.W.T. is the MOST FAIREST of all Judges..?

Sebak hati saya semasa membaca translation inggeris Surah At-Tin... penggunaan bahasa melayu dalam menterjemah Al-Quran tak cukup kaya untuk orang memahami isi kandung sebenar Al-Quran...

apa At-Tin cuba sampaikan...

Allah S.W.T bersumpah atas 3 tanah besar/penting dalam sejarah Agama Allah S.W.T..

pertama - tanah BaitulMaqdis tempat kelahiran Nabi Isa A.S. juga tempat tanah yang subur untuk tanaman pokok ara dan pokok Zaitun

*fig(english) At-Tin(arab) Pokok Ara(melayu)

*Olive(english) Zaitun(Arab/Melayu)

kedua - banjaran Sinai terletak di Mesir iaitu Thur Sinar.. tempat menetap Nabi Musa A.S. dan Bani Israel selepas dikejar Firaun dan tentera-tenteranya. Juga merupakan tempat turunnya Kitab Taurat kepada kaum Israel melalui Nabi Musa A.S.

ketiga - Tanah Mekah atau nama lain nya Baladil Ameen membawa maksud tempat yang aman dilimpahi kurnia dan rahmat Allah S.W.T.(Ar-Rahman).. merupakan tempat Lahirnya Rasulullah S.A.W. dan juga tempat turun nya kitab Al-Quran yang ada sebahagian nya di turunkan di mekah dan ada juga di Madeenah(ada surah Makkiyah dan Madeenah) dan sekarang merupakan tanah suci dan tanah haram.

Sesungguh nya Manusia ialah sebaik-baik ciptaan.. Makhluk yang paling sempurna dalam banyak-banyak ciptaan Allah S.W.T. sehingga mengalah kan makhluk lain seperti Planet, Galaksi,matahari, Malaikat, Jin, haiwan, tanah, batu dan seumpama...

tapi Allah akan merendah-rendahkan manusia dengan serendah-rendahnya sehingga dimasukkan ke dalam Neraka..

kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh/membuat kebajikan (melakukan suruhan dan meniggalkan larangan Allah S.W.T., bersedakah, menyenangkan hati orang lain dan melakukan segala benda yang baik) dan pahala takkan putus-putus/berterusan datang kepada orang yang tersebut.

dan Allah S.W.T. tanya kepada kita, manusia.. Apa yang buatkan kamu(manusia) degil sangat untuk menerima bahawa hari pembalasan/hari kebangkitan itu akan terjadi?

Allah S.W.T. bertanya lagi.. "Tidakkah Aku(Allah S.W.T.) merupakan yang maha adil dalam seadil-adilnya dalam memberi keadilan/penghakiman..?

apa yang saya cuba sampaikan..

Manusia ni makhluk yang paling sempurna dalam banyak-banyak ciptaan Allah S.W.T. tapi yang jadi pengukur kepada kesempuranaan tu
ialah yang beriman dan beramal soleh(pengamalan kebajikan terhadap diri sendiri(solat,puasa,zakat, tunaikan hajji))
mahupon masyarakat dan mahupon dunia(sedekah,tolong orang, buat benda yang boleh mendatangkan manfaat kepada orang ramai)..
dengan kata lain... beriman tapi tak beramal soleh pon Allah S.W.T. akan hina dengan menghumbankan orang tersebut kedalam neraka.- orang tamak, pentingkan dunia, tak buat suruhan, langgar larangan.. aihh apa nak jadi..?
beramal soleh tapi tak beriman pon Allah S.W.T. hina dengan menghumban orang tersebut kedalam neraka. - orang-orang bukan Islam

jadi... sempurna fizikal tak bermakna sempurna semua... mungkin hanya sempurna di sisi manusia tapi bukan disisi Allah S.W.T.

jangan kecik hati dan jangan buta hati... bersyukur sebab kita ni masih di beri peluang untuk mendekatkan diri ke jalan Allah S.W.T. dengan kata lain kita ni masih hidup..

tunjukkan kesyukuran dengan beriman dan beramal banyak di jalan Allah S.W.T.

saya pon tak tau macam mana lagi nak bersyukur pada Allah S.W.T. sebab terlampau banyak Dia beri pada saya/kita semua.. nak sebut pon tak boleh sebab banyak sangat... buat laa banyak mana pon rasanya takkan cukup sebab kalau dah cukup sure kita semua jadi sombong pada Allah S.W.T... jadi saya hanya boleh buat yang terbaik dari apa yang saya mampu...

Alhamdulillah.... sebab saya sempurna fizikal.. tapi masih dalam usaha mengejar kesempurnaan rohani.. insyaAllah...

p.s.sekiranya ada silap dan salah tolong maafkan dan perbetulkan... saya pon hanya lah seorang manusia yang takkan lari dari dosa...

AKUOKU said...

kacak,

terima kasih atas ilmu yg diberi.