Thursday, February 11, 2010

mari ke U.k5 kafe kami!

Kakak: Mama mengorak langkah membuka kafe yang terletak di G-18-GB, Jln Prima Saujana
2/D, Tmn Prima Saujana, Kajang berhampiran pasaraya Giant Kajang..

Adik : Selamat dilancarkan Jumaat lepas 5 Februari. Terima kasih kerana sudi hadir. Juga
Pak Cik Nik dan Pak Cik Pyanhabib yang membuat persembahan malam tu..

Kakak : Mama masak sendiri dan yakinlah ia Halalun toyyiba!
Adik : Tiada bahan perasa digunakan..
Kakak : Terima kasih juga kepada kawan2 babah dan mama yang datang setelah membaca di
blog dan facebook.
Adik : Ummu Asiah dan Pak Cik Bad pun datang!

Kakak : Oh ya! Menu istimewa mama ialah masak lomak lado api ayam biasa atau ayam
kampung, daging salai atau pun ikan keli salai. Ala carte atau pun set. Masak lomak lado
api boleh diminta tahap kepedasannya sama ada biasa atau maksimum.

Adik : Kerana mama akan masak sebaik dipesan dan ia akan dihidang panas
menggelegak dalam claypot.

Jom Datang!

6 comments:

ummu asiah said...

terliurnya tengok mee goreng tu!!!!!

alang said...

Kak, saya tak berapa familiar sgt jalan situ. Klau dari KL, ikut jalan Ampang-hulu langat lagi dekat or ikut jalan Cheras ke Kajang?

AKUOKU said...

kak n mehlah dtg lagi.

alang,
kalau dari kl jln cheras kajang terus aje jgn msuk kajang ambil jln ke saujana impian dan semenyih pasti jumpa tesco belah kanan lepas tu jumpa giant belah kiri

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

suruh abg kulup tampal dia punya art work kat dinding dinding yang kosong
banyakkan ulam saya ketagih ulam

ummu said...

salam aduhai sodapnya masak lemak tuuu...tahniah ya wat mama dan papa Annur dan Annisa.
p/s;makcik dah pindah ke 'rumah' baru.

OKU JOB DB said...

Welcome to OKU JOB DB, whether you are looking for a job or an employee, we can help you find what you have in mind. The best way to change your career or help to change someone else future. Let us know today.

欢迎来到OKU JOB DB,无论你是寻找工作或是有任何工作介绍,让我们建立你的未来,可以帮助你找到适合的工作。快联络我们。
Visit My Website