
SALAM PERKENALAN ! Izinkan kami muncul di sini membicarakan apa yang ingin kami bicarakan....Kami mungkin OKU tapi bukan OKB - orang kurang berfikir. kami cuma ingin berbakti kepada ibubapa, juga memberi peluang insan-insan di muka bumi ini berbakti kepada kami demi sebuah keikhlasan! Demi Tuhan yang mereka sembah dan percaya!

Wednesday, December 31, 2008
Adik sesak nafasss!!

Sunday, December 28, 2008
BANGANG, BAHALOL ATAU HAPA?
kereta-kereta tanpa pelekat OKu (selalunya memang bukan OKU) merompak tempat parking OKU

Saturday, December 27, 2008
Porrraaahhh citt!!

Thursday, December 25, 2008
wahai PEROMPAK ATASAN dan BAWAHAN lihatlah ini!!
Kami lebih gagah dan lasak dari kamu..kamu tak mampu lakukan ini lalu mencari jalan mudah merampas harta orang lain untuk kesenangan kamu..
kamu hina dan jijik!!
jeritan akordian tua
merayap di udara
meniti di hati manusia
yang berjalan di kaki lima
berkaca mata hitam mendendang lagu ehsan
dari kalbu sang insan
Si pemuzik jalanan dengan seribu impian
berpandukan naluri setajam mentari
walau dunia gelap gelita
namun terang cahaya hatinya!!
Wahai perompak atasan- korporat yang keparat dan Pak Menteri pencuri!! lihatlah kami!! kami rela duduk di sini, di jalanan mencari sesuap nasi dari duduk di gedung tinggi makan suap!! Kamulah yang buta! bukan kami!buta perut dan hati!! gagal melihat dengan jelas dalam membezakan halal dan haram..

JANGANLAH KAMU MASUKKAN BENDA YANG HARAM KE DALAM PERUT ANAK DAN ISTERI KAMU, KELAK KAMU AKAN DILAKNATI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM. Siapa lagi yang dapat membela kamu apabila berhadapan dengan kerajaan Allah yang Maha Sakti di akhirat kelak?
Saturday, December 20, 2008
WIRA ..Menempuh Cabaran!!
Tuesday, December 16, 2008
Yennadey makcik?
Yennasurlee makcik ? Apa lu cerita?
kakak dan adik tak fahamlah..dah tahu di Malaysia ada lebih kurang 1.3 juta OKU mengapa tak boleh berfikir kaedah bagaimana untuk merangka dasar OKU? Bukankah negara kita ramai pakar? takkan pakar pun OKb- orang kurang upaya berfikir?
Kena buat study sikit..research..mengapa ramai tak daftarkan anak atau sesiapa di bawah jagaan mereka yang OKu..
ada yang bermasalah, miskin, susah, ditinggalkan suami terkapai-kapai dengan anak oku yang semakin membesar..hii macam2 kami dah jumpa..
Kami yang sudah mendaftar 5 tahun dengan JKM tak pernah dipanggil pun untuk menghadiri sebarang program sama ada seminar ke, kem ke..apa ke..SENYAP DAN SUNYI..
apa sebenarnya OKU?
ramai yang akan membayangkan OKU ni orang yang berkerusi roda, orang buta atau yang bertongkat..TIDAKlah begitu.. mereka hanya kurang tenaga saja tapi aset yang paling penting ialah mereka masih boleh 'berfikir'..mengapa tidak letakkan mereka di tempat2 yang mampu mereka jalankan tugas tersebut seperti di meja2 kaunter- pejabat pos, bank, tol dan sebagainya..ada yang bersuara merdu boleh jadi penyampai radio sebab yang penting bleh berinteraksi dengan baik di radio bukan nak glamer sangat..
OKU yang sebenar ialah yang terlantar tidak mampu menguruskan diri..yang mengharapkan bantuan orang lain..keluarkan belanja untuk buat kajian kerana kami pernah tengok ada syllabus, method untuk Cerebral Palsy di Jepun..
yang sebenarnya- ORANG2 YANG DI ATAS TIDAK MENGHAYATI KEPERLUAN OKU!! TAKKAN APABILA ADA AHLI KELUARGA SENDIRI DITIMPA MASALAH BEGINI BARU NAK INSAF?
dulu pernah ada cikgu sekolah OKu bercerita yang pengetua sekolahnya tidak ambil kisah sangat pasal kelas OKu ni (sekolah tu bercampur, ada untuk oku dan ada yang sekolah harian biasa)..kelas untuk OKU terceruk..program untuk oku tiada sedangkan murid yang pandai2 ada je program, kem lah motivasilah..tapi bila cucunya oku barulah dia sungguh2 mengambil berat tentang kelas pelajar oku..
Monday, December 15, 2008
Kakak dan adik boleh berdiri?


Standing Frame with Machine (menggunakan elektrik dan sistem hidraulik) ini mencecah harga RM6000

Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak membolehkan peralatan splin (macam kaki palsu kat gambar bawah ni) ini diberi percuma. Sepasang berharga RM650 untuk kakak dan sepasang untuk adik? Berapa? Kiralah...

Untuk menyiapkan kasut ini memakan masa 3 bulan, memang nampak sulit dan penuh teliti pembuatannya di HUKM..

Wednesday, December 10, 2008
ANEH! KAKAK ada 2 wajah dalam satu masa?
Cuba lihat wajah kakak yang sedang menangis ni..ekspresi sebelah kanan seakan kurang sedih!

sebelah kanan sebelah pembedahan dilakukan..

sebelah kiri..ekspresi lebih sedih!
TERIMA KASIH GIANT!
sebelum ini kami telah menyiarkan gambar-gambar bagaimana tapak parkir OKu disewakan kepada peniaga2 kereta...
dan mereka telah memberikan kerjasama..mungkin mereka tidak menyedarinya dulu!
sekali lagi TERIMA KASIH!
Sunday, December 07, 2008
SELAMAT PENGANTIN BARU CIKGU ANAND!
Thursday, December 04, 2008
macam kisah Saidina Ali...
Mama tidur setelah seharian berjaga. Babah menunggu kakak di wad sambil membaca buku. Dalam Buku tersebut tercatat kisah Aisyah r.a yang kelaparan dan kepingin makan buah (lupa delima ke zaitun?) lalu Saidina Ali Karamallahu Wajha pun keluar mendapatkannya..ingat tak kisah ni?
Di pertengahan jalan Ali serba-salah kerana ada orang miskin yang sangat kelaparan meminta makan..lalu Ali memberikan buah yang sebiji itu kepadanya.
Aisyah redha apabila Ali menceritakan perihal itu dengan pulang membawa tangan kosong. Tak lama kemudian sahabat mengetuk pintu dan membawa 9 biji buah yang sama tetapi Ali berkata itu bukan miliknya kerana setiap satu kebaikan akan dibalas 10 kebaikan sedangkan buah itu hanya 9 biji. Sahabat tertawa sembari mengeluarkan buah yang sebiji lagi dari dalam bajunya. Tujuannya hanya menguji Ali..
Tengah malam babah kelaparan dan turun bersama seorang bapa (Pak Cik Nordin) yang turut menjaga anaknya yang sakit di situ..Di tempat parking datang seorang lelaki berpakaian seperti pengikut Tabligh meminta Babah sedikit wang lalu babah berkata babah tiada wang tapi babah mempelawanya makan bersama.
"Kalau kau mahu wang, datang jumpa aku pagi esok di wad Pediatrik," pesan babah kepada lelaki itu.
Pagi esoknya dia benar-benar datang dan kebetulan kakak sedang menggigil-gigil kesakitan. Babah memberikannya RM15 dan lelaki ini kemudiannya mendoakan agar kakak sejahtera!
Tengahari kemudian boss babah datang ziarah bersama rakan sekerja dan mereka menyampaikan sedekah..apabila dikira jumlahnya RM150.
babah kemudiannya bagai terdengar suara berbisik, "satu kebaikan dibalas 10!"....
* Dalam tempoh di wad tersebut menyaksikan beberapa orang kawan OKU kakak meninggal dunia, Nurin anak Pak Cik Nordin, Siti Alia anak Pak cik Hafiz, seorang anak milik pasangan sabah dan Indonesia yang sihat tetapi mengalami pendarahan otak..dan babah bersama mama masih terus bersahabat dengan pakcik dan makcik ini..mereka juga menghadiahkan kami beberapa peralatan dan permainan anak-anak mereka yang telah kembali..Terima kasih! Mereka menantimu di syurga!
Wednesday, December 03, 2008
3 Minggu tak jejak tanah!....
Tuesday, December 02, 2008
JANGAN DAHULUI TUHAN!
babah bertanya kepada Prof sampai bilakah tiub ini akan dipasang, Prof bagitahu selama-lamanya dan kalau semakin parah, perut kakak akan ditebuk untuk dimasukkan tiub lain sehingga berhenti bernafas, kerana kakak disyaki ada "Mitochondrial disease" maka Prof menyatakan umurnya tak panjang dan mengikut rekod di Australia paling panjang pun umur 3 tahun...