Friday, March 12, 2010

Tuhan sayang Moeha..

gambar di bawah ialah abang Moeha, 31. Anak saudara penulis buku politik- Pak Habib (Syed Hussein Alattas).

3 bulan tidak apdet blog membuat mama tertanya-tanya apakah khabarnya abang Moeha. Rupa-rupanya abang Moeha dah hampir 10 hari terlantar di wad 7u, PPUM. Dikesan ada batu karang di hempedunya. Sewaktu batu disedut ambil dari dalam badannya, pankreasnya pula tercedera. Akibatnya abang Moeha sudah lebih sebulan tidak boleh makan.
Sebenarnya abang Moeha ada tumor di dalam kepalanya. Ketumbuhan tersebut mengenai saraf penglihatannya dan abang Moeha tidak dapat melihat dengan jelas lagi. Kedua kakinya juga sudah kebas. Babah seperti kehilangan kata-kata sewaktu mengunjungi abang Moeha Ahad lepas. Abang Moeha manusia hebat. Dia kelihatan lebih sihat berbanding bertemu beberapa bulan lalu selepas kimoterapi. Abang Moeha ceria dan kuat semangat. Tiada cerita sedih darinya.
"Ini pengalaman baru saya!" kata abang Moeha.
"Selepas pankreas saya sembuh, pembedahan merawat batu hempedu akan dijalankan. Dan kata Doktor mungkin saya akan pakai lampin juga selepas itu. Hempedu fungsinya memproses lemak. Mungkin saya akan terkena cirit-birit sejam selepas makan. Well, itu pengalaman baru dalam hidup saya nanti, hahahah!"

Lihat, abang Moeha masih boleh ketawa. Begitu juga apabila menceritakan peluang sembuh tumornya.
"Doktor kata susah, tapi Doktor bukan Tuhan. Hahaha!". "Ini hidup kita, asalkan God bless us!"
Oleh kerana tak boleh makan, mama hadiahkan teddy bear. Abang Moeha ketawa. "mesti adik saya yang taruk bear ni dalam kereta nanti!". Abang Moeha sebenarnya dilahirkan kembar. Kembar perempuannya telah meninggal dunia 10 tahun lalu kerana barah payudara.

Kakak dan adik kagum denganmu abang Moeha! Tuhan sayang abang Moeha..

5 comments:

ummu said...

Salam kak Raja
terima kasih sudi kongsi kisah ini.Patutlah saya lihat blog Moeha tak di update.Ingatkan kenapa.
Silakan ambil award ya di teratak saya untuk Annur dan Annisa.

Mak Su said...

salam ziarah,

terharu....

Anonymous said...

Salam semua, sorry la sebab saya nak cepat sampaikan maklumat yg baru saya baca tentang hamba Allah yg memerlukan bantuan ikhlas disini saya panjangkan linknye.

http://idhamlim.blogspot.com/2010/03/bantuan-ikhlas-pembedahan-puan-haryani.html

sekian terima kasih bebanyak.

AKUOKU said...

qaseh masyitah,
saya dah ke blog anda.. ha ha ha saya ni buta it sikit mcm mana nak ambik award tu dan yg mana satu?

mak su,

itulah hidup...

anon,
dah saya masukan dlm entry terbaru.. itu saja yg mampu saya buat.. semoga alia tabah..

LadyBird said...

Setiap org ade dugaan masing2..
moga2 dirinya tabah..
semoga Allah sentiasa merahmatinya..ameeennn..