Friday, January 15, 2010

Jangan sedih dan Terima kasih kawan-kawan


Sudah sekian lama tak mengupdate blog A&A ni.. entah mengapa terasa sangat malas. mungkin penat dengan tugas harian dan aktiviti luar yg tak pernah habis2. tetapi dalam pada itu aku tak pernah lupa membuka blok kawan2. blog ita, ina, moeha, waterlily, pak kasim, light nur, afiaqah, yatie dan lain2 lagi. Banyak ilmu yang aku dapat demi memperbaiki pengetahuan ku tentang anak2 istimewa seperti annisa dan annur... dan ketahuilah aku juga meminjam semangat kalian dalam melalui kehidupan yang mencabar ini.

Entah mengapa terusik hati membaca coretan di blog ina dan ita seperti mengetahui dan faham perasaan mereka kerana aku pernah dan masih serta akan atau mungkin berterusan diduga dengan perasaan dan dugaan yang kalian hadapi (seperti yg mereka coretkan).... kepada adik2 ku ini aku berharap kalian berdua tetap tabah dan terus istiqamah dalam menjaga puteri2 kalian. dan aku pasti kalian amat kuat kerana sesungguhnya Allah tidak akan menduga kita jika kita tidak mampu menanggungnya... pejam celik aku pun tak sangka dari mana kekuatan dan semangat ini datang sesungguhnya inilah perancangan Allah untuk kita...

kepada mama afiqah dan lightnur.. dari blog anda banyak yang dapat ku pelajari.. banyak sekali benda2 yang aku tak tak tahu kalian memberikan jawapannya dalam tulisan kalian.. terima kasih banyak..

kepada pak kasim, walaupun kita dekat satu daerah tapi kita belum berkesempatan untuk berjumpa. kami sekeluarga mendoakan pak kasim sihat dan gembira selalu. kekuatan dan semangat pak kasim kami jadikan pegangan.

Moeha, bila teringatkan adik ku yang seorang ini entah kenapa hati ku terusik dan air mata pasti akan bergenang. akak mahu moeha terus kuat dan bersemangat kerana kekuatan dan semangat itu sahajalah ubat yang paling mujarab dik... gembira dan senyumlah selalu dik.

begitu juga dengan waterlily... kita tak berkesempatan bertemu... walaupun dlm minat yg sama dan selalu menghadiri program yg kami selalu juga pergi tapi belum ada rezeki untuk bertemu... semoga anda terus kuat.

yatie. coretan mu pasti menghiburkan sesiapa pun yg membacanya... semoga bahagia di sana.

kepada kak mazlina terima kasih atas bantuan mu dengan memberi Alat Bantu Mengajar untuk A&A dan tak ada apa yg boleh kami balas hanya kepada Allah sahaja kami berdoa semoga kak maz dan keluarga diberkati Allah sentiasa.. walaupun saya tak dapat merealisasikan apa yg kak maz ajar pada saya kerana ah.. alasan manusia sering beri alasan... terlalu banyak alasan bak kata pepetah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. saya malu juga pada diri sendiri dan kak maz. maafkan saya.

Kepada Caah dan Kak Hasnah gombak terima kasih atas keperihatinan anda.. budi baik dan jasa kalian tak pernah kami lupa.. semoga kalian dilimpahi kebahagian dalam hidup

Cikgu jane terima kasih kerana sudi datang ke blog ini... kepada semua pembaca yg melayari blog ini terima kasih banyak2. aku bukanlah seorang penulis yg baik, cuma menulis dari gerak hati dan apa yang aku rasa... walaupun kadang2 lebih banyak bercerita tentang diri sendiri daripada cerita A&A jadi kalau tak sedap jangan kutuk ha ha ha ha..


p/s : pagi ni ada masa terluang aku sempat kemaskinikan blog A&A... dah lama nak buat tapi, oleh kerana kelembapan aku dlm IT ni membuatkan semua perancangan selalu tergendala. Penghargaan pada yg sahabat2 yg pernah masuk ke blog ini aku linkkan blog anda di sini.. terima kasih

6 comments:

maiyah said...

salam.. moga ceria ye, lama x dgr berita

Noina said...

Terima kasih pada akak juga sudi berkongsi rasa bersama ina dan Nabila.. Walaupun kita tak pernah bersua..namun gerak hati ini kuat mengatakan akak seoarang yang sangat kuat semangat. Ina yang baru diuji sedikit ini saja sudah mula goyah kak..

Hati sedih mmg tak boleh disimpan kan..berkongsi rasa bersama ibu-ibu yang sama landasan dengan Ina..buat ina bertambah kuat..lebih bersemangat untuk besarkan Nabila..Terima kasih kak atas nasihat yang akak diberikan selama ini..

salam kasih untuk A & A.. :)

AKUOKU said...

maiyah,
semoga ceria dan sihat bersama putera dan puteri mu..

ina,
semua ni milik Allah belaka.. siapalah kita ni... kalau kita faham itu tak ada apa yg kita perlu risaukan... semua milik Dia belaka semuanya termasuk diri kita ini, dipinjamkan sementara di dunia ni... hendak tak hendak kita mesti kuat.. take it easy. ok. one find day kita jumpa.

Lightnur said...

assalamualaikum

terima kasih kembali. semoga tabah & ceria selalu...salam peluk cium buat annisa dan annur.

lightnur

um. masyitah said...

Salam kak
hanya Allah yang maha tahu hati ibu-ibu yang istimewa dipilih Allah memperolehi anugerah ini kan.
p/s saya pun ternanti2kan entry terbaru Moeha

Anonymous said...

Saya mempunyai seorang anak CP.Anak lelaki. Sudah berusia 15 tahun. Semasa dia kecil saya selalu risau bagaimanakah keadaannya apabila dewasa nanti. Ada ke orang yang hendak menjaganya jika kami keluar bekerja? Namum sehingga kini kami tiada masalah untuk mencari penjaganya. Alhamdulillah masih ada orang yang sudi menjaganya. Kami juga tidak banyak masalah untuk menjaganya walaupun dia sudah remaja.