Monday, November 21, 2011

SURAT BABAH

surat untuk anak

anak-anakku,
aku tulis surat ini tika kamu berdua sedang mengerekot damai tidur di sisi mamamu. aku tahu kau tak bisa mengenal huruf-huruf ini untuk dijadikan perkataan tapi aku sentiasa percaya akan bahasa rohani. aku tahu kau bisa membaca coretan ini. sebagaimana aku bisa melihat kau menari, berenang dan bercakap di dalam mimpi.

puteri-puteriku,
aku dan mama sayangkan kamu. itu kamu tak perlu ragu. walaupun aku bukan babah yang baik; sering tercampak semula ke nafsu ammarah walau konon sudah melintasi tingkat lawamah - tapi aku tetap sayangkan kamu. apa juga keadaan kamu, bukan masalah bagi kami.

dewi-dewiku,
jika keajaiban itu masih ada dan berlaku - dengan tiba-tiba kamu bisa bangun berlari dan berfikir, janganlah kamu campakkan diri kamu ke lembah hina. janganlah kamu menyembah makhluk. janganlah kamu tunduk dengan keangkuhan tuhan manusia yang cuba mengalungkan emas di lehermu. biar miskin, biar saudara buang kamu, kamu jadilah insan yang berjiwa merdeka. jadilah intan.

bunga-bunga hatiku,
Yang Maha Esa tidak menyusahkan kewujudanmu. kau hanya lahir untuk memerhati kekuasaanNya. Hitam atau putih kehidupan ini tak perlu kau endahkan. Yang Maha Suci hanya mahu kau tonton saja afa'al itu. kau tidak perlu berbuat apa-apa. kau kekasih istimewanya. tidak seperti aku, babahmu.

permata sukmaku,
aku babahmu diminta menjagamu. jika susumu dirompak, aku akan bangun bertindak. jika nasimu dirampas, aku akan bangkit melibas. selagi dadaku mampu menampan dentuman ombak cabaran, akan aku pertahankan. Demi cinta aku kepadamu. kasihku pada ibu yang melahirkanmu. jika aku tewas, jika aku bukan lagi seperti aku hari ini, jika aku gagal - harap tidak...
satu perkara kau perlu tahu - aku gugur kerana aku sayangkan kamu. kerana kalau hanya diam melihat kepala anak-anak aku dipijak, bapa jenis apakah aku..

anak-anakku,
jika keajaiban itu memang berlaku dan kau mampu berfikir - jangan kau kesali apa-apa dan jangan kau pinta apa-apa. teruskan saja apa yang kau ingin lakukan. pedulikan kata-kata sumbang si bodoh. terus terbang menuju cahaya.

intan payungku,
kita tak perlu fikirkan siapa di antara kita dahulu yang pulang menyatu dengan Yang Maha Abadi. Andai kamu atau mamamu, aku redha. jika aku dahulu, yakinlah bahawa kita semua akan bertemu menjadi satu di kampung halaman kita yang asal.

semoga kita aman.

dari aku,
babahmu.

8 comments:

Mamanurin said...

takziah..sgt sayu membaca corentan anda, moga Allah kuatkan anda dan family

yatie chomeyl said...

takziah buat akak sekeluarga. dah lama saya tak jenguk blog akak ni, alih2 dpt berita sedih ni hari ni. smeoga Allah temukan kalian d syurga Nya kelak..AMeen

aizamia3 said...

takziah buat akak dan keluarga..
tau blog ni dari blog uncle gedek..

||aLeaSaRa|| said...

slm sggh kali pertama dan takziah dari kami sekeluarga,singgah dari blog uncle gedek :|

iDa WiTh aLoNG said...

salam takziah...

Chik Att said...

Takziah .....
CA doakan semoga ibu dan babah Annisa dan Annur diberi kekuatan dan kerahmatan dalam menharungi dugaan.

Kami sentiasa mendoakannya ...dan cuba membantu sedaya termungkin ...

"Permata syurgamu " adalah harta tak ternilai anugerah Allah ....

wsalam

c'axoera said...

salam takziah..

O'om Sa'ad said...

hidup mesti terus bang Rona!!!!