Monday, December 15, 2008

Kakak dan adik boleh berdiri?

kerusi roda khas ini berharga hampir RM3000. Sumbangan insan-insan mulia membolehkan kami memiliki 2 unit untuk kakak dan adik.
Kakak dan adik boleh berdiri? Hahaha!! Belum lagi..cuma boleh seakan-akan berdiri dengan alat bantuan ni...berkat sumbangan kawan-kawan mama dan babah serta entah siapa2 yang ikhlas tak mahu mendedahkan nama, juga dari Pusat Zakat Selangor maka dapatlah kami peralatan-peralatan yang mahal ini!



Splin kaki yang adik pakai (gambar di atas) sepasang harganya -+ RM350..

belum campur splin tangan lagi..dan untuk kakak pun ada juga!



Standing Frame with Machine (menggunakan elektrik dan sistem hidraulik) ini mencecah harga RM6000




Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak membolehkan peralatan splin (macam kaki palsu kat gambar bawah ni) ini diberi percuma. Sepasang berharga RM650 untuk kakak dan sepasang untuk adik? Berapa? Kiralah...







Untuk menyiapkan kasut ini memakan masa 3 bulan, memang nampak sulit dan penuh teliti pembuatannya di HUKM..














Kasut ini perlu dipakai setiap hari selama 1 jam seorang (minimum) dan kakak dan adik mesti berdiri di standing Frame 1 jam seorang setiap hari untuk memastikan kaki dan tangan mereka tidak kejang (stiff) atau sepastik..jika tidak otot mereka akan keras dan anda tentu pernah melihat OKu yang tangan dan kaki mereka kejang sampai melengkung2 dan pergelangan tangan sampai terpusing 360 darjah seolah2 terbalik..ia juga untuk mengelakkan hip atau tulang pinggul terkeluar dari 'soket'nya (lesung)
Ya!! Perjuangan tetap diteruskan!!!!!!!

5 comments:

Unknown said...

Syabas kakak dan adik. Pak Din doakan kakak dan adik tidak lama lagi akan berupaya bersiar-siar tanpa bantuan. Tentu kakak dan adik boleh kerana kakak dan adik punya semangat juang yang tinggi.

Insya Allah

Anonymous said...

salam kalian semua..
moga kalian sihat semuanya.moga2 doa pak din dikabulkan..

kotak14 said...

salam kakak dan adik
betul tu
nanti pak din boleh bawa kakak dana dik jalan jalan mendaki gunung.

itu pun kalau babah larat.

AKUOKU said...

insyaalah. kami akan rajin berlatih dan senaman. mana tahukan?.

Unknown said...

salam kakak gn adik harap sehat2 sahaja di tika dn saat ini,sy ingin tahu mcm mane akak mendapat kn dana tuk mendapatkn alat bantuan berdiri tu,sebabnya ank sy yg no4 tu amat memerlukan alat bantuan berdiri,utk membelinya rase mcm tk berkemampuan tapi sy akn cubasedaya yg mengkin,sayu rasenya hati bila melihat kanak2 sebaya ank kita yg boleh berlari2,sedangkn ank kita hnya mampu terbaring sahaja,hidup perlu diteruskan,apa yg telah diberikn oleh allah adalah amanah,sy berbangga kerana dapat menjaga amanah allah yg tersangat istimewa ini,harapan segalanya akn berjalan dengan lancar aaminn