Tuesday, December 02, 2008

JANGAN DAHULUI TUHAN!

kakak dah 7 tahun dan sejarah kakak menempuhnya cukup getir..lihat gambar di bawah ini..kakak lahir dan besar cukup sihat walaupun disahkan Cerebral Palsy..


di galeri Ronasina...
sehinggalah kakak diserang Bronchol Pneumonia yang berpunca dari tersedak ubat demam yang kemudiannya termasuk dalam paru-paru..sejak itu kakak keluar masuk wad setiap bulan sehingga berat badan susut, tidak mampu menyusu dan makan kerana terlalu lemah , cepat mengah..akibatnya dia akan lelah..seorang prof di sebuah hospital ternama mengusahakan yang terbaik untuk kakak dan memakaikannya ryles tube melalui hidung terus ke perut untuk menuangkan susu agar kakak sentiasa kenyang..gambar di bawah semasa hari lahir kakak ke 2tahun dan lihatlah tiub di hidungnya..seminggu sekali tiub yang baru akan ditukarkan di lubang hidung yang berlainan, babah sendiri boleh melakukannya, tempoh ini amat menyakitkan kakak..ini masa yang cukup mengharukan kami sekeluarga!


babah bertanya kepada Prof sampai bilakah tiub ini akan dipasang, Prof bagitahu selama-lamanya dan kalau semakin parah, perut kakak akan ditebuk untuk dimasukkan tiub lain sehingga berhenti bernafas, kerana kakak disyaki ada "Mitochondrial disease" maka Prof menyatakan umurnya tak panjang dan mengikut rekod di Australia paling panjang pun umur 3 tahun...
Babah dan mama manusia yang degil dan tak mahu menyerah! "saya orang Islam dan yakin denganNya! Berpantang maut sebelum ajal dan kita mesti berikhtiar!"..prof membalas dengan mengatakan "Ya! ramai orang berkata begitu tapi sampai ke langit 7 pun takkan ada ubatnya!"
Babah dan mama mengambil masa sebulan untuk memikirkan saranan seorang pengamal perubatan Islam agar menanggalkan sahaja tiub itu..dengan penuh tawakal tiub dibuka dan untuk permulaan kakak agak sukar menyesuaikan diri tetapi lama-kelamaan kakak boleh makan dan minum sehingga ke hari ini..
Kami bersyukur kepada Allah akan "pelajaran" yang Dia beri!dan kami beristighfar kepadaMu agar tidak angkuh dan sombong....Hanya Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan (Iyyakana'budu waiyyakanasta'in!)

6 comments:

Unknown said...

Salam,

Prof itu makhluk yang benama manusia. Keangkuhan manusialah menjadikan dunia ini maju dan purak puranda.

Hanya yang imannya kental akan bersandarkan takdir dan ketentuan Ilahi yang sememangnya berkuasa ke atas semesta alam.

Dan Alhamdullilah kerana babah dan mama cekal, tawakkal dan bergantung harap kepada rahmat dan Rahman Allah kakak ok sehingga sekarang. Syukur.

AKUOKU said...

timakasih uncle

Lightnur said...

Assalamualaikum

Masha Allah saya sangat kagum dengan kesungguhan mama dan babah. Memang mereka adalah insan yang terhebat buat kakak dan adik.

Semoga mereka terus cekal menghadapi hari mendatang yang tidak pernah pasti namun penuh harapan untuk anak-anak istimewa mereka, amin.

Anonymous said...

salam kalian..
tembamnya kakak..
tak terlintas kat pala acik kakak cam gitu dulu..
salam acik utk semua..

Nunn said...

salam..kuasa ALLAH tiada siapa boleh menghalang....kunfayakun....harap kakak sihat hendak nya

Anonymous said...

semoga allah limpahkan kurnia kepada keluarga abang blogger.