Wednesday, January 20, 2010

cerita 1, cerita 2, cerita 3

cerita 1

20/1/10
Hari ini kakak dan adik tak berapa sihat. pagi tadi pi klinik bawak balik ubat macam orang baru balik dari shopping. macam2 ubat dan banyak2 masaalah, masaalah yang paling berat ialah nak bagi A&A makan ubat... uh tension... dalam bab ini aku selalunya surrender dan babah merekalah yang akan ambil alih tugas yang sangat berat ini... sbb setiap kali bagi a&a ubat kesabaran aku pasti jatuh ketahap -0...

semenjak malam semalam kami suami isteri tak tidur kerana a&a sesak sbb terlalu banyak kahak dan hidung mereka tersumbat sebab selesema... oleh itu kami kena pastikan mereka berdua selesa. antara tugas yang perlu dijalankan apabila keadaan ini terjadi ialah menyedut kahak dengan menggunakan mesin penyedut kahak dan memberi mereka nebuliser setiap 2, 3 atau 4 jam sekali mengikut keperluan mereka.

Kalau pagi tadi aku terus ke hospital A&A pasti akan ditahan di wad. Aku sebenarnya paling boring nak duduk wad lama2 jadi seperti biasa kami akan jumpa dulu doktor panel di klinik yg biasa kami pergi... doktor ni dah faham sangat keadaan A&A sementelah doktor ni ada mempunyai adik yg menghidap cp juga jadi senang bercerita dengan beliau.

Tapi jangan risau Annisa dan Annur dah bertambah ok.. mak diakan pakar (gurauan syok sendiri)... ha ha ha .

---------------------------------------------------------------------------------
cerita 2

Kerana kehadiran Annisa dan Annur aku banyak belajar... tentang diri sendiri, kehidupan, persahabatan, persaudaraan dan tentang orang lain. aku suka menjadi pemerhati dan aku lebih sensitif pada persekitaran.

Melihat pada keadaan sekeliling aku kadang-kadang takut jika aku dikurniakan oleh Allah seorang anak yang normal, sihat dan bijak. Jika itu berlaku aku tidak yakin aku boleh menjadi seorang ibu dan manusia yang adil pada anak, diri sendiri dan pada Tuhan..... Maaf aku tak maksudkan orang lain aku hanya berkata tentang diri ku... Mungkin ada orang akan kata aku berfikiran negatif tapi aku lebih senang dengan keadaan sekarang.. bak kata pepatah alah bisa tegal biasa... inilah hidup ku inilah yang telah Allah tentukan untuk ku dan aku bahagia dengan keadaan ini....

Apakah aku redha dengan apa yang Allah kurniakan pada ku? aku tiada jawapan biarlah Allah yang menentukannya kerana sesungguh Dia maha mengetahui isi hati ini. Hanya Dia yang tahu.....

---------------------------------------------------------------------------------

cerita 3

Cerita ini terjadi pada pagi sabtu minggu lepas berlaku di sebuah restoran. 2 buah keluarga yang berasingan pada waktu yang sama.

keluarga A mempunyai 2 orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan umur lingkuangan 3 ke 5 tahun... aku rasa sedih kerana sepatutnya anak2 yang sedang membesar ini diberi sarapan yang berkhasiat tetapi tak tahu atas apa alasan anak2 ini di beri oleh ibu mereka maggie goreng sebagai sarapan.... dan lebih kasihan sang ayah dengan selamba menghadiahkan pada anak2 asap rokok yang tak lekang dari bibir.. apakah ini yang dikatakan kasih dan sayang?

keluarga B. mempunyai 2 orang anak juga. seorang dlm lingkungan 15 tahun dan seorang lagi dalam lingkungan 7- 8th... anak yg kecil terlalu leka bermain game dengan menggunakan handphone pada waktu yang sepatutnya diperuntukan bersama keluarga. dan si ibu begitu kasihkan anak ini menyuapkan anak ini roti canai... mungkin pada pandangan biasa tidak ada apa yg salahnya tapi bagi aku perlakuan ini begitu janggal dan dlm agama sendiri menyuruh kita berdiam diri.... mengapa berdiam diri??? dan anak ini sudah besar dia perlu belajar berdikari dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan. dan pada akhirnya apa yang aku lihat makanan yang dipesan terlalu banyak berlebih dan aku sedih kerana berlakunya pembaziran sedangkan di luar sana terlalu ramai yang hidup dalam kelaparan.. apakah ibubapa sekarang tidak menerangkan pada anak2 tentang sunah dan adab makan seperti orang2 tua kita dahulu selalu berpesan "hormati rezeki...."

dua cerita di atas hanyalah untuk renungan dan supaya kita sama2 jadikannya sebagai tauladan.... hanya peringatan untuk diriku sendiri.

6 comments:

Kak Hasnah said...

Salam Syam, Brsyukurlah banyak2 krn....
"Kerana kehadiran Annisa dan Annur aku banyak belajar... tentang diri sendiri, kehidupan, persahabatan, persaudaraan dan tentang orang lain. aku suka menjadi pemerhati dan aku lebih sensitif pada persekitaran."

Jika A&A seperti kanak2 lain... mungkinkah syam juga akan spt parent dlm cerita 3?

So... senyum dan ceria selalu...!!! Kak selalu doakan syam n famili sentiasa dalam limpahan rahmat dan kasih sayangNya..."inna ma'al 'usri yusra". Mungkin "yusra" nya bukan skrg....

ummu said...

Salam sis.
apa khabar annisa dan Annur?syukurlah dapat doctor yang memahami. Kadang kala apabila seseorang itu ada pengalaman ia kan lebih menambah pengetahuan sedia adanya.

situasi 3...perkara yang semakin biasa kita lihat dewasa ini. Saya rasa kita tak patut salahkan anak sahaja bila anak nanti melawan ibubapanya kembali..kerana suhan awal sudah terlalu dimanjakan dan persekitaran negatif.

sham said...

kak hasnah,

yusranya biarlah Allah shj yg menentuakan.. dan mungkin saya juga akan menjadi stereotype mcm tu juga...

Masyitah,

Dr tu mmg sangat menyenangkan hati kami suami isteri. sekarang ini anak2 lebih menyukai air tangan mamak dari air tangan ibu.

Lightnur said...

Assalamualaikum Syam

Kalau masuk hospital bukan sahaja boring, ianya tempat yg sangat tak selesa dan tidak ada privacy sama sekali. Saya pun kalau Mujhee tak sakit parah, tak mahu bawa ke hospital.

Begitulah hendaknya, diberikan kebaikan atau musibah, kita katakan Alhamdulillah untuk semua keadaan.

Terima kasih untuk cerita ke 3.

honestly suzain said...

salam..hari nie baru aku dapat bc blog nie..aku mendoakan semoga anda sekeluarga di limpahkan rahmat yang tak terhingga dari Allah..amin....

Anonymous said...

detected laughter irelandtel otero certainty underlying rapport webpage deadlines jkrh surveys
lolikneri havaqatsu