Monday, June 01, 2009

KAKAK DAN ADIK NAK DICABUT GIGI?

esok Selasa 2 Julai jam 2.30 petang kakak dan adik akan pergi jumpa doktor gigi di Hospital Serdang untuk cabut gigi. Ini kerana umur kakak (8 tahun) dan adik (6 tahun) sepatutnya sudah berganti gigi kekal tetapi ia belum berlaku. Kakak cuma berganti dua batang gigi bawahnya saja. Ini menyebabkan gigi kami mulai reput dan rosak kerana sepatutnya dah sampai tarikh luput. (untuk makluman, kami gosok gigi setiap hari kerana penjagaan gigi amat dititikberatkan oleh mama dan babah. Babah giginya kuat sampai boleh gigit tulang drumstick ayam dengan selamba je..hehehe)

Maka ia perlu dicabut oleh doktor untuk memberi laluan kepada gigi baru, hihihi! Oleh kerana kakak dan adik CP maka Doktor memberi pilihan agar proses mencabut gigi dilakukan secara tidak sedarkan diri (menggunakan ubat tidur) atau secara biasa seperti orang normal. Mama dan babah memilih kaedah biasa kerana tidak mahu kami berdua terdedah dengan ubat tidur banyak kali (al maklumlah kami selalu di x-ray, di CT-Scan dan MRI).
Babah agak bimbang juga kalau kami kesakitan dan banyak tumpah darah tetapi mama yang mempunyai pengalaman bekerja di klinik gigi suatu masa dulu (92-94) mengatakan gigi susu tidak teruk sangat.

kakak rileks je masa cabut gigi bawah ni..

adik bergaya dengan imej gothic tapi kah kah..gigi dah jadi 'kecik'..
DOAKAN SEMUANYA SELAMAT DAN DIPERMUDAHKAN!

4 comments:

aku said...

salam..
babah,mama,ana..

yup, smoga bjln lancar dan dipermudahkan..

power tul gigi babah..hehehe

AKUOKU said...

PAK CIK AKU,

BABAH SAYA SELALU BERSUGI DAN TIDAK HISAP ROKOK. ALHAMDULILLAH

Ummi Alisya said...

to kakak & adik A A.... semoga kuat ye sayang. sampai mase, acik lak buat entry pasal gigi sarra nak kene cabut nanti. sarra x suke lah kite usik gigi die...caner nak ajar die gosok gigi erk? semoga A & A cepat baik tau..

babah said...

sebaik saja a n a ada gigi kami terus berus sambil tiap2 hari berkata kpd mereka, "gosok gigi yee.." .mungkin pujukan tu membuat mereka rasa selamat dan sehingga hari ni mereka beri kerjasama