Saturday, April 25, 2009

TOLONG SAHABAT INI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BERIKANLAH BANTUAN ANDA KEPADA CHE NAT. KASIHANILAH KELUARGA INI.

oleh : kassim selamat

Sekeping Roti & Sebuku Hati

>> Thursday, April 23, 2009


Selepas saja solat Isyak, kesemua kipas dan lampu terpadam. Blackout!. Gelap dan gelita. Satu suasana yang jika boleh aku mahu hindari. Perlahan-lahan terasa tilam anginku mengempis. Perlahan-lahan juga bahang panas dan rasa pijau menyelubungi rasa. Haba terperap tak mampu lari.

Dalam kegelapan, aku 'ON' kan laptopku yang berbekalkan kuasa bateri. Cukup untuk bertahan bagi tempoh dua jam.

Untuk menenangkan perasaan resah dan gelisah, surah At-Taubah kuperdengarkan dari corong laptopku. Moga dengan mendengarnya rasa panas dan gelisah tadi dapat kulupakan.

Bertemankan cahaya lilin dan cahaya dari laptop, sempat juga isteriku menyuapkan kumakan roti gardenia bercicahkan sambal tumis ikan bilis. Sekadar untuk melupakan seketika tentang kepanasan.

Sambil roti gardenia kujamah, teringat aku akan Che Nat. Aku pasti jika dia boleh bersuara pasti perasaan resah yang sama akan di luahkan. Sesungguhnya, agak terseksa juga bagi kami yang terlantar di atas katil bila setiap kali bekalan elektrik terputus.

Pun begitu aku lebih bernasib baik dari Che Nat. Aku masih mampu bersuara. Dan masih mampu menelan makanan walaupun dalam kegelapan.

Che Nat makan melalui tiub yang di salurkan ke perutnya

Masih ingat lagi entriku tentang Che Nat? Pemuda berumur 19 tahun yang telah dibelasah teruk sehingga koma dan hilang ingatan. Kini telah setahun berlalu. Tiada banyak perubahan pada Che Nat. Dia masih koma dan tidak sedarkan diri.

Terima kasih kepada sahabat² yang telah menyiarkan kisah Che Nat di blog masing². Kepada yang ingin membantu dan mungkin belum mengetahui tentang kepayahan keluarga Che Nat boleh baca di sini.

Mari bersama kita ringankan beban keluarga Che Nat dengan apa jua bentuk bantuan.

Semoga Allah merahmati budi baik dan sumbangan saudara².

No comments: