Tuesday, February 24, 2009

SORRY TO SAY Y.B. PUAN DR. HJH. HALIMAH ALI!!



Setelah tamat majlis gerakan mansuh PPSMI di Dewan Perniagaan Cina Jln Maharajalela malam tadi 23.02.09 sambil mencari-cari Pian Habib secara kebetulan terserempak dng YB Dr Lo' Lo' yg ramah dan mesra seperti selalu apabila terserempak dengan kami sekeluarga. Bersama beliau ada Y.b. Puan Dr. Hjh. Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan (tertera seperti dalam kad beliau). Entah macam mana tiba-tiba datang idea untuk memberitahu beliau tentang sekolah CP yang kami perjuangkan selama ini. Saya kata kalau Selangor boleh tubuhkan sekolah seperti ini alangkah bagusnya. Y.b. Puan Dr. Hjh. Halimah Ali ni yg kelihatan mahu cepat pulang dan acuh tak acuh berkata pada kami "CP ni macam-macam jenis". kami cuba memberitahu bahawa ada method dan syllabus yg dipraktikkan di luar negara tetapi di sini tidak ada dan ramai kanak-kanak yang seperti anak kami tak bersekolah dan terbiar.


Wahai Yb, saya tahu Yb seorang Doktor Perubatan yang tahu apa itu CP dan kami yang bukan doktor ni bukanlah tak tahu langsung tentang CP. Malam tadi kami rasa dilayan seperti PEMINTA SEDEKAH apabila beliau memberikan 2 kad sambil berjalan (kerana terlalu tergesa-gesa) dan beliau menyuruh kami datang ke pejabat beliau. Kami bukan mahu meminta duit atau sumbangan tetapi cuba mengusulkan satu pekara yang mungkin terlepas pandang oleh pihak kerajaan. Tidak bolehkan YB memberikan sedikit masa, hatta 1 minit untuk kami. atau YB Puan dah mengantuk sangat atau nak kena buat temujanji dulu?.


Dan saya nak bertanya, Yb yang kena jumpa rakyat atau rakyat yang nak panjat tangga pejabat Yb? Di mana janji mahu menubuhkan negeri kebajikan dan macamana nak ikut cara Saidina Umar mencari rakyatnya yang kelaparan. Cubalah fikir orang seperti kami yang ada anak-anak terlantar seperti ini disuruh datang mengadap mereka?. Tak bolehkan beliau meminta alamat atau no tel kami untuk beliau atau orang2nya menghubungi kami?. Terasa sedih dan kesal yang amat sangat apabila dilayan seperti peminta sedekah dan kami yang low class ni terasa seperti memang low class. Yb Puan perlu belajar dengan Yb Dr Hatta Ramli, Yb Shaari Sungib, Yb Zuraidah, Yb Dr Zul, Yb Elizabeth wong, Yb Dr Lo' Lo' tentang menghargai rakyat yang low class seperti kami. SORRY TO SAY YB. PUAN DR. HJH. HALIMAH ALI. Chow!



P/s. Sesiapa yang ada anak Cp terlantar seperti Annisa dan Annur tak kira umur tolong hubungi saya. Kita mesti buat sesuatu untuk masa depan anak-anak kita. jangan harap ada orang lain yang menolong kita. kalaupun anak-anak kita tidak dapat menikmati hasilnya nanti jadikanlah ini sedekah jariah kita untuk anak-anak orang lain dimasa depan. Kepada mereka yang sudi menyumbangkan idea juga dialu-alukan. sham 016.2525597/03-87330818.

TERIMA KASIH PADA SAUDARA-SAUDARA DARI PUTRAJAYA YANG MENYEJUKAN HATI SAYA DENGAN KATA-KATA DAN JANJI ANDA. ITU PUN DAH MEMBUATKAN SAYA SERONOK.

33 comments:

Unknown said...

Nampaknya YB ini lebih kurang juga dengan perangai YB BN. Kalau macam tu kenapa dia tidak masuk BN saja, taklah menyakitkan hati!

AKUOKU said...

yb BN ada juga yang berbudi bahasa. yg pasti apabila berdepan dng rakyat tunjukanlah keramahan dan bersedialah utk berkhidmat.

Kassim Selamat said...

Warga OKU hanya di pandang dan di cari bila tiba musim pilihanraya saja.

Ketika itu berebut-rebut ler YB2 ni menghulurkan bantuan utk meraih undi!

Ikhlas ke mereka2 ini?

Buat sdr....bersabarlah ya! Nasib kita serupa....

AKUOKU said...

pak kassim,

betul tu. kadang2 putus harap dng golongan politik ni. bila kita boleh jumpa. harap dapat call saya.

Anonymous said...

Bersabarlah....sepatutnya MB ni tahu apa fungsi seorang MB dan yg lebih penting macam mana hubungan sesama manusia spt yg dianjurkan oleh Islam.
Moga ALLAH beri petunjuk kpd YB ni...

Anonymous said...

salamz,
ramai juga pernah terkena dengan orang2 atasan ni, tak dilayan atau lebih teruk dilayan macam...

saya juga ada pengalaman dengan seseorang, bila soalan2 orang lain dilayan tetapi soalan saya (beliau sedang bertelefon) tidak dilayan, malahan dia bergegas ke tempat yang terpencil sikit. malu dan sedihnya Tuhan lebih tahu. Rupa-rupanya dia mendapat khabar cucu jirannya yang rapat dengannya lemas di kolam dan sedang nazak.

jadi jumpalah yb dan bercakap dengan beliau. mungkin sesungguh-sungguhnya dia ada hal yg tidak dapat dielakkan dan perlu bergegas ke tempat lain (dan dia rasa bersalah lalu menjemput anda ke pejabatnya, bukan jemputan kosong tapi dengan card).
wallahualam.

Anonymous said...

terima kasih..sensitif kita berlainan dan kami juga faham dengan situasi..
kami mempunyai ramai kenalan yg ada anak oku tetapi suaminya lari, dan bermcam2 lagi..apakah anda harap mereka mampu datang ke pejabat yb, kena buat appointment dulu..

kalau gitu, masa kempen pilihanraya nanti, tunggulah di ofis dan kami akan dtg beramai2 menyatakan sokongan tak berbelah bahagi..

Anonymous said...

salam.. saudara mungkin Yb tue emergency. perut memulas ke apa ke... mcm2.. anyway.. jika dia sempat hulurkan kad itu bermakna dia berminat untuk bincangkan perkara ini dgn lebih lanjut.apabila terjadi perkara seperti ini,kita fikirkan kembali adakah kita pernah lakukan perkara yg sama terhadap org bwh kita ???
jika tiada teruskan perjuangan dan pastikan kita tidak lakukan kepada org bawahan kita... HANYA ALLAH SAHAJA YANG BOLEH MENILAI KEIKHLASAN insan dan manusia

djkhairil@gmail.com

Anonymous said...

Saya tak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada masa itu antara awak dan dia. Tapi biar saya bagi tau pengalaman saya. Masa saya kat U dulu saya pernah terlambat untuk pergi exam sebab tertidur. Untuk pengetahuan tuan saya tidak tidur selama dua hari berturut-turut yang kebetulan pada masa itu bulan puasa sebab ada assignment yang diberikan last minit oleh pensyarah. Dalam kelam kabut nak menuju dewan exam teman sebilik saya datang nak kunci bilik sebab kunci bilik dia hilang. Kebetulan pula kunci bilik saya ada bersama dengan kunci motor yang saya nak gunakan. Oleh kerana saya keadaan terdesak saya katakan pada dia "ko tunggulah aku balik dulu, aku malaslah nak nak cabut kunci bilik dari key chain, aku dah lambat ni". Kemudian dia memarahi saya dengan berkata "ALAMAK KO NI, CABUT KUNCI NI KEJAP JE TU PUN TAK BOLEH KE" dan berapa ungkapan lain yang mendesak supaya saya memberikan kunci bilik atas alasan ada barang kepunyaan orang lain yang perlu dihantar hari ini. Saya masa tu cukup marah dan terus je pecut moto nak ke dewan EXAM. Apabila exam habis saya balik bilik dan lihat kunci bilik dah tak berkunci serta Rakan sebilik saya ada di dalam dengan muka masam seolah-olah tak senang dengan saya dan saya pasti saya tahu sebabnya. Sejak hari tu saya dan dia tidak berapa mesra sebagaimana dulu. Saya rasa tidak perlu saya cerita panjang2 pasal hal itu. Tetapi apa yang saya maksudkan disini tak payah la nak tuduh orang bukan2 sebab kita bukan tahu apa sebenarnya yang berlaku pada orang yang hendak kita minta tolong tu. Tuan kata cukup bagi masa satu minit nak terangkan pada dia pasal cadangan tuan tu sebenrnya adalah alasan tuan untuk menyatakan perasaan tak puas hati tuan pada YB tu. Kawan saya tu pun beritahu orang lain pasal hal kunci tu dengan menyatakankan "bukan susah sangat nak tanggalkan kunci tu tak sampai seminit pun". Tapi kalau kita bertimbang rasa apa salahnya tunggu sehingga saya pulang dulu dari menduduki exam atau dalam kes tuan ni sabar dulu. Adakah esok akan kiamat sampai tak menyempat dan salahkan orang lain. Kena ingat YB tak kira BN atau PR mereka bukan berkhidmat untuk seorang dan satu organisasi sahaja. Cuba faham sikit. Tak dapat hari esok, tak dapat esok lusa.

AKUOKU said...

pasal kad ni, mb tan sri khalid pun ada bagi kad dlm situasi yg berbeza. sila baca semula entry, kalau dia dpt luangkan 1 minit pun cukuplah, tapi anda agak berapa saatkah yb ni telah menghabiskan masanya dng kami????. bak kata babah kami juga faham dng situasi.

sbb tulah ramai (boleh dikatakan hampir semua) anak2 terlantar seperti anak kami tak bersekolah dan dibiarkan menunggu mati kerana penjaga harus ke pejabat yb untuk mendapatkan sesuatu.

bukan yb ni yang kami minta datang bertemu kami2 ini tapi bukankah mereka ni ada pegawai2nya..

entahlah.....

AKUOKU said...

en anonymous,

petamanya yg update blog ini adalah saya ibu kepada annisa dan annur.

kalau nak cerita pengalaman kami byk juga kalaupun tak sebanyak encik.

sprt komen saya diatas yb bn ada juga yg baik. baik bukan mereka perlu bagi duit pada kami.

kalau anda tak tahu situasi pd masa tu anda tak perlu marah2. ramai ahli pas di keliling kami pada masa tu (putrajaya) yg melihat kejadian itu. dan merekalah yg memujuk saya yg dah hampir mengeluarkan air mata.

AKUOKU said...

pasal hal kunci yg en anonymous ceritakan itu saya minta org lain yg berkesempatan utk komen.

tak dapek den nak komen.

MelissAziezul said...

Assalamualaikum...selamat berkenalan...saya Melissa...sudah beberapa kali saya membuka blog akak ni...& tertarik untuk berkenalan...saya keje di Utusan Malaysia...opismate saya mahu interview akak sekeluarga mengenai pengalaman & kisah idup akak...itu pun kalau akak tak keberatan...

Anonymous said...

selalunya apabila kritikan itu mengena 'lawan' kita,ramai yg seronok akan tetapi apabila terkena pemimpin kita sendiri maka kita akan marah dan cuba lindungi mereka..

Saidina Umar r.a pernah mendengar kritikan rakyatnya yang tidak mengenalinya dengan perkataan celakalah Umar kerana membiarkan rakyatnya kelaparan dan dia bersenang2an tidur lena,
Umar insaf dan membantu rakyatnya itu,Beliau tidak marah walaupun beliau seorang yg tegas sifatnya..malah dia berkata "jika saya boleh menebus dosa Umar tu berapakah harganya?" Umar membayar harga yg diminta orang tua tersebut..begitulah susahnya jadi pemimpin, kalau tak mampu jangan pikul!

tulisan penulis blog ini diharapkan menjadi renungan kepada sang pemimpin, masyarakat dan juga sang penulis juga untuk sama2 membaiki diri

Anonymous said...

salamz,
saya anon yang kedua tulis sebelum ni.
takperla, saya mungkin tak dapat memahami apa yang anda rasa, apatah lagi nak tau apa yg berlaku di putrajaya tempohari, cuma apa yg berlaku itu bukan perkara luarbiasa, siapalah kita. kalau kita tak berusaha, tiada sesiapa pun yang akan membuka mata.

positif atau negatif, terpulanglah cara dan sensitiviti masing2 menerimanya. cuma terpanggil untuk memberi komen kerana tak adil seseorang diadili atas satu peristiwa yg kurang jelas.

maafkan saya,
mungkin saya kurang sensitif,atau barangkali terlalu positif, (saya memang begitu),
tapi sesungguhnya saya ikhlas mendoakan saudari dan keluarga dirahmatiNya dan berjaya dalam apa jua yang diusahakan.
Amin.

~han~

Anonymous said...

terima kasih,
kami tak perlukan simpati tapi kami bawakan suara rakan2 kami yg lain..semua pihak harus positif

Unknown said...

Salam Sejahtera buat Semua. Beribu Ampuan dan maaf di atas perilaku saya yang tidak menyenangkan.

Setelah membaca semua komen setakat

babah said...February 25, 2009 5:26.

Terima kasih kepada djkhairil@gmail.com kerana cuba memahami.

Saya telah meninggalkan rumah sejak pukul 7pagi, belum lunch dan dinner lagi sebab ada perhimpunan SUK. Esok(25Feb) saya ada Exco meeting. memang padat dan tepu kehidupan saya sejak akhir2 ini.

Bukan saya tak nak layan langsung tetapi masa tak mengizinkan. Berbanyak ampun maaf. Semoga ALlah memakbulkan doa dan hajat Puan-puan dan Tuan-tuan sekelian, hajat Dunia Akhirat.

Sila hubungi saya selepas 8 Mac 2009 kerana saya akan ke Dubai/ Qatar selama seminggu mulai 28/02/09. Tolong doakan saya. Tahmid. Insan kerdil lagi hina
halimah

Anonymous said...

terima kasih dari kami YB kerana singgah di blog ni..maaf juga dari kami andai terguris hati..

harap ia satu permulaan yg baik juga kepada insan yg menyampaikan mesej ini kepada YB..

telah letih juga kami berhubungan dengan beberpa pihak juga dalam kerajaan agar diusahakan sekolah khas untuk anak2 CP..di blog ni saja ada ramai kawan yg menceritakan pengalaman mereka menikmati kemudahan persekolahan dan latihan di luar negara..pernah juga berbincang mulut dengan peguam muda Edmund Bao yang sudi mencuba walaupun dia akui tugas yg berat dan mencabar sekadar untuk "awareness"..

harap kita dapat bekerjasama menjayakannya bukan untuk kami saja, malah untuk rakyat Malaysia hingga ke generasi akan datang..maaf sekali lagi!

HAIYA 'ALAL FALAH!

AKUOKU said...

Terima kasih atas balasan YB.

begitu jugalah rutin hidup saya setiap hari. seawal jam 5am saya harus bangun utk menyiapkan keperluan anak2. jam 9am bersama anak2 saya harus ke kedai kecil yg diusahakan untuk menampung keperluan anak yg sangat tinggi. selepas waktu pejabat suami akan datang membantu kerana kami tak ada pembantu semua diuruskan sendiri. sehinggalah jam 10pm. selepas waktu itulah walau terlalu penat gagahkan juga diri utk ke majlis2 ceramah demi perjuangan.

seperti telah hilang harap. permohonan kumpulan kami utk memasukan anak2 ke sekolah pendidikan khas di tolak mentah2 dan pernah berjumpa pak menteri, telah juga berhubung dng pegawai pendidikan khas tetapi semuanya sgt mengecewakan sehinggalah dapat berjumpa dengan YB pada mlm itu harapan berbunga kembali. tapi saya manusia biasa yg terlebih sensitif agaknya, terlalu kecewa dng apa yg berlaku. beribu kemaafan saya pohon.

seperti komen KASSIM SELAMAT, itulah hakikat yg sebenar.

harapan saya YB dapat berbuat sesuatu semasa YB memegang jawatan ini.

Gelombang Rakyat said...

Ada dua orang blogger yang tersentuh dengan pos ini.

Nampaknya keperihalannya ialah pendidikan.

Barangkali apa yang molek ialah sebuah rumah, dan guru pakar ditempatkan di situ, menggunakan silibus yang terbaik untuk kedua-dua si comel ini.

Lain-lain ibu bapa senasib boleh sertai secara ansur-asuran.

Andainya ini boleh diterima, InsyaAllah kami sanggup berkunjung, supaya harapan tercapai juga dengan izin-Nya.

Mohon maaf didahului jika ayat disusun ini tanpa emoticon sukar dimengerti.

Pun begitu, niat kami diketahui-Nya.

AKUOKU said...

Tok Bebayang Acheh,

Terima kasih. tak cukup tapak tangan nyiru kami tadahkan

sememangnya kami perlukan sokongan dari pihak2 yg prihatin sprt tok bebayang. ramai yg mengatakan supaya kami positif dan kena berusaha tapi apakan daya dng kesihatan anak yg tak menentu dan keterbatasan masa dan wang ringgit kami ibubapa tak mampu utk berbuat apa2. disbbkan itulah kami perlunya kumpulan sokongan dan di Malaysia inilah yg menjadi masalahnya. hampir tiada.

Gelombang Rakyat said...

Jemput baca pos ini ya, jika boleh difikirkan bersama supaya cita menjadi jaya.

http://bloggerrakyat.blogspot.com/2009/02/projek-amal-kelantan-dan-selangor.html

Diharap dapat kongsi maklumat supaya sokongan sentiasa berterusan.

Seandainya ada soalan, sila kemukakan di zubli.s.ebook@gmail.com

Kod Tajuk: Tok Bebayang Acheh

mOEha Aziz said...

salam ibu bidadari bidadari Jannah,

pertamanya, bagus sekali nama mereka... annisa dan annur... dua dua nama surah yg penting...

keduanya, saya memahami kekesalan yang dirasai kalian. bukan mudah untuk sesiapa luangkan masa untuk insan lain lagi. usah memohon maaf atas artikel yg cukup jujur lg menginsafkan ini. ini hak kalian dan peringatan yg ckup baik bukan hanya utk para YB. lg pula kalian sbenar lebih sibuk di dalam memenuhi keperluan annisa dan annur.

ketiganya, ingin saya katakan, bukan berniat nak mengata, tetapi sekadar teguran buat semua YB, ini semua amanah & tanggungjawab yg kalin kena pikul. kalian dah berikrar mewakili rakyat. namun kalian juga seperti kami, insan biasa yg serba kekurangan, harap di masa akan datang, harus lebih peka dengan hajat rakyat. walau sesibuk mana, luangkanlah masa, biar selama 5 minit pun. jika tak mampu, mohon maaf dan terangkan keadaan sbenar.

Lily Abdullah said...

Salam

Saya juga OKU CP.Bezanya saya diberikan Allah sedikit sebanyak(sebegtu banyak) rahmat dan kasih Allah.Telah lama saya membaca blog ini,secara diam2.Hari ini terdtik hati untuk menyapa.

Hanya OKU yang paling memahami OKU.
Saya membaca dan setiap kali membaca hati saya ikut terluka.

Salam kenal.

Semoga kedua anak ini mendapat rahmatNya.

AKUOKU said...

saudara moeha aziz,

terima kasih kerana sudi menyinggah. dan terima kasih atas kata2 perangsang. niat meminta maaf kerana tak mahu mengeruhkan suasana. terus bersaudara.

water lily,

oku tak pe jangan okb. sesungguhnya anda terlalu byk kelebihan. saya membaca entry2 di blog anda yg terlalu byk kelebihan.

TERIMA KASIH ATAS KOMEN2 ANDA SEMUA. SEGALA TEGURAN SAYA TERIMA DENGAN LAPANG DADA. DOAKAN ANAK2 SAYA SENTIASA SIHAT.

luaskanmata said...

Amww semua:

Saya nak inform bahawa saya dah team dah bersedia untuk membantu penguatkuasaan terhadap OKU melalui undang-undang. Kami memerlukan info dan boleh emailkan ke mfcy76@gmail.com.


Jika bersesuaian, pertemuan bersama ibu/bapa boleh diatur. Ilmu adalah penentu kejayaan.

Salam jihad.

Anonymous said...

Annur & Annisa, Assalamualaikum! ditakdirkan Allah, Auntie terjumpa dgn blog ini, dan merasa sangat kagum dengan semangat yang Allah kurniakan pada Mama & Babah kalian. Kalian begitu beruntung mempunyai ibu dan ayah seperti mereka berdua. Auntie tahu satu teaching method yang sesuai untuk kamu berdua tapi Auntie tak jumpa email Mama & Babah anywhere...bagi ya, nanti Auntie boleh contact Mama & Babah.

Anonymous said...

Auntie's Yahoo messenger add : fatalia72@yahoo.com, please ask your mom to contact me v.v.soon

AKUOKU said...

auntie,

didahuli dgg ucapan terima kasih. email kami oku_aku@yahoo.com. no tel 0162525597.

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]academic software store, [url=http://firgonbares.net/]teacher discount software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] acdsee 9.0 review quarkxpress filemaker pro
coreldraw overflow at line:0 [url=http://firgonbares.net/]commerce store offers software products from[/url] make or buy software
[url=http://firgonbares.net/]ms office compatible software[/url] buy adobe acrobat software
[url=http://firgonbares.net/]discount downloadable software[/url] using academic software
kaspersky lab [url=http://firgonbares.net/]soft sales software[/b]

Anonymous said...

[url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]buy adobe software in, [url=http://sunkomutors.net/]cheap software windows xp[/url]
[url=http://sunkomutors.net/][/url] buy photoshop plugins buy discounted software
windows xp activation [url=http://sunkomutors.net/]pda office software[/url] finance software for canada
[url=http://sunkomutors.net/]office 2007 enterprise will not install[/url] purchase linux software
[url=http://sunkomutors.net/]Acrobat 9 Pro Extended[/url] old software versions for sale
software cd purchase [url=http://sunkomutors.net/]adobe photoshop cs4 review[/b]

Anonymous said...

[url=http://murudobaros.net/][img]http://murudobaros.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]profit software discounts, [url=http://murudobaros.net/]shop software vista[/url]
[url=http://murudobaros.net/]nero 7 download[/url] microsoft productivity software cheapest place to buy software
store location software [url=http://murudobaros.net/]to buy used software[/url] nero 9 hack
[url=http://murudobaros.net/]software shop at[/url] education software reseller
[url=http://murudobaros.net/]freeware office software[/url] nero 8 vs nero 9
free adobe photoshop cs3 trial download [url=http://murudobaros.net/]purchase system software[/b]

Anonymous said...

[url=http://vonmertoes.net/][img]http://hopresovees.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]e store software, [url=http://bariossetos.net/]www macromedia software flash[/url]
[url=http://hopresovees.net/][/url] buy dreamweaver cs2 sale software systems
software store pictures [url=http://bariossetos.net/]manage startup software in kaspersky[/url] software resellers canada
[url=http://vonmertoes.net/]discounted software for students[/url] free adobe photoshop cs3 download
[url=http://bariossetos.net/]reasons to use quarkxpress 7[/url] buy cheapsoftware
telephone mounting board autocad 2009 mep part [url=http://hopresovees.net/]www educational software com[/b]