Thursday, January 15, 2009

INI KES NAYAKAN RAKYAT..

EN./CIK, TUAN/PUAN, DATUK/DATIN, TAN SRI, TUN dan sapa2...

Jika anda menerima surat mengatakan bulan ini anda tak dapat gaji dan ditangguhkan atas sebab2 yang tak dapat dielakkan , apakah reaksi anda? Apakah yang mengganggu fikiran anda? sudah tentu bajet anda kacau bilau...

- macamana nak bayar bil2, hutang kad kredit, loan,
- nak makan macamana?
- minyak, tol?
- belanja susu dan lampin anak
- belanja sekolah atau tuisyen anak?
- rokok?

.....ARGHHHH!!!



Ini surat yang kami terima dari JKM mengenai penangguhan bayaran untuk bulan ini yang sepatutnya dibayar pada setiap 15hb. kami tidak tahu apa alasan dan sebab musabab yg membawa kepada penangguhan ini.
Apakah ini pertama kali berlaku atau sudah biasa? Kemana perginya peruntukan yang sepatutnya diagihkan kepada kami yang berdaftar? mana perginya duit kami?????


MENGAPA INI BOLEH TERJADI DALAM NEGARA YANG DIKATAKAN CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG?

Jika terdapat masalah, tiadakah alternatif untuk mengatasinya? Tahukah anda ada di antara kami benar2 mengharapkan bantuan tersebut untuk membeli perubatan mahu pun makanan? Ada kaum Tionghua yang akan menyambut perayaan Gong Xi Fa Cai hujung Januari ini dan sebahagian kami telah banyak berbelanja untuk persekolahan anak.......

APAKAH GAJI TUAN/PUAN YANG MENGURUSKAN HAL INI JUGA TAK DIBAYAR???

Mengapa keperluan kami yang diperjudikan???? ngapa tak tangguhkan saja gaji pak2 dan mak2 menteri yang kaya raya tu.????

12 comments:

daLyaanoon said...

PN/Cik Noor Adlin Binti Nordin tak kena potong gaji ker..?

Anonymous said...

http://thetole.org/SpanishHerbalMedicine/CPCerebralPalsyTreatmentCure.html

AKUOKU said...

Bro dalyanoon,

pn?cin noor adlin cuma menjalankan tugas. kalau mereka tak de gaji kesian juga, mereka ada keluarga untuk ditanggug.

erisya nor said...

hmmm sampai hati mereka! tak abis2 nak nyusahkan rakyat...:(

luaskanmata said...

Salam:

Dah tiba masanya mereka yang berkepentingan dalam membangunkan OKU bersatu.

bprihatin.blogspot.com

sedinginsalju.blogspot.com

Salam jihad.

Anonymous said...

terima kasih rantong,
sayugia diberitahu bahawa tidak pernah sebesar zarah pun kami menganggap anak2 ini BEBAN yang berat dari Allah untuk kami pikul...ia sebenarnya adalah nikmat yang tak mampu kami huraikan dengan kata2..bahagianya tak terkata...

ada juga ulama menasihatkan tak baik kita berdoa agar jangan dibebani dugaan yg berat tetapi berdoalah agar diberi ketabahan ketika diuji!

entry ini hanya satu teguran yang menggunakan pendekatan 'keras' kerana kadang2 lembut tidak berkesan, keras juga bukan semestinya selesai tetapi itu cara yang kami pilih...dan perjuangan ini bukan perjuangan peribadi tetapi mewakili suara insan yang tak mempunyai keberanian untuk meluahkan walhal mereka sungguh terseksa!

terima kasih sekali lagi!

ummu asiah said...

pelik kan..sepatutnya duit tu mestilah sentiasa ada dalam akaun mereka..dan sepatutnya kalau nak tangguh bagila amaran awal2 and bagitau bila bayrn tu akan dibuat...macamana la depa ni uruskan akaun tu..

mentang2 skrg ni berita asyik sebut org kena berhenti kerja..kilang tutup dan mcm2..jgn pulak diambil kesempatan macm ni..

AKUOKU said...

ummu asiah,

agak2nya kemana duit tu pi ya?. mari kita main teka-teki.... PRK KT baru selesai, adakah duit2 ni telah dikebajikan di sana?

Kassim Selamat said...

Salam Tuan blog,

Dua hari lepas isteri sy baru menerima surat dari JKM yg mengatakan bantuan utk penjaga pesakit OKU terlantar telah di luluskan. Empat bulan mohon baru lulus.

Masuk sini...nak tersenyum pulak. Baca surat...bantuan di tangguhkan!

Mana pergi duit kerajaan?

AKUOKU said...

pak kassim,

Alhamdulillah akhirnya. kami menunggu bertahun. tapi itulah mereka ni buat sesuatu seperti melepaskan batuk ditangga.

anekaminda said...

Salam Tuan Blog, salam perkenalan... Err saya dari Kelantan memang dah lali (biasa) setiap tahun bulan Januari EPC, BA, BKK, BOT atau lain-lain B lagi tak dapat. Kalau beberpa tahun dulu bulan tiga atau empat baru masuk....Kadang-kadang dapat kalau nasib baik dapat dua bulan (tunggakan)sekaligus pada bulan berikutnya. Menteri kenalah ambil perhatian tentang perkara ini... Di sini tidak ada pun hantar surat makluman begitu, hanya bagitahu mulut saja. Saya pernah tanya seoang staf JKM, dia kata memang setiap tahun lagu tu...Lagu tu hanya yang berbentuk bantuan saja... Itulah saya heran macam Tuan Blog kata tu, gaji mereka tidak pula terlibat... Kita OKU kena bersatu hantar memorandum ke Menteri.... Asal awal tahun tak dapat...sedangkan awal tahunlah banyak nak guna duit...Kita yang kerja income kecil ni memang sangat-sangat memerlukan wang bantuan.... yang kayaraya tu tak kisahlah... Sori ye banyak tulis lak....

AKUOKU said...

pak ale,

tulislah panjang2 tak pe. di sini kita berkongsi perasaan. sampai ke saat dan ketika ini masih belum ada berita dari jkm. kami terpaksa stop kelas fisio dng dr anand (lihat entry sebelum ini). sbb dng duit bantuan inilah kami bayar cikgu fisio kami. walaupun dia tak kisah tapi kami malu juga... jom kita bersatu!!!!!!!!!!!