semalam Jumaat kakak ikut babah berjumaat di Masjid Negara sebab di sana ada demonstrasi bantah Israel serang Palestin..
Dalam LRT kami dapat lihat seorang lelaki India bertongkat dua kerana kudung sebelah kakinya tidak langsung diberikan duduk oleh penumpang2 yang sedang duduk..punggung mereka terlalu berat dan mata mereka buta untuk melihat kenyataan di dalam LRT yang meminta utamakan OKU..
Kakak dan babah cukup panas! Apakah kita masih lagi berfikiran kuno di tahun baru ni? Tahun ni tahun masehi dan tahun Islam hampir bertembung dan Tahun baru Cina akan menyusul..tapi kita masih lagi 'lama'....patutlah kerajaan mengadakan kempen budi bahasalah..senyumlah.. dan masyarakat penyayang...
sebab semuanya dah hilang dan perlu dipromosikan semula!!
SELAMAT TAHUN BARU 1430H DAN 2009 DARI KAMI SEKELUARGA!! TERUSKAN PERJUANGAN!!
(adik masih di wad..darahnya dijangkiti kuman menjadikan darah putih lebih dari merah..tetapi semakin pulih dan dah boleh ketawa..harap esok lusa boleh balik)
4 comments:
..Bro tahun baru nie gua pun nak ucap selamat tahun baru kat lu,...moga tabah dengan dugaan tuhan.
INGAT..semakin kuat dugaan semakin dekat IaNYA di hati kita.
**chief BB**
http://akuadil.blogspot.com/
salam,
semoga adik cepat baik. slmt thn baru utk kakak, adik & keluarga.
selamat tahun baru..moga adik lekas sembuhnya....
setiap yang berlaku ada hikmah dan percaya Allah itu maha penyayang adan adil
Post a Comment