Moga sihat selalu dan janganlah.....masaaam je!
- dari adik
Semoga tabah menjalani hidup yang penuh pancaroba ini!
- dari mama
Pimpinlah kami ke syurga!
-dari babah
Jemputlah makan cake ni. jangan rebut-rebut ye. kakak belanja...... he he he he....
SALAM PERKENALAN ! Izinkan kami muncul di sini membicarakan apa yang ingin kami bicarakan....Kami mungkin OKU tapi bukan OKB - orang kurang berfikir. kami cuma ingin berbakti kepada ibubapa, juga memberi peluang insan-insan di muka bumi ini berbakti kepada kami demi sebuah keikhlasan! Demi Tuhan yang mereka sembah dan percaya!
Jemputlah makan cake ni. jangan rebut-rebut ye. kakak belanja...... he he he he....
Kakak telah berumur 8 tahun dan adik pula 6 tahun. Kalau kanak-kanak biasa kakak telah memasuki alam persekolah dan berada di dalam darjah 2. Adik pula telah masuk kelas pra.
Pada akhir tahun 2007 kami telah pergi naik ke kementerian pelajaran dan dapat berjumpa dengan timbalan menteri pelajaran ketika itu dijawat oleh yb dato noh omar, tujuan untuk memohon kemasukan kakak ke dalam Sekolah Pendidikan Khas. Walaupun kami tahu kanak-kanak seperti anak kami sememangnya tidak ada tempat di Sekolah Pendidikan Khas dengan alasan mereka hanya menerima kanak-kanak yang boleh menguruskan diri sendiri. Di pendekkan cerita setelah kami membentangkan kertas kerja dan menerangkan kedudukan sebenar, Yb Noh Omar berjanji akan membawa permasaalahan kami ke atas.
2 tahun berlalu janji tinggal janji kakak dan kawan-kawan yang senasib masih tak dapat bersekolah walaupun sistem pendidikan untuk kanak-kanak seperti kakak dan adik telah lama dipraktikan dinegara-negara maju seperti Australia dan jepun. Setiap tahun ramai guru-guru pendidikan khas dihantar untuk berkrusus di Australia dan mendalami pendidikan untuk kanak-kanak cerebral palsy tapi mereka mengadu tidak dapat mempraktikkan di Malaysia kerana kerajaan tidak mahu menyediakan prasarana dan peruntukan. untuk apa mereka semua dihantar berkrusus??
2 tahun berlalu walaupun kami telah cuba menghubungi pihak pendidikan khas tapi jawapan yang diterima sangat menghampakan. pak menteri pun dah bertukar portfolio..................
Mungkin ada caranya untuk kami dilihat wujud dibumi Malaysia ini.... ya artikel di bawah mungkin boleh mengejutkan mereka-mereka yang telah lama terlena............................
oleh: BULETIN PRIHATIN
PENDAKWAAN KEPENTINGAN AWAM atau Public Interest Litigation "PIL" dengan ungkapan mudah ialah satu prosiding yang memberi laluan kepada rakyat yang terjejas akibat tindakan pihak berkuasa. Mereka yang terjejas boleh membawa tindakan mahkamah terhadap mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan untuk mendapatkan perintah sewajarnya sebagai memulihkan penjejasan yang dialami.
Dalam membincangkan Akta OKU 2008, tiada sebarang remedi atau penguatkuasa yang boleh diambil kepada mana-mana pihak sama ada pihak awam ataupun swasta jika berlaku sebarang pemecahan hak terhadap OKU. Seksyen 41 yang menghalang tindakan undang-undang terhadap kerajaan begitu bercanggah dengan Seksyen 42 yang memperuntukkan suatu kaedah bagi membawa kerajaan sebagai contohnya ke mahkamah. Percanggahan ini merupakan suatu yang amat prejudis kepada rakyat terutamanya OKU dalam menuntut haknya di sisi undang-undang.
Justeru, sebagai alternatif, PIL dilihat sebagai suatu kaedah untuk menguatkuasakan hak OKU yang digubal di bawah Akta 2008 tersebut. Sememangnya diakui, cabaran getir menunggu di hadapan bilamana PIL ingin diikhtiarkan.
Trend mahkamah masa lalu yang keberatan menggunakan PIL terhadap kerajaan merupakan antara cabaran utama yang perlu difikirkan. Apatah lagi dalam kebanyakan undang-undang yang digubal di negara ini memberikan perlindungan yang berlebihan kepada kerajaan untuk tidak dibawa ke mahkamah meskipun berlaku pemecahan hak.
Pun begitu, kita hendaklah berfikiran positif dan pro aktif. Prinsip keadilan asasi "natural justice" tidak boleh di kesampingkan terutamanya bilamana undang-undang digubal jelas tidak memperuntukkan penguatkuasaan kepada hak-hak yang diberi.
Sekian banyak kita dihamparkan kes-kes yang begitu prejudis terhadap Oku selama ini. Antaranya penafian untuk berkerja bilamana kita OKU. Masalah mendapatkan pendidikan sempurna bila kita OKU. Kita menghadapi kesukaran di tempat-tempat awam bilamana tiada infrastruktur asas untuk membantu kita sebagai OKU. Tentunya senarai ini hanya sebahagian kecil pemecahan hak yang berlaku di luar sana.
Dengan semangat mendaulatkan undang-undang yang didokong di bawah Perlembagaan Persekutuan khususnya hak-hak asasi yang dijamin kepada rakyat Malaysia, telah tiba waktunya untuk OKU dan mereka yang berkaitan bangkit dan bersatu suara bagi kehidupan yang lebih sejahtera dan dinamik.
Kepada ngo-ngo yang memperjuangkan OKU, selain bersatu dengan satu suara, suatu unit bagi advokasi wajar diwujudkan bagi mengumpul kes-kes pemecahan hak secara lebih teratur agar langkah seterusnya dapat dirancang.
Harus kita insaf jika tidak kita sendiri yang membantu kita, tiadalah orang lain yang akan lebih bersedia menghulurkan tangan untuk membantu. – 24 Muharam 1430H.
at 9:45 AM
Ini surat yang kami terima dari JKM mengenai penangguhan bayaran untuk bulan ini yang sepatutnya dibayar pada setiap 15hb. kami tidak tahu apa alasan dan sebab musabab yg membawa kepada penangguhan ini.
Apakah ini pertama kali berlaku atau sudah biasa? Kemana perginya peruntukan yang sepatutnya diagihkan kepada kami yang berdaftar? mana perginya duit kami?????
MENGAPA INI BOLEH TERJADI DALAM NEGARA YANG DIKATAKAN CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG?
Jika terdapat masalah, tiadakah alternatif untuk mengatasinya? Tahukah anda ada di antara kami benar2 mengharapkan bantuan tersebut untuk membeli perubatan mahu pun makanan? Ada kaum Tionghua yang akan menyambut perayaan Gong Xi Fa Cai hujung Januari ini dan sebahagian kami telah banyak berbelanja untuk persekolahan anak.......
APAKAH GAJI TUAN/PUAN YANG MENGURUSKAN HAL INI JUGA TAK DIBAYAR???
Mengapa keperluan kami yang diperjudikan???? ngapa tak tangguhkan saja gaji pak2 dan mak2 menteri yang kaya raya tu.????
BERIKANLAH
BERIKANLAH KEDAMAIAN ATAU BERI KAMI TIMAH DENGAN BELERANG (BESI DENGAN TEMBAGA)
BIAR KAMI
KAMI TEMPA (CIPTA) DENGAN TANGAN PELURU (SENJATA) KAMI SENDIRI
PELURU (SENJATA) BERKALIMAH
MELINDUNGI DIRI KAMI
DARI TERUS DIZALIMI
KAMI TAK SANGGUP BUJUK LAGI
KAMI TAK SANGGUP BOHONG LAGI
PADA ANAK ISTERI KAMI
YANG MENANGIS SEPANJANG HARI
YANG TANYAKAN SAMPAI KINI
...AH! BILA TAMAN KAMI
BISA DISIRAMI RONA-RONA PELANGI
LEPAS HUJAN INI?