Friday, February 06, 2009

Otak untuk dijual!

tinggi mana pun kedudukan anda kalau tak mampu berfikir, andalah orang kurang upaya berfikir walaupun anda raja,menteri,imam,pegawai mahupun pencacai..

mujurlah kedua2 kami tak upaya bangun, maka itu kami tak makan atau terima rasuah
kami tak mampu zalimi sesiapa apatah lagi berdusta..

kami bersyukur kepadaMu Ya Allah!

tapi jika kamu yang berakal dan tak mahu menggunakannya, berikan kjepada kami untuk kami gunakannya sebaik mungkin!!

7 comments:

Little Mike (LM) said...

Saudara,

Saya kagum dengan kekuatan diri saudara.. Saudara cekal... Saudara tabah...

Saudara lebih mengerti bagaimana 'menghemahkan' akal...

cuma saya terganggu sedikit dengan kata-kata saudara... bukan menanggapi tapi saudara mungkin terlepas pandang 'konotasi' lain yang tidak pernah saudara maksudkan dalam hati...

'mujurlah kedua2 kami tak upaya bangun, maka itu kami tak makan atau terima rasuah
kami tak mampu zalimi sesiapa apatah lagi berdusta..'

pembaca ada pelbagai ragam.. jika mereka santai sahaja, kata-kata begini memberikan impression yang bertentangan...

MUJURLAH tidak berupaya bangun... maka tidak la makan rasuah, tidak menzalimi, tidak bedusta. Bagaimana kalau atas kehendak Allah, anda boleh BANGUN?

minta maaf tapi ini adalah pekongsian ikhlas daripada saya. Namun, saya percaya, kalian tidak pernah berniat begitu.

Semoga terus diberkati ALLAH...

Anonymous said...

benar sekali

AKUOKU said...

'mujur' selalu dikaitkan dgn 'nasib baik'..

ayat kami tu bermaksud dengan rendah diri dan penuh insaf kami yg lemah dan mudah terdedah dgn godaan ini bersyukur kerana mujur (nasib baik) llah selamatkan kami menjadi oku untuk tidak tergoda dengan perbuatan terkutuk tersebut..

maksudnya kami bernasib baik, sebab selalunya org mengaitkan oku sebagai golongan KURANG bernasib baik..kurang mujur ahak..

timaksauh little mike

AKUOKU said...

sori kesilapan ejaan.. llah tu Allah dan timakasih bukan timaksauh,

maafkan oku ya?

luaskanmata said...

Amww semua:

Posting terbaru saya mendedahkan lagi kepincangan pembelaan OKU dalam negara kaya raya ini. Jom cari jalan untuk bersatu demi rakyat sejahtera.

Salam jihad.

Unknown said...

Salam dari ayahanda.

Lebih baik kurang upaya daripada ada otak kurang akal!

Ketabahan anakanda berdua dan Papa dan Mama membuatkan Pakcik Din lebih insaf. Kamu semua dan kedua Ibu Bapa kamu sudah diuji dan boleh dikatakan lulus ujian Allah kerana redho'.

nurul izzah said...

'otak untuk dijual'
pernah dengar satu tazkirah kat radio hot fm oleh prof izi haji ali..lebih kurang begini bunyinya:

kalau otak boleh dijual beli, otak org islam paling mahal dan otak org kristian no 2, dan otak org yahudi paling murah atas muka bumi ni.
nak tau sbb apa? dalam otak org islam ni byk space lagi yg x guna. maksudnya, org islam x menggunakan akal pemikiran secara maksimum sedangkan org yahudi sentiasa menjana pemikiran ke tahap tertinggi hingga mampu menghasilkan pelbagai produk yg berkualiti termasukalah dalam politik, perfileman, pengiklanan. pendek kata semua mereka kuasai.

apa yg kita org islam boleh buat? nak bersaing mmg jauh ketinggaln. setakat boikot barangan mereka? mereka hanya senyum sinis.