Monday, June 22, 2009

..siri jelajah kampung (A&A)


tentang eksploitasi yang dimaksudkan dalam entry lalu..tunggulah akan diceritakan, ia sedang dalam proses undang2...


oh ya! Sabtu 20 Jun kami balik kampung Babah jumpa tok dan pah di kampung. Dah lama tak balik..

Esoknya pula kami pergi ke rumah Tok Teh untuk mengurut dan membetulkan alignment kaki kakak .(tulang pinggul dislocate)..Alhamdulillah sukses!! Seorang Tok yang dah tua tetapi mempunyai kepakaran dalam bidang "ortopedik"..

Kami juga mengambil kesempatan melawat kawan-kawan mama dan babah..Gambar di atas kakak sedang membantu Uwan Penjom memproses kunyit serbuk asli tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan..

Wednesday, June 10, 2009

DIEKSPLOITASI

UNTUK BEBERAPA HARI INI MUNGKIN TAK DAPAT UP DATE BLOG KERANA KESIBUKAN YANG ENTAH APA-APA. BAK KATA ORANG PUTIH BUSY LIKE A BEE....

ADA CERITA MENARIK TETAPI TAK MENARIK UNTUK DICERITAKAN... KALAU ANDA DENGAR DI MANA-MANA TENTANG KISAH INI ITULAH CERITANYA????????!!!!!!!!

Sunday, June 07, 2009

mama da organiser!


sesiapa yang berminat dijemput hadir, tapi kena beli tiketlahh..
persembahan dijamin tiada miming, minus one, karaoke dan cover version..karya sendiri "pure" dan LIVE!
kerana live itu HIDUP..
RAIKAN HIDUP!
tempahan tiket sila hubungi : Pn Sham 0162525597

Tuesday, June 02, 2009

haahhh!!! Tolongg selamatkan kamiiii!!

selesai...kakak dan adik dah selamat cabut gigi walaupun payah memegangnya..hisyy!! menjerit-jerit!!

ni gigi geraham bawah kakak..




peh...kakak dan adik menyentil tembakau macam zaman dulu-dulu..

adik dah mula sengih 30 minit lepas cabut gigi..


ni gigi geraham atas adik (kiri) dan yang kecil tu gigi taring..boleh bikin batu cincin..



kakak mengamuk dan masih bengang tak mahu buka mulut walaupun kita nak tukar kapas..emmm marah nampak?



layaannnnn!!

video

Monday, June 01, 2009

KAKAK DAN ADIK NAK DICABUT GIGI?

esok Selasa 2 Julai jam 2.30 petang kakak dan adik akan pergi jumpa doktor gigi di Hospital Serdang untuk cabut gigi. Ini kerana umur kakak (8 tahun) dan adik (6 tahun) sepatutnya sudah berganti gigi kekal tetapi ia belum berlaku. Kakak cuma berganti dua batang gigi bawahnya saja. Ini menyebabkan gigi kami mulai reput dan rosak kerana sepatutnya dah sampai tarikh luput. (untuk makluman, kami gosok gigi setiap hari kerana penjagaan gigi amat dititikberatkan oleh mama dan babah. Babah giginya kuat sampai boleh gigit tulang drumstick ayam dengan selamba je..hehehe)

Maka ia perlu dicabut oleh doktor untuk memberi laluan kepada gigi baru, hihihi! Oleh kerana kakak dan adik CP maka Doktor memberi pilihan agar proses mencabut gigi dilakukan secara tidak sedarkan diri (menggunakan ubat tidur) atau secara biasa seperti orang normal. Mama dan babah memilih kaedah biasa kerana tidak mahu kami berdua terdedah dengan ubat tidur banyak kali (al maklumlah kami selalu di x-ray, di CT-Scan dan MRI).
Babah agak bimbang juga kalau kami kesakitan dan banyak tumpah darah tetapi mama yang mempunyai pengalaman bekerja di klinik gigi suatu masa dulu (92-94) mengatakan gigi susu tidak teruk sangat.

kakak rileks je masa cabut gigi bawah ni..

adik bergaya dengan imej gothic tapi kah kah..gigi dah jadi 'kecik'..
DOAKAN SEMUANYA SELAMAT DAN DIPERMUDAHKAN!