Thursday, December 04, 2008

macam kisah Saidina Ali...

Awal 2003..

Mama tidur setelah seharian berjaga. Babah menunggu kakak di wad sambil membaca buku. Dalam Buku tersebut tercatat kisah Aisyah r.a yang kelaparan dan kepingin makan buah (lupa delima ke zaitun?) lalu Saidina Ali Karamallahu Wajha pun keluar mendapatkannya..ingat tak kisah ni?
Di pertengahan jalan Ali serba-salah kerana ada orang miskin yang sangat kelaparan meminta makan..lalu Ali memberikan buah yang sebiji itu kepadanya.
Aisyah redha apabila Ali menceritakan perihal itu dengan pulang membawa tangan kosong. Tak lama kemudian sahabat mengetuk pintu dan membawa 9 biji buah yang sama tetapi Ali berkata itu bukan miliknya kerana setiap satu kebaikan akan dibalas 10 kebaikan sedangkan buah itu hanya 9 biji. Sahabat tertawa sembari mengeluarkan buah yang sebiji lagi dari dalam bajunya. Tujuannya hanya menguji Ali..

Tengah malam babah kelaparan dan turun bersama seorang bapa (Pak Cik Nordin) yang turut menjaga anaknya yang sakit di situ..Di tempat parking datang seorang lelaki berpakaian seperti pengikut Tabligh meminta Babah sedikit wang lalu babah berkata babah tiada wang tapi babah mempelawanya makan bersama.
"Kalau kau mahu wang, datang jumpa aku pagi esok di wad Pediatrik," pesan babah kepada lelaki itu.

Pagi esoknya dia benar-benar datang dan kebetulan kakak sedang menggigil-gigil kesakitan. Babah memberikannya RM15 dan lelaki ini kemudiannya mendoakan agar kakak sejahtera!

Tengahari kemudian boss babah datang ziarah bersama rakan sekerja dan mereka menyampaikan sedekah..apabila dikira jumlahnya RM150.

babah kemudiannya bagai terdengar suara berbisik, "satu kebaikan dibalas 10!"....


* Dalam tempoh di wad tersebut menyaksikan beberapa orang kawan OKU kakak meninggal dunia, Nurin anak Pak Cik Nordin, Siti Alia anak Pak cik Hafiz, seorang anak milik pasangan sabah dan Indonesia yang sihat tetapi mengalami pendarahan otak..dan babah bersama mama masih terus bersahabat dengan pakcik dan makcik ini..mereka juga menghadiahkan kami beberapa peralatan dan permainan anak-anak mereka yang telah kembali..Terima kasih! Mereka menantimu di syurga!

4 comments:

Unknown said...

Adik, kan Allah Maha Pemurah dan Maha Kaya? Kerana tawakkal babah itu mendapat rahmat dari Allah.

Anonymous said...

salam..
orang tabligh yg datang tu,jgn2 saje nak uji..

Siti Aishah Shaik Ismail said...

tuhan itu maha besar setiap yang berlaku ada hikmahnya...insyaallah

erisya nor said...

salaams sdr, berkat keyakinan babah kepada janji-Nya